Thursday, February 28, 2013

NASRANI

1 ) PENGENALAN : Agama Nasrani merupakan agama selepas agama Yahudi. Ia dikaitkan dengan ajaran yang dibawa oleh nabi Isa AS. Agama Nasrani bukan membawa ajaran baru tetapi melengkapkan agama yang dibawa oleh Nabi Musa AS. 2) DEFINISI : Terdapat dua pandangan mengenai asal perkataan ‘Nasrani’ : • Pandangan pertama; • Mengatakan Nasrani diambil bersempena nama tempat Nazareth di Wilayah Galilia. • Wilayah ini dipanggil Nasirah‘نصيرة’ oleh orang-orang Arab • Ia merupakan sebuah desa kecil yang terletak di sebuah kaki bukit di Selatan Jurusalem, Palestin. • Tempat ini dikatakan sebagai tempat kelahiran Nabi Isa • Maka, agama yang dikaitkan dengan ajaran Nabi Isa dikenali sebagai agama Nasrani iaitu agama orang-orang Nasirah. • Pandangan kedua; • Mengatakan ia berdasarkan perkataan ‘أنصار’ seperti firman Allah dalam al-Quran. 52. maka ketika Nabi Isa merasa (serta mengetahui Dengan yakin) akan kekufuran dari mereka (kaum Yahudi), berkatalah ia:" siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?". orang-orang "Hawariyyuun" (Penyokong-penyokong Nabi Isa) berkata: "Kamilah penolong-penolong (utusan) Allah. Kami telah beriman kepada Allah, dan saksikanlah (Wahai Nabi Allah) Sesungguhnya Kami ialah orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah). (Surah Ali-Imran : ayat 52) 14. Wahai orang-orang Yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (ugama) Allah sebagaimana (Keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa Ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?" mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (ugama) Allah!" (setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang Yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang Yang menang. (Surah As-Saff : ayat 14) • Maka kalimah ‘Ansar’ dalam al-Quran bermakna golongan yang menolong agama Allah dan rasulnya iaitu Isa AS. • Mereka ini juga disebut sebagai golongan ‘hawariyyun’ • Para ahli tafsir menyebutkan bahawa ‘hawariyyun’ adalah para pengikut setia dari orang-orang beriman yang membantu Nabi Isa Al-masih dalam da’wahnya menuju agama Allah SWT. (lihat Ibnu Katsir 4/2842 dan As-Syaukani dalam Fathul Qadir 5/273). • Dalam riwayat lain Ibnu Katsir menyebutkan, ayat di atas berkait rapat dengan 72 orang dari kaum Ansar yang melakukan Bai’atul ‘Aqabah, dengan sumpah setia akan beribadah hanya kepada Allah SWT, tidak berbuat syirik dan akan membela Rasulullah SAW.(lihat pula Abu Yahya Muhammad bin Shumadih at-Tujibi dalam Mukhtashar at-Thabary, hal. 552) 111. dan (ingatlah) ketika Aku ilhamkan kepada orang-orang Hawariyyiin (sahabat-sahabat karib Nabi Isa): "Berimanlah kamu kepadaKu dan kepada RasulKu!" mereka menjawab: "Kami telah beriman, dan saksikanlah, Bahawa Sesungguhnya Kami orang-orang Islam (yang menyerah diri kepada Allah)" (Surah Al-Maidah : ayat 111) 2) TUJUAN AJARAN YANG DIBAWA NABI ISA : Membimbing bangsa Israel : • Menjauhi kegilaan kebendaan dan menekankan aspek kerohanian jiwa. • Menolak hanya pendita boleh menjadi penghubung manusia dan tuhan 3) SEJARAH : • Diturunkan pada 18 Ramadhan ketika Isa AS berusia dalam lingkungan 30 tahun (setengah pandangan pada umur 40 tahun) • Berkembang selama 3 tahun 3 bulan 3 hari 4) TOKOH : Ajaran yang disandarkan kepada Isa AS 6. dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa Ibni Maryam berkata: "Wahai Bani Israil, Sesungguhnya Aku ini pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab Yang diturunkan sebelumku, Iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira Dengan kedatangan seorang Rasul Yang akan datang kemudian daripadaku - bernama: Ahmad .... (Surah As-Saff : ayat 6) 5)DOKTRIN : • Ajaran Tauhid 35. tiadalah layak bagi Allah mempunyai anak. Maha Sucilah ia. apabila menetapkan jadinya sesuatu perkara, maka hanyalah ia berfirman kepadanya: "Jadilah engkau", lalu menjadilah ia. 36. dan Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu maka Sembahlah kamu akan Dia Inilah jalan Yang betul - lurus ". (Surah Maryam : ayat 35-36) • Menolak Dakwaan Anak Tuhan. 30. ia menjawab:" Sesungguhnya Aku ini hamba Allah; ia telah memberikan kepadaKu Kitab (Injil), dan ia telah menjadikan daku seorang Nabi. (Surah Maryam : ayat 30) 30. dan orang-orang Yahudi berkata: "Uzair ialah anak Allah" dan orang-orang Nasrani berkata: "Al-Masih ialah anak Allah". Demikianlah perkataan mereka Dengan mulut mereka sendiri, (Iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran? 31. mereka menjadikan pendita-pendita dan Ahli-ahli ugama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah, dan juga (Mereka mempertuhankan) Al-Masih Ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia. Maha suci Allah dari apa Yang mereka sekutukan. (Surah At-Taubah : ayat 30-31) 116. dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa Ibni Maryam! Engkaukah Yang berkata kepada manusia: `Jadikanlah daku dan ibuku dua Tuhan selain dari Allah? ' " Nabi `Isa menjawab: "Maha suci Engkau (Wahai Tuhan)! tidaklah layak bagiku mengatakan sesuatu Yang Aku tidak berhak (mengatakannya). jika Aku ada mengatakannya, maka tentulah Engkau telah mengetahuinya. Engkau mengetahui apa Yang ada pada diriku, sedang Aku tidak mengetahui apa Yang ada pada diriMu; kerana Sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha mengetahui perkara-perkara Yang ghaib. (Surah Al-Maidah : ayat 116) • Solat dan Zakat 31. dan ia menjadikan daku seorang Yang berkat di mana sahaja Aku berada, dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi zakat selagi Aku hidup. (Surah Maryam : ayat 31) • Melaksanakan Ibadah Haji dan Umrah. “Demi Dzat yang diriku berada ditanganya,sesungguhnya Ibn Maryam akan mengucapkan tahlil dengan berjalan kaki untuk melaksanakan haji atau umrah atau kedua-duanya dengan serentak”. (HR. Ahmad & Muslim dari Abi Hurairah) • Amalan Bersifat Zuhud dan Kesufian 6) AJARAN – AJARAN LAIN YANG DIBAWA OLEH NABI ISA AS. • Larangan Membuat Patung Berhala. “Seorang perantara diperlukan apabila ada dua pihak, tetapi Allah tidak memerlukan perantara, kerana Dia sendiri bertindak”. Galatia 3 :20 • Ajaran kepada Bani Israel. 6. dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa Ibni Maryam berkata: "Wahai Bani Israil, Sesungguhnya Aku ini pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab Yang diturunkan sebelumku, Iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira Dengan kedatangan seorang Rasul Yang akan datang kemudian daripadaku - bernama: Ahmad". maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan Yang jelas nyata, mereka berkata: "Ini ialah sihir Yang jelas nyata!" (Surah As-Saff : ayat 6) “Janganlah mengganggap bahawa Aku datang untuk menghapuskan Taurat Musa dan ajaran nabi-nabi. Aku tidak datang untuk menghapuskannya, tetapi Aku datang supaya semua ajaran ini berlaku”. Matius 5 : 17-18 • Menutup Kepala Bagi Wanita. “Jika wanita tidak menudung kepalaketika berdoa atau menyampaikan perkhabaran daripada Allah di hadapan orang ramai, dia mempermalukan suaminya. Wanita itu seperti wanita yang kepalanya dicukur. Jika seseorang wanita tidak mahu menudung kepalanya lebih baik dia menggunting rambut”. Korintus 11 : 5-6 • Berkhitan. “Setiap lelaki yang tidak bersunat tidak dianggap anggota ummat-Ku kerana dia tidak berpegang pada perjanjian itu”. Kejadian 17 : 14 “Sesudah berumur lapan hari, tibalah masa anak itu disunat. Dia dinamakan Yesus, nama yang diberikan oleh malaikat kepada-Nya sebelum dia dikandung oleh ibu-Nya”. Lukas 2 : 21 • Poligami. “Jika tuannya itu mengambil perempuan lain, ia tidak boleh mengurangi makanan perempuan itu, pakaiannya dan persetubuhan dengan dia” Keluaran 21 : 10 • Meraikan Hari Sabath. “Rayakanlah hari sabat dan hormatilah hari itu sebagai hari yang suci”. Keluaran 20 :8 • Larangan Makan Babi. “Jangan makan babi, babi mesti dianggap haram kerana walaupun berkuku belah tetapi tidak memamah biak. Jangan makan binatang-binatang itu, dan jangan sentuh bangkainya; binatang-binatang itu haram”. Imamat 11 :7-8 “Jangan makan babi, binatang itu haram, kerana walaupun kuku belah tetapi binatang itu tidak memamah biak. Jangan makan binatang seperti itu, dan jangan sentuh bangkainya”. Ulangan 14 : 8 • Hukuman Bunuh Kepada Penzina. “Jika seseorang lelaki tertangkap basah ketika bersetubuh dengan isteri orang lain, kedua-duanya mereka mesti dihukum mati. Dengan demikian kamu akan membasmi kejahatan itu”. Ulangan 22 : 22 • Larangan Arak “Minuman keras membuat orang mabuk dan merepek. Bodohlah orang yang menjadi mabuk”. Amsal 20 :1 “Arak minuman untuk orang yang hampir mati dan yang sengsara”. Amsal 31 :6 7) PUSAT PENYEBARAN : • Jurusalem, Palestin 8) KITAB SUCI : • Injil Nabi Isa AS 30. ia menjawab:" Sesungguhnya Aku ini hamba Allah; ia telah memberikan kepadaKu Kitab (Injil), dan ia telah menjadikan daku seorang Nabi. (Surah Maryam : ayat 30) 27. kemudian Kami iringi sesudah - mereka: Rasul-rasul Kami silih berganti, dan Kami iringi lagi Dengan Nabi Isa Ibni Maryam, serta Kami berikan kepadanya: Kitab Injil …. (Surah Al-Hadid : ayat 27) RUJUKAN Ahmad Shalabi (1961), Perbandingan Agama Bahagian Agama Masihi, Jakarta : Djajamurni. Ahmad Shalabi (1966), Perbandingan agama : agama Masehi, Jakarta : Djajamurni. Mohd Rifai(1965), Perbandingan Agama, Jakarta : Djajamurni. Muhammad Abdul Karim al-Shahrastani (1986), Kitab al–Milal wa al-Nihal, Bayrut : Dar Sa`b. _____________ (1961), New Testament : The new English Bible; New Testament, London : Oxford U.P.