Yang baik datangnya dari Allah SWT yang hak dan yang buruk munculnya dari Allah jua cuma atas kelemahan diri saya yang lemah dan jahil...moga-moga kita diberi hidayah dari-NYA.. لا اله الله محمد رسول الله في كل لمحة ونفس عدد ما وهسعه علم الله
Thursday, October 15, 2009
Islam is Purpose Not A Istrument
Firman Allah: Katakanlah (Wahai Muhammad): “Sesungguhnya Aku telah diberikan petunjuk hidayah oleh Tuhanku ke jalan yang lurus, (kepada) agama yang tetap teguh, iaitu agama Nabi Ibrahim yang tulus, dan dia bukanlah daripada orang-orang yang musyrik. Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan Yang mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan yang demikian itulah aku diperintahkan, dan aku adalah orang yang awal bersegera menyerah diri kepada Allah..
Jelas dari ayat ini, Islam adalah tujuan utama, bukannya barangan dagangan yang dijual sesuka hati demi memuaskan kehendak semasa.. Islam itu dipegang atas kesedaran dan keyakinan bahawa itulah tuntutan dan itulah yang akan dipertanggungjawabkan oleh Allah pada hari akhirat kelak.
Demikian sepatutnya kita dalam berpegang dengan ajaran Islam ini. Walaupun setiap kita ada kelamahan dan kesilapan dalam hidup ini. Kita mungkin gagal untuk mengamalkan ajaran Islam secara menyeluruh, tetapi kita tidak boleh jadikannya alat meraih keuntungan. Kita mungkin ada dosa, tetapi kita tidak boleh menghalalkan dosa kerana kita telah melakukannya.
Maka, ketika kita berpegang atau beramal dengan mana-mana perkara dalam ajaran Islam hendak pegangan dan amalan itu dibina di atas keimanan yang membawa keikhlasan hanya kerana Allah. Di situlah datangnya rahmat dan keberkatan. Bukan kerana sebarang kepentingan yang mengatasi asas tersebut. Jika tidak agama ini menjadi mainan kelompok yang sentiasa mencari untung dan kesempatan.
Dalam politik, agama selalu menjadi mangsa. Berbagai nas dibaca menjelang pilihanraya. Ada yang ikhlas, ada yang salah guna. Seperti firman Allah: (maksudnya) “Sesiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka merekalah orang-orang yang kafir” (Surah al-Maidah, ayat 44) dan
firman Allah: (maksudnya) “Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman, dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah dia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun” (Surah Ali ‘Imran ayat 28).
Namun hari ini, dalam era yang terdesak ini, apabila partinya berkongsi kuasa dengan bukan Islam, nadanya sudah berbeza. Mereka memutarbelitkan fakta yang mereka keluar sendiri dengan menyuruh kita berfikiran agar lebih terbuka, dan jangan sesekali berfikiran sempit dan kolot.. Jadi, dimanakah kebenarannya yang selama ini hendak kita tegakkan?? Terlalu pentingkan diri agama yang dikorbankan.. Kita tidak boleh berkempen kepada Islam supaya dapat mengukuhkan politik kita dan atau menghalalkan kesalahan kita.Namun, begitulah nasib nas-nas al-Quran apabila ia dibaca untuk sesuatu kepentingan sesetengah individu...
Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w menyebut: “Al-Quran itu boleh menjadi hujah untuk membela kamu, atau untuk menentang kamu” (Riwayat Muslim). Namun, oleh kerana ada pihak yang membuat bisnes dengan ‘melelong pahala’, maka al-Quran menjadi alat untuk mengaut keuntungan, bukan pegangan kehidupan. Maka muncullah dalam masyarakat kita pembekal pahala yang boleh diupah dengan beberapa ribu ringgit yang menggunakan bacaan al-Quran untuk pembikinan pahala. Lalu pahala pun boleh diniaga dan akhirat pun boleh dibeli. Justeru itu Nabi s.a.w. pernah memberi ingatan: “Bacalah al-Quran dan mintalah daripada Allah (pahala), kerana selepas kamu akan ada kaum yang membaca al-Quran dan meminta (upah) daripada manusia” (Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).
Tegasnya di sini, Islam adalah MATLAMAT bukannya ALAT.. Bagi mereka yang menjadikan Islam sebagai alat, ketahuilah dan ingatlah bahawa tunggulah azab yang pedih yang akan menimpa mereka, dan penyesalan mereka amat tidak berguna lagi...
Tuesday, October 13, 2009
Kenapa Perlu Bergaduh???..
Wednesday, August 19, 2009
Benteng Diri Ahli Hakikat

....Inilah titian!
Titian suci
Jalan makrifat ahli hakikat menuju ilahi
Tuhan Maha Pengasih Maha Penyayang selalu merahmati
Kuajakmu ke sana
Datanglah segera! Mari ke mari!
Kita mendaki meniti pelangi
Membawa hati
Ke hadrat qudus di taman suci rabbani
Alangkah indahnya! Semuanya sepi
Penuh ketenteraman penuh ketenangan jiwa insani
Apakah tak mahu datang ke sini?!
Kepada tuhanmu tidak mencintai?!
Masih menurut nafsu syaitani?!
Sampingkan keduniaan lempar ke belakang daki-daki duniawi!
Kikis segala kotor dan karat yang melekat hati sanubari
Biarkan sampai bersih putih suci
Harum mewangi bercahaya nurani
Supaya sesuai untuk pandangan pencipta insani
Tuhan semesta alam Rabbul-Alamina Rahim Rahmani
...Ilahi rabbi!
Aku berdoa memohon kurnia kelimpaan rahasia
Rahasia makrifat
Rahasia hakikat
Rahasia kaum orang bahagia
Namun aku merasa sedih...Berdukacita
Jiwaku kotor... Berkarat berdaki orang sengsara
Hati pun lalai sering lupakanmu selalu alpa
Fikiran kabur berpura-pura
Haluan bercelaru entah ke mana
Bengtengilah aku... Bentengilah segera!
Dalam istana makrifat taman hakikat kemuncak gembira
...Wahai Kawan!
Inilah persembahanku sudi terimalah!
Sebuah bangkisan yang paling murah
Nilainya tinggi kemuncak yang indah
Untuk dirimu bentengilah cepat
"Benteng dari ahli hakikat"...
Meniti makrifat kepada Allah
Moga-moga nikmat sesiapa yang rindu mencintai Allah
Ya tuhanku, kabulkanlah...
Kabulkanlah! Katakanlah Amin tanda berserah.
Syeikh Ahmad Semait
Khamis 9:19 pg
06/01/1994
Tuesday, August 11, 2009
DEMONSTRASI WAJAR DIHARAMKAN???...
Demonstrasi adalah satu aktiviti yang mane wujudnya satu kumpulan masyarakat yang ingin menyuarakan pendapat mereka terhadap pemimpin atasan.. Kononnya
Tuesday, June 23, 2009
Salafiyyah atau Kholafiyyah
Thursday, June 11, 2009
Kepentingan Berguru

Kita dapat lihat pada masa kini, pelajar-pelajar tidak kira dari sudut mana sekalipun dan dalam apa-apa cabang sekalipun,banyak membaca buku tanpa guru…mungkin kita akan kata ianya tidak salah,akan tetapi,ilmu yang berkaitan hukum terutama ilmu berkaitan agama memerlukan penafsiran yang teliti dan terperinci..sebagai contoh ayat quran yang berbunyi dan maksudnya “alaikum bil jamaah”,kita akan menafsirkan mengikut makna bahasa arab-melayu yang bermaksud hendaklah kamu berjamaah yakni berkumpulan,,memang benar tafsiran itu,tapi kita kene lihat apakah sebab turunnya ayat tersebut,,,ayat tersebut turun ketika beberapa orang yang sibuk bekerja sehingga dikhuatiri akan diperdayakan syaitan dan akhirnya nabi menyuruh mereka sembahyang berjemaah…ada juga ulama muktabar yang menafsirkan bahawa jamaah tersebut bermakna mengikut ataupun berpegang dengan manhaj ahli sunnah wal jamaah…saya bukan nak bercerita pasal jemaah,tapi saya nak mengutarakan kepentingan berguru…
Saya dapat lihat,ramai pelajar termasuklah mahasiswa yang mempunyai kitab-kitab masyur yang tebal antaranya Al Quran,hadith nabi,kitab tafsir,kitab jihad dan banyak lagi,tetapi sayangnya mereka hanya buku tersebut tanpa dorongan dari guru mereka…kita diwajibkan untuk menuntut ilmu,jadi dalam mencari ilmu,menjadi satu kewajipan kita berguru..bukan belajar namanya sekiranya tanpa guru..analoginya di sini,rasulullah sendiri mempunyai guru iaaitu Jibril alaihissalam,dan rasulullah sendiri menjadi guru kepada sahabat,begitu juga tabiin mempunyai guru iaitu sahabat nabi yang diredhai Allah..sejarah dah jelas membuktikannya..ketahuilah ilmu kita sungguh cetek sekali untuk menafsir serta menghukum setiap apa yang dibincangkan dalam sesebuah buku..di sini saya ingin menunjukkan carta alir guru yang saya ikuti…
Al-Fadil Ustaz Ramly bin Abdul Rahim
Assyeikh Ismail bin Sulaiman
Tuan Sumu Amir Fadil
Tuan Syeikh Muhammad Said Allinqi
Tuan Imam Abu Abbas
Tuan Muhammad Assultan
Tuan Ibrahim Arrasyid
Tuan Ahmad bin Idris
Dan akhir sekali Muhammad bin Abdullah,nabiyyullah dan rasullullah