Wednesday, February 16, 2011

Bebas Di APIUM


Untuk buat pertama kalinya persatuan Bebas muncul sebagai pesaing Pro Mahasiswa bagi kerusi fakulti di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) bagi Pilihan Raya Kampus tahun ini. Namun, kehadirannya kurang di senangi oleh beberapa pihak yang tidak tahu dari mana datangnya dan dari mana punca dan sebabnya. Saya tidak tahu mengapa bebas ditentang hebat sedangkan di kerusi umum turut di pertandingkan namun tidak dijadikan isu yang besar. Kita dapat melihat wujudnya beberapa entiti atau profile di Facebook yang diwujudkan untuk menentang bebas. Persolannya siapakah kawan-kawan mereka? Munculnya manifesto palsu untuk menjatukan bebas dan sebagainya. Mengapa begitu dengkinya mereka. Saya harap mereka bukanlah di kalangan yang bukan mengambil jurusan pengajian Islam supaya ilmu yang diperolehi berkat di sisi Allah. Kalau junjug demokrasi, pastikan dokrasi terpimpin, jangan seperti demokrasi yahudi yang kotor. Kenapa wujudnya musuh bebas sedangkan di APIUM itu terdiri daripada mahasiswa yang mengambil jurusan pengajian Islam keseluruhannya? Apa yang tidak kene sebenarnya? Saya masih ingat kata-kata “amir” yang mengatakan kalau wujudnya bebas di APIUM baru demokrasi namanya. Baik, mari kita analisis satu persatu pertikaian orang luar terhadap bebas.
1. Calon mesti mempunyai hubungan dengan pensyarah serta mempunyai akhlak yang mulia di samping menitikberatkan dakwah terutamanya budaya ‘couple’ yang sudah teruk melanda.
Baik. Saya yakin dan percaya bahawa calon yang diketengahkan untuk bertanding di API setakat ini mempunyai hubungan yang baik dengan para pensyarah. Dari segi akhlak pula Alhamdulillah setakat ini baik. Menjaga hubungan baik dengan Allah mahupun makhluk tidak kira manusia,haiwan, tumbuh-tumbuhan dan juga harta benda. Calon ini disenangi ramai pihak dan buktinya calon ini diangkat untuk bertanding. Kita juga maklum saudara Rizal Azizan bertanding dalam tiket penggerak turut di keji, di hina,dikecam sehingga dipulau walaupun dia ada agenda tersendiri untuk mengislamisasika penggerak bahkan mempunyai cirri-ciri dan identiti yang mulia. Dari segi dakwah pula, insyaAllah calon ini bersama orang-orangnya bersama-sama menyuruh ke arah kebaikan dan mencegah ke arah keburukan. Jika beliau tidak dapat melaksanakannya,sahabat-sahabat serta kita semua perlu membantunya. Saya kira, jika ada desas-desus yang mengatakan budaya atau akhlak mahasiswa API yang kurang memuaskan, saya harap jangan ditundingkan kepada bebas, kerana bebas baru sahaja muncul di API. Sila lihat peranan pemimpin sebelum ini. Saya sudah masak, orang yang berada tinggi dalam badan jemaah Islam juga turut ber’couple’. Ini tidak dapat dinafikan lagi.
2. Bebas sebagai penggerak
Bebas adalah badan yang bebas, yang tidak dipengaruhi oleh mana-mana badan politik demi kepentingan politik semata-mata. Bebas menyucikan diri dari medan politik sebagai method utama. Ini kerana kita sudah maklum bahawa setiap isu di Malaysia sudah dipolitikkan hatta isu berkaitan agama sekalipun. Politik kepartian yang kotor. Namun jika ada pihak yang tetap beranggapan bahawa bebas berkerjasama dengan penggerak atau apa-apa berkaitan penggerak, bebas tidak sesekali kesah. Prinsip bebas amat jelas.
3. Bebas tidak mempunyai agenda dan misi dan visi yang jelas
Mana mungkin bebas tidak mempunyai misi dan visi bahkan ia mempunyai agenda yang tersendiri. Bebas adalah satu persatuan yang disokong oleh ramai pelajar, jadi mana mungkin ia tiada organisasi tersendiri. Segala gerak kerja turut ada dalam bebas.
4. Carilah calon atau persatuan yang bawa Islam
Sepertimana yang kita ketahui, calon bebas bersama pengikutnya merupakan mahasiswa pengajian Islam, jadi sepatutnya tidak timbul isu bawa Islam ke tidak. Sebagai mahasiwa pengajian Islam nak tak nak ia merupakan yang amanah yang dipertanggungjawabkan di bahu setiap penuntut ilmu agama. Saya yakin calon bersama ahlinya ingin menjadikan Islam agung di dunia selaras tuntutan sebagai khalifah di muka bumi. Saya teringat kata-kata presiden GAMIS, Ahmad Syazwan,jika ada yang mahu bawa Islam dipersilakan. Ini dikukuhkan lagi dengan kata-kata TG Nik Aziz bahawa jika UMNO bawa Islam,jalankan hukum hudud, kita akan ikut UMNO. Jadi, kenapa dikhuatiri lagi??
Saya kira setakat ini sahaja dahulu coretan saya. Saya berharap agar bebas akan sentiasa ke hadapan dan menjadi pilihan semua demi kepentingan Islam dan bersama. Bebas bukanlah musuh Pro Mahasiswa, bahkan Pro Mahasiswa merupakan sahabat bebas dulu, kini dan selamanya. Cuma ada sesetengah perkara yang tidak dapat dipenuhi. Andai bebas kalah sekalipun di PRK kali ini, kerjasama di antara bebas dan Pro Mahasiswa ditagihkan. Biar berbeda ideologi dan pemikiran namun sama matlamat dan hala tuju. Ini adalah pandangan saya, sebarang teguran dipersilakan dari pihak sahabat saya Pro M, kenalan saya dari Gerak mahupun penyokong saya, Bebas. Saya berharap kemenangan dimiliki orang yang benar di sisi Allah.

No comments:

Post a Comment