Bismillah.
Kali ini saya berhasrat untuk membebel
pasal kemasukan terus ke PhD, memandangkan keputusan peperiksaan akhir baru
keluar dan ada dua calon yang sedang melalui proses temu duga di peringkat
jabatan sebagai prosedur sebelum mendaftar pengajian.
Sekejap, di mana nak bermula ya.
Mula-mula banyak idea, bila mengadap PC terus jeng kreng.
Baik, pertama sekali ada beberapa orang
pelajar, kawan dan pensyarah bertanya saya apa pandangan terhadap kemasukan
terus ke PhD tanpa ada pengalaman pengajian sebagai graduan Sarjana. Skrip
jawapan saya di mana-mana adalah fahami falsafah pengajian pasacasiswazah
terlebih dahulu, kemudian semak balik nawaitu kita bagaimana. Perkara ini tidak
tertakluk kepada trek pengajian terus ke PhD, bahkan diterima pakai juga bagi
graduan Sarjana Muda yang ingin menyambung pengajian ke Sarjana dan Sarjana ke
PhD. Praktikalnya tetap sama. Pertama, menyambung pengajian adalah pilihan,
bukannya suatu kewajipan, maka apabila ia hanyalah option, dorongan akan sentiasa
berbolak balik menjadi turun dan naik. Kedua, setiap peringkat pengajian
mempunyai level kesukaran yang berbeza. Sarjana coursework, mix mode dan
full research, begitu juga Doktor Falsafah aka PhD. Bagi saya, sarjana coursework
ibarat dua kali ganda Latihan Ilmiah, belum lagi mod yang lain. Secara
rumusannya, tesis PhD umpama enam kali ganda Latihan Ilmiah; dua atau tiga kali
ganda disertasi Sarjana mod penyelidikan. Ini pandangan saya, tidak terima
dipersilakan. Seperti mana di catatan blog yang lepas, graduan PhD adalah
seorang scholar atau mujtahid kecil (mohon izin menggunakan istilah ini),
perkara usul dalam sesuatu disiplin ilmu seharusnya dikuasai.
Again, senior-senior yang berpengalaman
selalu ungkapan kata “No tears, no PhD”. Di situ anda boleh tafsirkan
berdasarkan perspektif masing-masing. Anda perlu bersedia dengan sebenar-benar
persiapan. Masa dan duit perlu dikorbankan. Niat dan komitmen menjadi aset
serta pelaburan utama. Sambung pengajian disebabkan nak hebat, nak jadi
pensyarah, tiada kerja itu penghalang mahupun cabaran dalam perjalanan seorang
penuntut ilmu. Ada rekod yang berjaya, ada juga rekod yang sebaliknya. Menghadapi
masalah kesihatan mental pun ada. Maaf, saya suka cerita aspek negatif supaya
kita sentiasa dalam keadaan sedar bukan separa sedar ataupun merasakan persis orang
kayangan. Di sekeliling saya ramai yang kuat usahanya, lagi-lagi mereka yang
terlibat secara langsung dalam dunia penyelidikan. Usaha adalah tugasan dan
tanggungjawab anda, Allah SWT penentu segalanya. Istikharah terlebih dahulu,
cuma persoalan saya, bagaimanakah pendirian kita bila mana clue yang
kelihatan adalah negatif? Boleh sama-sama kita renung serta muhasabahkan.
Calon PhD adalah calon PhD. Tidak kira
apa latar belakang anda, graduan cemerlang Sarjana, graduan dekan Sarjana Muda,
ataupun individu beshew-beshew sahaja, syarat adalah tetap sama. Tahun
2020 bakal menghasilkan sekitar kurang lebih 50 lebih graduan PhD di fakulti.
Maka, siapakah dan ke manakah anda dalam kalangan ini? Saya graduan 2018
bersama 55 graduan yang lain. Saya cuba mencari sedikit perbezaan berbanding
orang lain. Saya membuat penyelidikan integrasi dua bidang dengan menggunakan
metode yang baharu serta menghasilkan penerbitan yang lebih daripada yang disyaratkan
dan mempunyai indeks yang tinggi. Akan datang, bermula 2021 dan ke atas,
pencapaian saya boleh dikira lapuk. Maka, anda perlu mencari sesuatu yang jauh
lebih baik daripada graduan yang ada pada sebelumnya. Berdikari mencari ilmu,
pengalaman dan kemahiran yang ada di luar tanpa bergantung harap kepada
penyelia.
Ok saya tarik brek tangan secara
mengejut. Kita sambung coretan akan datang. Tak bolehlah kongsikan sekali gus.
Habislah modal saya. Hehehe. Selamatlah semua ya. Semoga kita dipermudahkan
dalam segala urusan.