Thursday, October 15, 2009

Islam is Purpose Not A Istrument

Islam adalah agama fitrah.. Semua orang yang dilahirkan dalam dunia ini berada dalam kesucian iaitu fitrah, iaitu berada dalam agama Islam.. Manusia juga beriman bahawa hanya Allah sajalah tuhan di muka bumi ini.. Berpegang dengan Islam sebagai agama yang diimani amatlah berbeza dengan berpegang dengan Islam sebagai alat mengaut atau meraih keuntungan tertentu. Pegangan Islam sebagai al-Din adalah jalan hidup para rasul dan pengikut mereka.
Firman Allah: Katakanlah (Wahai Muhammad): “Sesungguhnya Aku telah diberikan petunjuk hidayah oleh Tuhanku ke jalan yang lurus, (kepada) agama yang tetap teguh, iaitu agama Nabi Ibrahim yang tulus, dan dia bukanlah daripada orang-orang yang musyrik. Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan Yang mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan yang demikian itulah aku diperintahkan, dan aku adalah orang yang awal bersegera menyerah diri kepada Allah..
Jelas dari ayat ini, Islam adalah tujuan utama, bukannya barangan dagangan yang dijual sesuka hati demi memuaskan kehendak semasa.. Islam itu dipegang atas kesedaran dan keyakinan bahawa itulah tuntutan dan itulah yang akan dipertanggungjawabkan oleh Allah pada hari akhirat kelak.
Demikian sepatutnya kita dalam berpegang dengan ajaran Islam ini. Walaupun setiap kita ada kelamahan dan kesilapan dalam hidup ini. Kita mungkin gagal untuk mengamalkan ajaran Islam secara menyeluruh, tetapi kita tidak boleh jadikannya alat meraih keuntungan. Kita mungkin ada dosa, tetapi kita tidak boleh menghalalkan dosa kerana kita telah melakukannya.
Maka, ketika kita berpegang atau beramal dengan mana-mana perkara dalam ajaran Islam hendak pegangan dan amalan itu dibina di atas keimanan yang membawa keikhlasan hanya kerana Allah. Di situlah datangnya rahmat dan keberkatan. Bukan kerana sebarang kepentingan yang mengatasi asas tersebut. Jika tidak agama ini menjadi mainan kelompok yang sentiasa mencari untung dan kesempatan.
Dalam politik, agama selalu menjadi mangsa. Berbagai nas dibaca menjelang pilihanraya. Ada yang ikhlas, ada yang salah guna. Seperti firman Allah: (maksudnya) “Sesiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka merekalah orang-orang yang kafir” (Surah al-Maidah, ayat 44) dan
firman Allah: (maksudnya) “Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman, dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah dia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun” (Surah Ali ‘Imran ayat 28).
Namun hari ini, dalam era yang terdesak ini, apabila partinya berkongsi kuasa dengan bukan Islam, nadanya sudah berbeza. Mereka memutarbelitkan fakta yang mereka keluar sendiri dengan menyuruh kita berfikiran agar lebih terbuka, dan jangan sesekali berfikiran sempit dan kolot.. Jadi, dimanakah kebenarannya yang selama ini hendak kita tegakkan?? Terlalu pentingkan diri agama yang dikorbankan.. Kita tidak boleh berkempen kepada Islam supaya dapat mengukuhkan politik kita dan atau menghalalkan kesalahan kita.Namun, begitulah nasib nas-nas al-Quran apabila ia dibaca untuk sesuatu kepentingan sesetengah individu...
Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w menyebut: “Al-Quran itu boleh menjadi hujah untuk membela kamu, atau untuk menentang kamu” (Riwayat Muslim). Namun, oleh kerana ada pihak yang membuat bisnes dengan ‘melelong pahala’, maka al-Quran menjadi alat untuk mengaut keuntungan, bukan pegangan kehidupan. Maka muncullah dalam masyarakat kita pembekal pahala yang boleh diupah dengan beberapa ribu ringgit yang menggunakan bacaan al-Quran untuk pembikinan pahala. Lalu pahala pun boleh diniaga dan akhirat pun boleh dibeli. Justeru itu Nabi s.a.w. pernah memberi ingatan: “Bacalah al-Quran dan mintalah daripada Allah (pahala), kerana selepas kamu akan ada kaum yang membaca al-Quran dan meminta (upah) daripada manusia” (Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).
Tegasnya di sini, Islam adalah MATLAMAT bukannya ALAT.. Bagi mereka yang menjadikan Islam sebagai alat, ketahuilah dan ingatlah bahawa tunggulah azab yang pedih yang akan menimpa mereka, dan penyesalan mereka amat tidak berguna lagi...

Tuesday, October 13, 2009

Kenapa Perlu Bergaduh???..

Mutakkhir ini, acap kali kita mendengar pergaduhan ataupun pertelingkahan yang melibatkan orang melayu baik dari perspektif agama, mahupun yang lebih ketara dari aspek politik.. Di sini,saya mengambil inisiatif meletak tepi isu politik kerana saya tidak mahir untuk memperkatakan berkaitan politik... Sebagai contoh, ketika berjalannya membuang undi di Bagan Pinang tempoh hari, kita bergaduh sesama sendiri.. Dimanakah wujudnya demokrasi yang sering kita heboh-hebohkan, jika disebabkan politik kita sering bergaduh sesama sendiri.. Saya tidak nafikan perbezaan politik merupakan titik penyelesaian satu masaalah, dan perselisihan memang penting bagi menilai mana satu jalan yang terbaik bagi menyelesaikan satu persoalan yang timbul.. “ Belajarlah dari sejarah, kerana sejarahlah yang banyak mengajar kita” , slogan ini selalu kita dengar, dimana wujudnya PKM, HINDRAF yang cuba mengacaubilaukan keadaan Tanah Melayu ...Di sini, saya bukan nak menunding jari ke mana-mana pihak mahupun bersikap taksub tehadap kaum melayu, saya ingin berbicarakan secara profesional iaitu dari neraca agama Islam... Islam amat mengambil berat tentang orang Islam mahupun bagi mereka yang tidak memeluk Islam...Tetapi, setiap kehidupan ada haknya, hak sesama manusia, hak sesama haiwan, hak sesama benda dan lain-lain..Hak wajib dipenuhi,dan zalimlah bagi mereka yang tidak memenuhi tuntutan tersebut...Jadi sebagai makhluk tuhan yang bergelar manusia,seharusnya kita melaksanakan tuntutan tersebut...Hak sesama orang Islam dan hak sesama orang bukan Islam..Tetapi hak sesama Islam melebihi segala-galanya..Ada sesetengah yang mengatakan orang yang bukan Islam tidak tahu tengtang hukum hakam agama, tetapi bagaimana pula dengan orang Islam yang belum didedahkan dengan hukum hakam tersebut...Tidak semua yang bergelar Islam mengetahui keseluruhan mengenai hukum, dan penyelesaiannya kita dituntut untuk belajar sepanjang usia, dan tidak semua orang Islam harus 100 peratus sempurna yang mana tidak diselaputi dosa sedikitpun...Iman yang berada dalam diri insan yang bergelar manusia biasa sentiasa bertambah dan berkurang..Adakala kita menjadi muslim sahaja, dan bila kita melakukan keimanan kepada tuhan, darjat akan meningkat menjadi mukmin, dan ketaqwaan yang tinggi kepadaNYA, kita akan mencapai darjat taqwa, dan apabila kita berjihad pada jalanNYA dalam seluruh aspek, kita akan diangkat menjadi Mujahid Sejati, dan sekiranya kita alpa dan leka, kita akan jatuh, tetapi kita tetap bergelar seorang muslim selagi mana kita mengkufurkan yang Maha Esa..Memanglah, perselisihan perlu bagi mewujudkan perpaduan, bagi mereka yang mempunyai pemahaman yang tinggi tentang adab perselisihan pandangan, ia tidak mendatangkan permasaalahan, tapi bagaimana pula bagi mereka yang tidak paham terhadap persesihan pendapat,, maka akhirnya berlakulah perpecahan, walaupun pepecahan tidaklah begitu besar, tetapi kesannya menusuk ke hati yang akhirnya timbullah dendam kesumat yang tiada kesudahannya...Sesungguhnya orang Islam itu bersaudara.. Yang berlalu biarlah berlalu, binalah kehidupan baru bersama..Orang Islam yang bergaduh, orang lain melompat keriangan tetawa melihat gelagat kita.. Lihatlah derita negara-negara luar yang asyik bergaduh, dan impaknya penjajah nampak akan kelemahan negara tersebut, dan kesudahannya negara tergadai, Islam terbuang dan diri tersadai..Ayuhlah warga Malaysia, tidak kira apa jua keturunan, agama, warna kulit, marilah berjabat tangan bersama-sama meraikan gagasan 1 Malaysia bersatupadu,buangkan apa yang keruh dan ambillah apa yang jernih, membina kehidupan yang lebih mewarna dan ceria bagi mencapai kemakmuran negara dan kegemilangan Islam..