Friday, October 7, 2011

JPA : JAWAPAN BAGI SATU TANDA TANYA



Selepas tidak berjaya mendapat Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) atau bahasa mudahnya biasiswa JPA saya rasa terpanggil dan terkesan dengan apa yang berlaku. Bukan itu sahaja saya dimaklumkan bahasa semua kawan-kawan sebaya saya dari Asasi Universiti Malaya Nilam Puri tiada seorang pun yang mendapat tajaan dari badan tersebut bahkan junior-junior yang baru memasuki alam universiti turut mendapat nasib yang sama. Maka selepas berfikir panjang saya bertekad untuk pergi ke jabatan tersebut untuk mendapat penjelasan yang terperinci.

Maka tibalah waktu yang tunggu….

Pada pagi Jumaat saya bersama pak cik saya pun pergilah ke Bangunan JPA di Putrajaya. Walaupun tidak membuat apa-apa persediaan saya tetap perlu redah, bak kata orang nogori “biar bercacak koreh dan lombing putih kuning den tarik juo”. Dipendekkan cerita saya pun saya pun pergi ke kaunter modal insan dan bertemulah seorang kerani barangkali yang wajahnya kelihatan berusia remaja. Selepas berdiskusi, kelihatan dia tidak ada idea untuk menjawab persolan yang saya kemukakan lantas dia melepaskan perbincangan tersebut kepada pegawai yang ada. Maka ada beberapa persoalan yang dijawab dengan jelas sekali.


Isu Tajaan JPA
Beliau memberitahu bahawa jumlah tajaan JPA tiap-tiap tahun berubah. Pada tahun lepas pihak JPA menaja 8500 orang, manakala pada sesi kali ini hanya 8000 sahaja yang diperuntukkannya.


Isu Pengambilan JPA
Saya dimaklumkan setiap bidang pembelajaran terbahagi kepada empat kategori, iaitu pertama bidang kritikal seperti bidang perubatan, bidang pergigian dan seangkatan dengannya, bidang kedua yang terdiri daripada kejuruteraan dan sebagainya, diikuti kategori seterusnya yang terdiri daripada sains computer, sains IT , sains maklumat dan lain-lain dan terakhir sains sosial. Di mana bidang pengajian Islam?? Pengajian Islam berada dalam bidang sains sosial. Maknanya?? Anda jawablah sendiri..


Isu Kota
Seperti yang dimaklumkan, JPA hanya peruntukkan seramai 8000 pelajar di bawah tanggungannya. 2000 tempat sudah ditempatkan dibidang-bidang kritikal, maka bakinya tinggal 6000. 6000 tersebut diberikan kepada tiga kategori yang lain yang mana bidang-bidang yang penting diberikan kota atau tempat yang banyak. Ini bermakna sains sosial merupakan tajaan terakhir bagi mereka setelah mereka membuat tajaan-tajaan tiga kategori di atas. Bak kata pegawai tersebut, bidang yang betul-betul diperlukan dalam alam pekerjaan next five years .


Isu Keputusan Peperiksaan yang Dikehendaki
Beliau memaklumkan bahawa jumlah tajaan seramai 8000 tersebut perlulah disaingi. Beliau memberitahu bahawa dalam bidang perakaunan minimum yang diambil ialah 3.91.


Pertikaian
Saya mempertikaikan mengapa dua generasi dari asasi UM Nilam Puri tiada seorang pun yang mendapat tajaan JPA. Beliau menafikan dan mengatakan bahawa ada pelajar yang mendapat tajaan tersebut. Sejauh mana kebenarannya saya pun tak pasti. Saya mempertikaikan lagi bahawa pelajar cemerlang dari UMNP tersebut mendapat 3.8+ namun juga tidak berjaya. Beliau terdiam. Dukacitanya saya terlupa untuk membuat perbandingan dari segi keputusan peperiksaan terhadap pelajar STPM,STAM dan Diploma yang telah berjaya mendapatkan tajaan. Beliau mengatakan lagi bahawa permohonan boleh dimohon pada masa akan datang.


Kesimpulannya saya tidak pasti apa yang dimaklumkan oleh beliau adalah benar atau wujudnya ketidakjujuran di situ. Namun saya ambil pendekatan bersikap positif terhadap beliau kerana dunia ini milik Allah sebagai pinjaman dan tiada hak ke atas kita untuk mempertikaikan segala takdirnya walaupun sekelumit. Anda sendiri bolej menilai apa yang berlaku.