Ini bukan
sahaja amalan berbentuk doa, tetapi juga amalan yang melambangkan ikhtiar bagi seorang
manusia. Kenapa amalan ini seolah kita hanya beribadah kerana peperiksaan?
Perlu difikirkan sejenak. Kita melakukan amalan ini dengan meminta kepada Allah
yang Maha Berkuasa, dengan merendahkan diri dan mempercayai hanya Dia yang
mampu memberi dan memakbulkan hasrat dan impian kita. Jika kita tidak
memerlukan pertolongan dariNya, pastikan kita hanya akan berpegang erat dengan
usaha kita seperti mana pepatah mengatakan ‘rezeki secupak takkan jadi
segantang’, ‘sesiapa yang berusaha, dia akan dapat, sesiapa yang menanam, dia
akan menuai’. Kita belajar 48 jam tanpa henti pasti membuahkan hasil yang baik,
dan mereka yang melakukan usaha yang kecil, pasti menghampiri kegagalan seperti
mana ungkapan ‘berjaya tanpa usaha adalah mustahil, gagal dengan usaha adalah
takdir’.
Doa dan
amalan batiniah bukanlah menolak usaha secara total, kerana Allah sentiasa
menyuruh hambaNya berusaha kemudian menyerahkan segala urusan padaNya. Namun,
amalan ini merupakan suatu cabang usaha dengan kesungguhan kita disamping
peranannya sebagai doa, ditambah lagi dengan usaha kita sehabis mungkin, maka
mudah-mudahan kejayaan yang terhasil mengiringi rahmat dariNya. Bagi penulis,
usaha, doa, dan tawakal duduk seiring, bukan usaha, diikuti dengan doa dan
tawakal. Apa yang penting, iktikadkan dari dalam diri, Allah SWT merupakan
tuhan kita, Dia berkuasa atas segalanya, Dia juga Maha Berkuasa melakukan apa
sahaja mengikut kehendakNya.
Ingin
disentuh di sini, jika amalan ini dilakukan ikhlas serta disandarkan kepada
Allah SWT semata-mata, maka apa yang berlaku sama ada baik atau pun sebaliknya
sebagai natijah amalan ini, kita sesekali tidak akan menyesal bahkan
menyalahkanNya terhadap takdir yang ditentukan. Kerana akal kita yang terhad
tidak mampu dan berupaya mengetahui dan menanggapi segala rahsia dari Allah,
dengan erti kata lain, baik di mata kita bukan bermakna baik di sisi Allah dan
sebaliknya, kerana peraturan dan perundangan baik dan buruk Dia yang menentukan
bukannya manusia. Sekiranya amalan ini tidak mampu memberikan kejayaan yang
cemerlang dengan 11 A dalam SPM dan 4.0 dalam Ijazah, bahkan menghampiri
kegagalan dan boleh jadi kita gagal selepas bersungguh melakukan amalan ini,
yakinilah itu yang terbaik yang Allah berikan kepada kita. Bersangka baiklah
kepada Allah SWT.
Sesiapa
yang ingin mencuba, sukacita amat dialukan dan dipersilakan. Rasailah keredhaan
Allah terhadap kita. Lakukan paling minimum iaitu apabila bermulanya
peperiksaan berjalan sehinggalah saat keputusan peperiksaan diumumkan, jika
lebih rajin dan ikhlas, bermula pada minggu ulangkaji peperiksaan, dan jika
mengkehendaki setiap usaha pembelajaran kita lebih berkat di samping natijah
yang baik, amalkan dalam kehidupan seharian. Penulis hanya mampu membudayakan
hanya pada situasi pertama dan kadang-kadang pada keadaan yang kedua.
Alhamdulillah penulis sudah mengamalkannya selama kurang lebih sebanyak 12 kali
selama dalam tempoh jangka masa 6 tahun. Tiada apa yang perlu dibanggakan apatah
lagi ‘dibongakkan’. Penulis tidak akan berkongsi sekiranya tiada mendatangkan faedah
serta manfaat. Bak kata kak Ton “Percayalah cakap kak Ton”. Krik krik kriuk…
Setiap awal
ada pengakhiran, begitu juga dengan doa. Akak senior semasa zaman sekolah penah
berpesan, jangan lupa membaca doa selesai belajar. Ini bermakna, tiap kali kita
belajar, kita akan memulakan dengan doa, jarang sekali diakhiri juga dengan
doa. Begitu juga dengan mengulangkaji pelajaran. Penulis juga sering lupa untuk
diamalkan walaupun sehingga hari ini.
Amalan ini
diberikan oleh ayahanda guru penulis Al-Fadl wal al-Karim al-Ustaz Ramly Bin
Abd Rahim. Semoga pahala berterusan diberikan kepada beliau, dan mereka yang
terlibat dalam usaha mencipta usaha dan doa ini, insha’ Allah. Terlupa pula
penulis nak minta sanad amalan ini. Maka, tidak perlulah penulis mengijazahkan
kepada sesiapa secara bersemuka, cukup sekadar perkongsian dari penulis. Hehehe.
^_^
No comments:
Post a Comment