Thursday, October 15, 2009

Islam is Purpose Not A Istrument

Islam adalah agama fitrah.. Semua orang yang dilahirkan dalam dunia ini berada dalam kesucian iaitu fitrah, iaitu berada dalam agama Islam.. Manusia juga beriman bahawa hanya Allah sajalah tuhan di muka bumi ini.. Berpegang dengan Islam sebagai agama yang diimani amatlah berbeza dengan berpegang dengan Islam sebagai alat mengaut atau meraih keuntungan tertentu. Pegangan Islam sebagai al-Din adalah jalan hidup para rasul dan pengikut mereka.
Firman Allah: Katakanlah (Wahai Muhammad): “Sesungguhnya Aku telah diberikan petunjuk hidayah oleh Tuhanku ke jalan yang lurus, (kepada) agama yang tetap teguh, iaitu agama Nabi Ibrahim yang tulus, dan dia bukanlah daripada orang-orang yang musyrik. Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan Yang mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan yang demikian itulah aku diperintahkan, dan aku adalah orang yang awal bersegera menyerah diri kepada Allah..
Jelas dari ayat ini, Islam adalah tujuan utama, bukannya barangan dagangan yang dijual sesuka hati demi memuaskan kehendak semasa.. Islam itu dipegang atas kesedaran dan keyakinan bahawa itulah tuntutan dan itulah yang akan dipertanggungjawabkan oleh Allah pada hari akhirat kelak.
Demikian sepatutnya kita dalam berpegang dengan ajaran Islam ini. Walaupun setiap kita ada kelamahan dan kesilapan dalam hidup ini. Kita mungkin gagal untuk mengamalkan ajaran Islam secara menyeluruh, tetapi kita tidak boleh jadikannya alat meraih keuntungan. Kita mungkin ada dosa, tetapi kita tidak boleh menghalalkan dosa kerana kita telah melakukannya.
Maka, ketika kita berpegang atau beramal dengan mana-mana perkara dalam ajaran Islam hendak pegangan dan amalan itu dibina di atas keimanan yang membawa keikhlasan hanya kerana Allah. Di situlah datangnya rahmat dan keberkatan. Bukan kerana sebarang kepentingan yang mengatasi asas tersebut. Jika tidak agama ini menjadi mainan kelompok yang sentiasa mencari untung dan kesempatan.
Dalam politik, agama selalu menjadi mangsa. Berbagai nas dibaca menjelang pilihanraya. Ada yang ikhlas, ada yang salah guna. Seperti firman Allah: (maksudnya) “Sesiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka merekalah orang-orang yang kafir” (Surah al-Maidah, ayat 44) dan
firman Allah: (maksudnya) “Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman, dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah dia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun” (Surah Ali ‘Imran ayat 28).
Namun hari ini, dalam era yang terdesak ini, apabila partinya berkongsi kuasa dengan bukan Islam, nadanya sudah berbeza. Mereka memutarbelitkan fakta yang mereka keluar sendiri dengan menyuruh kita berfikiran agar lebih terbuka, dan jangan sesekali berfikiran sempit dan kolot.. Jadi, dimanakah kebenarannya yang selama ini hendak kita tegakkan?? Terlalu pentingkan diri agama yang dikorbankan.. Kita tidak boleh berkempen kepada Islam supaya dapat mengukuhkan politik kita dan atau menghalalkan kesalahan kita.Namun, begitulah nasib nas-nas al-Quran apabila ia dibaca untuk sesuatu kepentingan sesetengah individu...
Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w menyebut: “Al-Quran itu boleh menjadi hujah untuk membela kamu, atau untuk menentang kamu” (Riwayat Muslim). Namun, oleh kerana ada pihak yang membuat bisnes dengan ‘melelong pahala’, maka al-Quran menjadi alat untuk mengaut keuntungan, bukan pegangan kehidupan. Maka muncullah dalam masyarakat kita pembekal pahala yang boleh diupah dengan beberapa ribu ringgit yang menggunakan bacaan al-Quran untuk pembikinan pahala. Lalu pahala pun boleh diniaga dan akhirat pun boleh dibeli. Justeru itu Nabi s.a.w. pernah memberi ingatan: “Bacalah al-Quran dan mintalah daripada Allah (pahala), kerana selepas kamu akan ada kaum yang membaca al-Quran dan meminta (upah) daripada manusia” (Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).
Tegasnya di sini, Islam adalah MATLAMAT bukannya ALAT.. Bagi mereka yang menjadikan Islam sebagai alat, ketahuilah dan ingatlah bahawa tunggulah azab yang pedih yang akan menimpa mereka, dan penyesalan mereka amat tidak berguna lagi...

No comments:

Post a Comment