Teman…
Kau muncul
menemaniku saatku berjauhan bersama keluarga
Membina
serta mencipta sebuah kehidupan yang baru
Bermula
dari perkenalan hinggalah hati saling memerlukan
Perkongsian
hidup diamalkan setiap masa.
Kurang lebih
tiga tahun kita serasi bersama
Tiap detik
dan saat waktu berpisah tiada
Ketawa
bersama tiada duka yang tercipta
Sebuah kebahagian
yang Allah anugerahkan buat kita.
Namun…
Nikmat
tersebut tidak berkekalan lama
Ditarik
balik akibat dari kesilapan yang tidak tahu puncanya
Sehingga meretakkan
kemanisan ikatan yang dibina selama ini
Ku redha ku
pasrah dengan pengakhiran ini.
Kau terus
memecut laju meninggalkan nostalgia
Tanpa
memikirkan lamanya usia jambatan yang terjalin
Tanpa cuba
memperbaharui cinta yang usang
Supaya ia
bersinar seperti dulukala.
Kawan…
Suatu
ketika kau terbuang hina oleh teman rapatmu
Ku
mengutipmu dan memeliharamu
Kita juga
bermula dengan mengenali sehinggalah menjadi mesra
Perihal
keluarga kita saling dikongsikan bersama.
Namun…
Umur kasih
kita jauh lebih pendek
Hanya mampu
bertahan seketika cuma
Memang firasat dan ilham ku menjangkakan
sedemikian
Dua dan
tiga berdekatan zahirnya tetapi alergik batinnya.
Sungguh
tragis bila acap kali dikenang
Dibibir ku
sering mengungkap benci
Realitinya
hatiku sering menyayangi
Inilah
akibat keegoan yang tidak mahu berdamai.
Sahabat…
Kau tidak
pernah ku angkat martabatmu
Tetapi
berbeda sekali dengan kau
Kau
menjunjung tinggi kedudukan ku
Kau sanggup
meninggalkan hasrat mu tanpa ku.
Kau mengerti layanan ku terhadap mu ibarat insan biasa
Namun kau
tetap tidak berganjak untuk meninggalkan ku
Setiap
kehendak mu tidak ku ikuti
Setiap
paksaan ku kau penuhi.
Endah dan
mengabaikan mu menjadi budaya ku
Kau tidak
meminta apa jua tetapi tetap memberi
Ketika ku
melanda penderitaan kau menghulurkan segala bantuan
Tanpa ku
sempat untuk memohon raih simpati.
Sedarlah…
Allah
menjanjikan syurga buat mu
Bukan untuk
ku yang tidak mengenang budi
Jasad ku
turut akan menjadi saksi di akhirat kelak
Yang akan
menjamin kebaikan mu terhadap ku.
Wahai
teman, kawan, dan sahabat…
Meskipun ia
mempunyai berlainan pengertian
Tidak sama
namun bagi ku kau tetap serupa
Yang sering
menjadi sebutan ibu ku
Kebahagiaan
ibu ku pasti juga kebahagiaan buat ku.
Walaupun semakin hari kita semakin jauh meninggalkan
Cukup bagi
ku kau masih mengiktirafku
Menganggap
ku sebagai kenalan suatu masa dahulu
Mampu
memberi senyuman tatkala bersua kembali.
Biar jauh di mata bukan di hati
Fatihah,
tiga qul, dan doa sentiasa dihadiahkan
Moga kita sentiasa
berjaya di dua dunia
Allah
temukan kami kembali di syurga nanti…
No comments:
Post a Comment