Tuesday, December 29, 2009

Realiti Politik Kini: Yakin Dan Percayalah



Jika kamu kesukaanku, semuanya baik belaka
Jika kamu berwang banyak, aku kata; kuat kamu berusaha
Jika kamu berkereta lawa, aku kata; itu berkat berkerja
Jika kamu berumah mewah, aku kata; untuk tamu yang melimpah

Jika kamu kebencianku, semuanya dinilai celaka,
Jika kamu berwang banyak, aku kata; duit orang kamu lanyak
Jika kamu berkereta lawa, aku kata; kamu mengada-ngada
Jika kamu berumah mewah, aku kata; itu duit rasuah

Jika kamu pilihanku, semuanya aku setuju,
Jika kamu bercakap kasar, kataku; mereka memang perlu diajar,
Jika kamu bercakap berputar, aku kata; mereka itu yang celupar,
Jika kamu berdusta, aku kata; bohong mereka lebih berganda
Jika kamu bersumpah, aku kata; itu tanda mereka yang bersalah,
Jika kamu berdansa, itu untuk rakyat bersuka

Jika kamu seteruku, semua tindakanmu aku palu
Jika kamu bercakap lunak, aku kata; kamu memang nak berlagak
Jika kamu bercakap lurus, aku kata; harapan kamu dah putus
Jika kamu bercakap benar, aku kata; kamu hanya buat kelakar
Jika kamu bersumoah, aku kata; kamu memang telah diupah
Jika kamu berzikir, aku kata; kamu hanya cuba menyindir

Musuhku semua haram
Kawanku semua harum

Ajaran Tuhan : jangan hukum ikut perasaan dan sangkaan
jangan hukum ikut kumpulan dan pasukan
hukumlah ikut firman dan alasan

Ajaran Syaitan : hukumlah ikut perasaan dan kebencian
lihat dulu kawan atau lawan
bukan kata tuhan atau sabda junjungan

Maka dunia ini pun bertukar
Hukum menjadi putar-putar
Siapa sahabat, maka dia diangkat
Siapa tak sepakat, maka dia musibat

Pilihanku semuanya ditabal mulia
Plihanmu semuanya ditabal celaka
Tanya mereka : mengapa begitu jadinya
Jawabku : itulah poltik namanya..
-DR. MAZA


Beginilah hakikat politik di mana-mana, juga tidak terlari di Malaysia.. Mereka menjadi buta mata dan buta mata hati.. Disebabkan kepentingan peribadi, apa yang halal dijadikan haram dan apa yang haram mereka benarkan.. Sedangkan sudah terang lagi bersuluh bahawa yang halal jelas akan kehalalannya, begitu juga sebaliknya..


عن النعمان بن بشير رضي الله عنهما قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : وأهوى النعمان باصبعيه الى اذنيه : ان الحلال بين, وان الحرام بين, وبينهما مشتبهات ...
متفق عليه ( رواه البخاري ومسلم

Mengisyaratkan Nu’man dengan dua jarinya ke telinganya dan bersabda : sesengguhnya yang halal itu jelas, dan sesungguhnya yang haram itu jelas, dan diantara keduanya adalah “mushtabihat”


Yang menjadi mangsa, orang-orang kampong, orang-orag tua, atau golongan yang kurang cerdik pandai,termasuk juga mereka mempunyai profesyen yang tinggi. Apa yang mereka dengar dari telinga mereka, mereka terus telan, tanpa membuat timbang tara.. Mereka seolah-plah tersepit untuk berfikir panjang tambahan pula yang mereka berhadapan bukan calang-calang orang.. Kepercayaan yang tinggi atas kayu ukur personaliti, mereka terkeliru lantas termakan pandangan-pandangan retorik demi kebaikan pihak mereka sahaja tanpa mengambil kira sudut pandangan Islam.. Ketahuilah, Islam yang perlu kita ikuti, bukan Islam yang mengikuti rentak kita..

عن عائذ بن عمرو المزني رضي الله عنه قال : الاسلام يعلو, ولا يعلى أخرجه الدارقطني


والله تعالى ورسوله أعلم الله يهدينا ويفتح علينا

Friday, November 6, 2009

CERITERA-CERITERI HIKAYAT PURBA MAJMUAH 2

Al-kisah….maka tersebutlah kisah…..adapun sebuah hikayat di zaman purba ketika era pemerintahan kesultanan melayu Melaka kerana sultan nya berasal dari Negeri Melaka.. Hikayat pun mula berceritera di saat tahun 2009 menjengahkan muka..

Ceritera sebuah Negara yang aman damai dalam sebuah kawasan yang dikenali sebagai Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya,Nilam Puri,Kelantan..
Maka, raja APIUM pun berkenanlah untuk menamakan Negara tersebut sebagai MAJMUAH 2…..lalu adapun hikayat mengatakan raja telah berkenan melantik sultan sebagai peneraju Negara…lalu rakyat dalam Negara tersebut hidup dalam keadaan aman damai berlandaskan satu rukun tatanegara iaitu “SATU MAJMUAH……..SATU UKHWAH…hebat..hebat”=)

Arakian adapun hikayat mengatakan..sewaktu raja APIUM berkenan untuk melantik seorang sultan sebagai peneraju Negara..beliau telah melantik seorang sultan dari Melaka yang lebih dikenali dengan nama…Sultan Al-Idris ibni Al-Nayan Al-melakaliun…adapun setelah ditabal menjadi sultan..beliau berkenan pula tuk melantik sang pemaisuri istana…setelah dikerah semua tenaga..setelah dijelajah seluruh pelusuk dunia..maka baginda sultan pun berkenan untuk melantik sang puteri dari negeri darul Ridzuan.. Adapun…sang penceritera bercerita bahawa sang puteri yang telah ditabal menjadi pemaisuri itu bernama Puteri Buluh Terbelah Al-Zamzarina bintu Al-Adzahar @ JamJarina… Tiba saat ketika sultan pening kepala dok memikirkan urusan Negara..lalu dengan bangganya baginda sultan telah melantik setiausaha sulit kerajaan…(negara lain pun tak tersulit sampai macam nie…)..lalu ditabal lah setiausaha agong yang setia orangnya kerana sejak zaman pemerintahan sultan yang terdahulu lagi beliau telah memegang jawatan sebagai setiausaha Negara..adapun setiausaha itu diberi nama Al-amr Al-rasyidin @ Amar Rashidi…lalu kerana khidmat baktinya yang terlalu lama maka sultan telah berhajat untuk mencarikannya pembantu..maka wujudlah jawatan baru di dalam ini negeri iaitu Timbalan Setiausaha yang telah dipegang oleh Puteri Santun-song Suhaila Al-Manijal import from Sabahan..




Adapun hikayat raja-raja berceritera untuk melantik bendahara Negara bagi melincinkan urusan keluar masuk wang Negara..dan bagi memastikan setiap dana yang dikeluarkan dan diterima adalah dari sumber yang sohih..lalu sultan telah membuat beberapa undian ala2 PRU ke-12..maka setelah berhempas pulas…mengalahkan beberapa pesaing terdekat..maka Al-amin Abdul Aziz ibn Abdul wahab telah menang tanpa bertanding bagi merebut jawatan bendahara Negara…maka seperti pembesar-pembesar Negara yang lain..beliau juga diberi sorang pembantu yang setia iaitu..al-Fitratul al-izzah @ Izzatul Fitri…yang berkaca mata sampai ada hikayat mengatakan kuasa kaca mata beliau beratus….ratus….ratus…mungkin disebabkan terlalu asyik mengira keuntungan Negara…

Seperti kebanyakan negeri..Majmuah 2 juga pernah dilanda ombak,ribut dan taufan..serta serangan dari musuh-musuh dalam selimut…lalu atas semangat kekentalan yang kuat…segala serangan hendap, serangan darat @ air…
serangan dalaman telah dapat dihakis sehingga keadaan yang kucar-kacir telah bertukat menjadi aman damai seperti dahulu kala….semua ini adalah jasa dan pengorbanan rakyat jelatanya yang seramai 34 orang di mana negeri yang paling padat penduduk berbanding negeri2 lain..mereka membalas serangan2 tersebut dengan melepaskan bom Hiroshima dan Nagasaki made in Malaysia yang telah diadun bersama iman dan taqwa..

Arakian..dalam sebuah hikayat konsep kenegaraan Majmuah 2 nie..rakyat-rakyatnya begitu gemar membuat aktiviti menganyam ketupat dan menjual ikan tidak kira la dimana saja mereka berada(tue la pasainya majmuah 2 ni kaya raya hasil jualan rakyat jelata)… Hasilnya begitu memberangsangkan sehingga telah berjaya membibitkan buih-buih cemburu dalam diri rakyat di negara lain…

Maka..baginda sultan pun telah bermusyawarah bersama-sama pembesar Negara mencari jalan bagi mengatasi masalah tersebut supaya rakyat jelata di negara lain tidak akan merasa cemburu…maka..keputusan telah diambil dan baginda sultan menggunakan pendekatan ADEC untuk mengatasi masalah ini..
Lalu baginda sultan mengeluarkan notis 24 jam kepada rakyat jelata untuk sign in dalam laman web tersebut..maka rakyat2 jelata pun mengambil peluang untuk meluahkan pelbagai idea..pendapat dan sebagainya melalui laman web tersebut…maka adapun mengikut tuan asal punye ADEC..laman tersebut adalah untuk membincangkan masalah2 yang dihadapi dalam subjek makol iaitu subjek yang perlu diambil bagi meluluskan seseorang itu menjadi pegawai diraja…(ala2 peperiksaan awam china tue..)….
Nampaknye cara yang baginda dan pembesar2 gunakan telah berjaya mengatasi masalah tersebut…ini mungkin jua kerana telah mendapat arahan dari pihak tabib supaya kurangkan aktiviti2 yang boleh membawa kemudharatan pada waktu2 virus h1n1 sedang berleluasa…

Arakian tersebutlah kisah di mana kesan daripada serangan yang melanda negara telah menyebabkan rakyat jelata majmuah 2 kebanyakannya berkaca mata…mungkin terkena serpihan bom Hiroshima & Nagasaki tu…
Lalu baginda sultan menyenaraikan nama2 mangsa serangan untuk diberi bantuan kebajikan…lalu baginda pun melantiklah pegawai kebajikan diraja untuk menguruskan soal kebajikan rakyat baginda sultan..,maka jawatan itupun disandang oleh al-Jamiliah Jamil al-jelitaliun…
Maka..adapun mangsa-mangsa serangan itu terdiri daripada Tun Siti Fatimah Tun Drahman sehingga menyebabkan beliau kehilangan selera untuk menikmati pelbagai jenis kuah…al ukhti Zainur Nadiah al-Banjarrun..sehingga menyebabkan stok belacan di Negara ini habis kerana beliau membolot kesemuanya untuk dibuat sambal belacan…Serikandi Siti Zubaidah yang terkenal dengan hikayatnya yang sanggup berjuang demi menyelamatkan suami tercinta sehingga terkena serpihan bom atom tersebut..dan mangsa terakhir yang dikenal pasti adalah cik Siti Noorul Inzati bintu abdul rahman al-bachokian yang ketika itu sedang sibuk menggaul budu tuk dijadikan santapan makan malam…

Adapun telah tercatat dalam sejarah Negara…di zaman pemerintahan baginda sultan telah wujud sekumpulan pembangkang yang diketuai oleh al-puteri nurfarha al-nordin sebagai ketua puteri pembangkang bersama-sama konconya yang setia…puteri bongsu an-nur adillah al-amiruddin as-selanjur yang begitu aktif dalam pelbagai jenis sukan semenjak ditabalkan sebagai jKP sukan….berganding bahu bersama puteri sulong an-nurfailisa al-maskuri al jawaniess yang terkenal dengan perniagaan failnya yang pelbagai jenis dan warna sehingga terkenal di seantero dunia……

Namun…pembakanggan yang cuba dilakukan telah Berjaya dimusnahkan oleh hulubalang-hulubalung tempatan yang terdiri daripada..hang lekiu mohd afiq al-chepakiung…hang lekir mohd rafiq as-siammiess dan hang tuah at-tarmizie al-kelantaniun..adapun ketua segala hulubalang itu telah dinamakan sebagai hang jebat al-hadi Kamal at-terengganu atau lebih famous sebagai abang long di kalangan rakyat tempatan kerana faktor usianya yang lebih cepat menjengah dunia berbanding rakyat lain…

Arakian juga hikayat bercerita..telah wujud segerombolan hulubalang-hulubalang yang cantik jelita dikalangan an-nisa…adapun mereka itu telah berhempas pulas jua bagi memastikan Negara berada dalam keadaan aman damai…adapun srikandi2 negara itu terdiri daripada puteri tengah wan akhlima wan shafei al kuala krai..puteri pulai chondong irhamni bintu mohammed….puteri merah Liyana as saofi al kelantanais…dan Tun bongsu Khairussaadah wahid al klangkiun…serta puteri hanglipo arina assaffura….

Maka…ada hikayat berceritera yang baginda sultan telah menjalankan satu peperiksaan awam china di Negara tersebut..maka adapun hikayat mengatakan Nakhoda Siti Haslina bintu as-subaker telah lulus dengan jayanya sehingga melayakkan dirinya ditabal sebagai pegawai akademik diraja… .maka…adalah dikhabarkan baginda sultan berhajat untuk membahagiakan rakyat jelatanya melalui media elektronik…lalu ditabal lah Saifullah al-jeliun as-sambal pijarkun sebagai pegawai multimedia di istana raja untuk merealisasikan impian baginda sultan..dan baginda sultan juga telah berkenan menobatkan puteri terengganu Nor solihah al mustaffa sebagai pelakon terbaik di zaman pemerintahannya….

Adalah diriwayatkan..pada suatu masa,bumi majmuah 2 telah ditawan oleh puteri2 dari oversea(sabahan & sarawakian)...lalu menetaplah mereka di bumi tersebut sehingga sekarang…maka dikhabarkan..insan2 itu pun bernama Tun Teja an-nurhapizah bikin ad-ding dong sebagai mudirah di madrasah2 tempatan..Puteri asSarawakian Norhidayah khalik sebagai bendahari jawatankuasa tindakan kolej majmuah 2..Prof Noraziela alRaplis yang sedang sibuk menjalankan kajian nya terhadap bom radioaktif dan setiausaha agong MPP Tun Siti Khairani bintu abd razak…

Hatta..maka datanglah pengembara dari luar Negara yang menetap di bumi majmuah 2.. disebabkan beliau datang dari luar Negara(bilad al-kudh)..percakapannya amat sukat tuk difahami sehingga wujudnya masalah komunikasi antaranya & rakyat tempatan..adapun beliau itu adalah al-hafiz Hassan al-musyta’….adapun di dalam ini negeri telah wujud al-ummi kepada semua rakyat selanjur..adapun ia bernama al-aisyah hazimi al-ummi selanjuri..
Beliau juga telah terlebih dahulu menjengah dunia berbanding rakyat jelata yang lain..

Adapun sebuah hikayat menceritakan…seseorang telah bermimpi….di mana bakal runtuhlah era kegemilangan zaman pemerintahan baginda sultan dan tampuk pemerintahan akan dikuasai oleh as-syukri al-zainal abiddin pada zaman generasi ke-empat…adapun dalam mimpi tersebut telah menceritakan beliau telah melantik Taman ar-Raudhah sebagai pembantu beliau di zaman pemerintahan nya nanti…maka..berakhirlah hikayat sebuah ceritera seiring dengan runtuhnya pemerintahan baginda sultan tidak lama lagi..Baginda yang baru dilantik memerintahkan rakyat supaya mengikut gagasan yang baginda telah tetapkan iaitu 1majmuah bermottokan majmuah didahulukan, kuliah diutamakan..Dengan gagasan tersebut baginda berharap pemerintahan baginda masih berkekalan pada PRU akan datang..Sokonglah baginda!!!

Arakian berakhirlah sudah hikayat purba……habis sudah…












Aku insan biasa…hamba yang hina…
Aku yang suka merapu-merapai…
08/09….=)
Edit by Jerry Notty

Thursday, November 5, 2009

Hak seorang Muslim

Memberi salam kepadanya setiap kali bertemunya
Bila dia mengundangmu hendaklah kamu mengabulkannya
Bila dia bersin kamu mendoakannya dengan yarhamukAllah
Bila dia sakit kamu menziarahinya
Bila dia mati kamu hadiri jenazahnya
Bila dia bersumpah kamu penuhi sumpahnya
Bila dia meminta nasihat kamu menasihatinya
Bila dia tidak ada kamu memelihara nama baiknya

Hendaklah kamu mencintainya sebagaimana kamu mencintai dirimu sendiri ataupun kamu membencinya sebagaimana kamu membencui dirimu sendiri

Jangan sesekali menyakiti sesama muslim dengan perbuatan atau percakapan

Hendaklah kamu merendah diri terhadap muslim yang lain dan jangan berlaku sombong terhadapnya

Janganlah kamu mendengar berita-berita buruk yang disampaikan orang yang berlaku antara satu dengan yang lain ataupun menyampaikan berita-berita yang didengarnya itu dari seorang yang lain

Jangan sampai tiada bertegur sapa terhadap seorang muslim yang dikenalinya lebih dari tiga hari berturut-turut betapapun dia marah kepada muslim itu

Hendaklah kamu berbuat baik kepada semua orang sekadar kemampuanmu tidak kira sama ada dia dari ahlinya (patut menerima kebaikan itu) ataupun bukan ahlinya

Hendaklah kamu tidak memasuki rumah seseorang melainkan sesudah kamu diizinkan masuk

Hendaklah kamu mempergauli semua manusia dengan budi pekerti yang luhur dan melayan mereka menurutcara yang mereka suka

Hendaklah kamu menghormati orang tua-tua dan mengasihani anak-anak yang kecil

Hendaklah kamu selalu bergembira dan menunjukkan muka manis kepada orang ramai seraya berhati lunak

Janganlah kamu berjanji dengan seseorang muslim melainkan kamu menepati janji itu tiada memungkirinya

Hendaklah kamu berlaku adil terhadap orang ramai

Hendaklah kamu melebihkan penghormatanmu terhadap orang menerusi gaya dan pakaiannya

Hendaklah kamu berusaha untuk mendamaikan persalahfahaman antara kaum muslimin

Hendaklah kamu menutup segala celaan kaum muslimin

Hendaklah kamu menjauhkan diri dari tempat-tempat yang menimbulkan berbagai-bagai sangkaan buruk untuk menjaga hati orang ramai dan mengeluarkan tuduhan-tuduhan yang tidak baik dan memelihara lidah dari mengumpat

Hendaklah kamu menolong orang muslim yang mempunyai hajat dan keperluan dan menjamin mereka kepada orang yang berpangkat agar orang itu dapat menolongnya dan memenuhi hajat dan keperluannya sekadar yang termampu

Hendaklah kamu memulakan salam kepada sesiapa sebelum kamu mengajaknya untuk bercakap

Hendaklah kamu memelihara kehormatan kawanmu dirinya dan hartabendanya dari penganiayaan orang lain sekadar kemampuanmu, menahan segala kesusahan, mempertahankannya dan menolongnya

Bila kamu diuji dengan perbuatan orang yang jahat hendaklah kamu menanggungnya dengan sabar dan menjaga dirimu dari kejahatannya

Hendaklah kamu bercampur-gaul dengan orang miskin dan anak yatim.
Hendaklah kamu menziarahi kubur mereka



Rujukan : Buku Bimbingan Muslim
Mauizatul Mu'minin
Dari Ihya' Ulumuddin
Karangan Imam Hujjatul Islam Imam Ghazali RA

Thursday, October 15, 2009

Islam is Purpose Not A Istrument

Islam adalah agama fitrah.. Semua orang yang dilahirkan dalam dunia ini berada dalam kesucian iaitu fitrah, iaitu berada dalam agama Islam.. Manusia juga beriman bahawa hanya Allah sajalah tuhan di muka bumi ini.. Berpegang dengan Islam sebagai agama yang diimani amatlah berbeza dengan berpegang dengan Islam sebagai alat mengaut atau meraih keuntungan tertentu. Pegangan Islam sebagai al-Din adalah jalan hidup para rasul dan pengikut mereka.
Firman Allah: Katakanlah (Wahai Muhammad): “Sesungguhnya Aku telah diberikan petunjuk hidayah oleh Tuhanku ke jalan yang lurus, (kepada) agama yang tetap teguh, iaitu agama Nabi Ibrahim yang tulus, dan dia bukanlah daripada orang-orang yang musyrik. Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan Yang mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan yang demikian itulah aku diperintahkan, dan aku adalah orang yang awal bersegera menyerah diri kepada Allah..
Jelas dari ayat ini, Islam adalah tujuan utama, bukannya barangan dagangan yang dijual sesuka hati demi memuaskan kehendak semasa.. Islam itu dipegang atas kesedaran dan keyakinan bahawa itulah tuntutan dan itulah yang akan dipertanggungjawabkan oleh Allah pada hari akhirat kelak.
Demikian sepatutnya kita dalam berpegang dengan ajaran Islam ini. Walaupun setiap kita ada kelamahan dan kesilapan dalam hidup ini. Kita mungkin gagal untuk mengamalkan ajaran Islam secara menyeluruh, tetapi kita tidak boleh jadikannya alat meraih keuntungan. Kita mungkin ada dosa, tetapi kita tidak boleh menghalalkan dosa kerana kita telah melakukannya.
Maka, ketika kita berpegang atau beramal dengan mana-mana perkara dalam ajaran Islam hendak pegangan dan amalan itu dibina di atas keimanan yang membawa keikhlasan hanya kerana Allah. Di situlah datangnya rahmat dan keberkatan. Bukan kerana sebarang kepentingan yang mengatasi asas tersebut. Jika tidak agama ini menjadi mainan kelompok yang sentiasa mencari untung dan kesempatan.
Dalam politik, agama selalu menjadi mangsa. Berbagai nas dibaca menjelang pilihanraya. Ada yang ikhlas, ada yang salah guna. Seperti firman Allah: (maksudnya) “Sesiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka merekalah orang-orang yang kafir” (Surah al-Maidah, ayat 44) dan
firman Allah: (maksudnya) “Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman, dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah dia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun” (Surah Ali ‘Imran ayat 28).
Namun hari ini, dalam era yang terdesak ini, apabila partinya berkongsi kuasa dengan bukan Islam, nadanya sudah berbeza. Mereka memutarbelitkan fakta yang mereka keluar sendiri dengan menyuruh kita berfikiran agar lebih terbuka, dan jangan sesekali berfikiran sempit dan kolot.. Jadi, dimanakah kebenarannya yang selama ini hendak kita tegakkan?? Terlalu pentingkan diri agama yang dikorbankan.. Kita tidak boleh berkempen kepada Islam supaya dapat mengukuhkan politik kita dan atau menghalalkan kesalahan kita.Namun, begitulah nasib nas-nas al-Quran apabila ia dibaca untuk sesuatu kepentingan sesetengah individu...
Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w menyebut: “Al-Quran itu boleh menjadi hujah untuk membela kamu, atau untuk menentang kamu” (Riwayat Muslim). Namun, oleh kerana ada pihak yang membuat bisnes dengan ‘melelong pahala’, maka al-Quran menjadi alat untuk mengaut keuntungan, bukan pegangan kehidupan. Maka muncullah dalam masyarakat kita pembekal pahala yang boleh diupah dengan beberapa ribu ringgit yang menggunakan bacaan al-Quran untuk pembikinan pahala. Lalu pahala pun boleh diniaga dan akhirat pun boleh dibeli. Justeru itu Nabi s.a.w. pernah memberi ingatan: “Bacalah al-Quran dan mintalah daripada Allah (pahala), kerana selepas kamu akan ada kaum yang membaca al-Quran dan meminta (upah) daripada manusia” (Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).
Tegasnya di sini, Islam adalah MATLAMAT bukannya ALAT.. Bagi mereka yang menjadikan Islam sebagai alat, ketahuilah dan ingatlah bahawa tunggulah azab yang pedih yang akan menimpa mereka, dan penyesalan mereka amat tidak berguna lagi...

Tuesday, October 13, 2009

Kenapa Perlu Bergaduh???..

Mutakkhir ini, acap kali kita mendengar pergaduhan ataupun pertelingkahan yang melibatkan orang melayu baik dari perspektif agama, mahupun yang lebih ketara dari aspek politik.. Di sini,saya mengambil inisiatif meletak tepi isu politik kerana saya tidak mahir untuk memperkatakan berkaitan politik... Sebagai contoh, ketika berjalannya membuang undi di Bagan Pinang tempoh hari, kita bergaduh sesama sendiri.. Dimanakah wujudnya demokrasi yang sering kita heboh-hebohkan, jika disebabkan politik kita sering bergaduh sesama sendiri.. Saya tidak nafikan perbezaan politik merupakan titik penyelesaian satu masaalah, dan perselisihan memang penting bagi menilai mana satu jalan yang terbaik bagi menyelesaikan satu persoalan yang timbul.. “ Belajarlah dari sejarah, kerana sejarahlah yang banyak mengajar kita” , slogan ini selalu kita dengar, dimana wujudnya PKM, HINDRAF yang cuba mengacaubilaukan keadaan Tanah Melayu ...Di sini, saya bukan nak menunding jari ke mana-mana pihak mahupun bersikap taksub tehadap kaum melayu, saya ingin berbicarakan secara profesional iaitu dari neraca agama Islam... Islam amat mengambil berat tentang orang Islam mahupun bagi mereka yang tidak memeluk Islam...Tetapi, setiap kehidupan ada haknya, hak sesama manusia, hak sesama haiwan, hak sesama benda dan lain-lain..Hak wajib dipenuhi,dan zalimlah bagi mereka yang tidak memenuhi tuntutan tersebut...Jadi sebagai makhluk tuhan yang bergelar manusia,seharusnya kita melaksanakan tuntutan tersebut...Hak sesama orang Islam dan hak sesama orang bukan Islam..Tetapi hak sesama Islam melebihi segala-galanya..Ada sesetengah yang mengatakan orang yang bukan Islam tidak tahu tengtang hukum hakam agama, tetapi bagaimana pula dengan orang Islam yang belum didedahkan dengan hukum hakam tersebut...Tidak semua yang bergelar Islam mengetahui keseluruhan mengenai hukum, dan penyelesaiannya kita dituntut untuk belajar sepanjang usia, dan tidak semua orang Islam harus 100 peratus sempurna yang mana tidak diselaputi dosa sedikitpun...Iman yang berada dalam diri insan yang bergelar manusia biasa sentiasa bertambah dan berkurang..Adakala kita menjadi muslim sahaja, dan bila kita melakukan keimanan kepada tuhan, darjat akan meningkat menjadi mukmin, dan ketaqwaan yang tinggi kepadaNYA, kita akan mencapai darjat taqwa, dan apabila kita berjihad pada jalanNYA dalam seluruh aspek, kita akan diangkat menjadi Mujahid Sejati, dan sekiranya kita alpa dan leka, kita akan jatuh, tetapi kita tetap bergelar seorang muslim selagi mana kita mengkufurkan yang Maha Esa..Memanglah, perselisihan perlu bagi mewujudkan perpaduan, bagi mereka yang mempunyai pemahaman yang tinggi tentang adab perselisihan pandangan, ia tidak mendatangkan permasaalahan, tapi bagaimana pula bagi mereka yang tidak paham terhadap persesihan pendapat,, maka akhirnya berlakulah perpecahan, walaupun pepecahan tidaklah begitu besar, tetapi kesannya menusuk ke hati yang akhirnya timbullah dendam kesumat yang tiada kesudahannya...Sesungguhnya orang Islam itu bersaudara.. Yang berlalu biarlah berlalu, binalah kehidupan baru bersama..Orang Islam yang bergaduh, orang lain melompat keriangan tetawa melihat gelagat kita.. Lihatlah derita negara-negara luar yang asyik bergaduh, dan impaknya penjajah nampak akan kelemahan negara tersebut, dan kesudahannya negara tergadai, Islam terbuang dan diri tersadai..Ayuhlah warga Malaysia, tidak kira apa jua keturunan, agama, warna kulit, marilah berjabat tangan bersama-sama meraikan gagasan 1 Malaysia bersatupadu,buangkan apa yang keruh dan ambillah apa yang jernih, membina kehidupan yang lebih mewarna dan ceria bagi mencapai kemakmuran negara dan kegemilangan Islam..

Wednesday, August 19, 2009

Benteng Diri Ahli Hakikat




....Inilah titian!
Titian suci
Jalan makrifat ahli hakikat menuju ilahi
Tuhan Maha Pengasih Maha Penyayang selalu merahmati
Kuajakmu ke sana
Datanglah segera! Mari ke mari!
Kita mendaki meniti pelangi

Membawa hati
Ke hadrat qudus di taman suci rabbani
Alangkah indahnya! Semuanya sepi
Penuh ketenteraman penuh ketenangan jiwa insani
Apakah tak mahu datang ke sini?!
Kepada tuhanmu tidak mencintai?!
Masih menurut nafsu syaitani?!
Sampingkan keduniaan lempar ke belakang daki-daki duniawi!
Kikis segala kotor dan karat yang melekat hati sanubari
Biarkan sampai bersih putih suci
Harum mewangi bercahaya nurani
Supaya sesuai untuk pandangan pencipta insani
Tuhan semesta alam Rabbul-Alamina Rahim Rahmani
...Ilahi rabbi!

Aku berdoa memohon kurnia kelimpaan rahasia

Rahasia makrifat
Rahasia hakikat

Rahasia kaum orang bahagia
Namun aku merasa sedih...Berdukacita
Jiwaku kotor... Berkarat berdaki orang sengsara
Hati pun lalai sering lupakanmu selalu alpa
Fikiran kabur berpura-pura
Haluan bercelaru entah ke mana
Bengtengilah aku... Bentengilah segera!
Dalam istana makrifat taman hakikat kemuncak gembira

...Wahai Kawan!
Inilah persembahanku sudi terimalah!
Sebuah bangkisan yang paling murah
Nilainya tinggi kemuncak yang indah
Untuk dirimu bentengilah cepat
"Benteng dari ahli hakikat"...
Meniti makrifat kepada Allah
Moga-moga nikmat sesiapa yang rindu mencintai Allah
Ya tuhanku, kabulkanlah...
Kabulkanlah!
Katakanlah Amin tanda berserah.



Syeikh Ahmad Semait
Khamis 9:19 pg
06/01/1994

Tuesday, August 11, 2009

DEMONSTRASI WAJAR DIHARAMKAN???...



Demonstrasi adalah satu aktiviti yang mane wujudnya satu kumpulan masyarakat yang ingin menyuarakan pendapat mereka terhadap pemimpin atasan.. Kononnya Malaysia sekarang mengamalkan sistem demokrasi, jadi sewajarnya demonstrasi wajar dilakukan. Kita dapat lihat bahawa demonstrasi selalu dilakukan sama ada secara halal iaitu secara aman yang telah mendapat permit dari pihak yang berkuasa mahupun demonstrasi yang dilakukan secara haram, tidak kira untuk memberontak mahupun untuk tunjuk perasaan… Ya, tidak dinafikan bahawa aktiviti jalanan itu mempunyai kebaikan tersendiri.. salah satunya keberkesanan daripada demo itu sendiri. Seperti mane yang kita maklum, dalam isu UITM, kerajaan baru Selangor yang menyediakan korta untuk bangsa selain melayu untuk mendapatkan status sebagai seorang mahasiswa di UITM…Saya tidak berniat untuk bercerita tentang Perlembagaan Negara, sebaliknya saya ingin mengutarakan bahawa kesan daripada demo tersebut menyebabkan cadangan untuk membenarkan kaum bukan Melayu berlajar di situ.. Di sini,saya bukan hendak bersikap kebangsaan mahupun kepuakan, tetapi hal tersebut berkait rapat dengan perlembagaan dan hak-hak ketuanan melayu…Demo tersebut juga majoritinya dilakukan oleh golongan mahasiswa UITM juga..Disamping itu mansuhnya PPSMI juga adalah titik tolak berlakunya demonstrasi tersebut..Kita juga perlu membuat timbang tara,yang mane kita perlu melihat dari setiap aspek baik dan buruk..Jadi di sini, saya ingin membahaskan tentang implikasi buruk terhatap aktiviti jalanan tersebut..Apabila demo tersebut mengundang sedikit keganasan dan pemberontakan maka kita akan melihat kepada unjuran2 negatif yang ade pada demonstrasi tersebut dapat memberi kesan negatif yang mane memberi impak kepada PELABURAN negara kita, KESELAMATAN dan juga PERPADUAN kita...sekarang kita tgk pada skop pelaburan, apabila pelabur-pelabur asing yg hendak melabur di negara kita, sekiranya mereka melihat rakyat negara kita asyik melakukan demonstrasi, asyik berlakunya keganasan..jadi perasaan mereka menjadi khuatir untuk datang melabur ke negara kita..Ini kerana dengan berlakunya demonstrasi pelbagai urusan perniagaan terpaksa ditangguhkan, terpaksa dibatalkan hanya kerana memberi peluang kepada politik jalanan ini dan dalam masa yang sama mereka juga bimbang akan kondisi keselamatan mereka bahkan taraf perlaburan mereka.... Baru-baru ini, demonstarsi berkaitan ISA, banyak kedai-kedai mahupun syarikat-syarikat yang mengadu bahawa disebabkan demo tersebut mereka menjadi rugi..Saya yakin bahawa ada yang berpendapat “alaaa berkorbanlah sikit, kitorang wat demo pun untuk kemaslahatan kamu sume,takkan takleh korban” dan mereka juga turut menggunakan fatwa-fatwa ataupun menjual Islam untuk kepentingan mereka.. WaAllahua’lam…saya khuatir dengan ucapan mereka menyebabkan fitnah terhadap agama Islam yang suci ini berlaku..… saya juga suka untuk mengambil contoh kesan demo di negara luar, yang mane setelah melihat Laporan Kewangan di negara THAILAND yang telah jatuh merudum daripada US 400 juta kepada US 57 juta sahaja...satu penurunan yang ketara kerana ape..???? fakir-fikrkanlah sendiri.. jadi sekiranya demonstrasi berlaku berkali-kali...maka urusan perniagaan juga akan berkali-kali ditangguhkan, seterusnya memberi kesan buruk kepada ekonomi negara kita.....secara lumrahnya apabila ekonomi negara kita dah tergugat bagaimana kita mahu memberi keyakinan kepada pelabur asing yang ingin melabur di negara kita sedangkan ekonomi negara kita asyik mengalami pasang surut tambahan pula Negara kita menghadapi masalah ekonomi, maka semakin bertambahlah masalah kita, sebagai contah demonnstrasi yang pernah berlaku di THAILAND, yg melibatkan golong T.MERAH dan T.KUNING, bagaimana pada asalnya syarikat HONDA ingin membuka kilang HONDA yang terbesar di asia tenggara di CHIANG MAI tetapi dukacitanya mereka telah menarik balik hasratnya untuk membuka kilang di situ hanya kerana adanya demonstrasi di negara tersebut. Kemudian kita juga perlu melihat dari skop KESELAMATAN....apabila berlakunya kejadian demonstrasi, maka akan berlaku pelbagai jenis ancaman dan keganasan....yang lebih menyedihkan menyadiskan jiwa kita bukan setakat orang yang berdemonstrasi sahaja yang menerima akibat ini tetapi turut menjadi mangsa adalah bagi mereka yang tidak terlibat langsung dengan aktiviti ini… ini bermakna orang yang berada di sekeliling juga terkena tempiasnya....jadi bagaimana kita katakan demonstrasi ini adalah jalan terbaik sedangkan pelbagai lagi maslaah akan timbul sekiranya kita berdemonstrasi....elok-elok negara kita sudah aman damai tp akhirnya megundang huru hara dek kerana demonstrasi....Selangkah demi selangkah..Sepertimana yang kita sudah maklum dalam Perhimpunan BERSIH suatu ketika dahulu yang berlaku di Dataran Merdeka....ape yang berlaku?, seramai 15 orang telah tercedera dan sepanjang laluan jalan ke dataran merdeka menghadapi kesesakan yang amat teruk dan kita juga memantau demonstrasi “MANSUHKAN ISA” baru-baru ini, yang mane kita dapat melihat ramai masyarakat yang berlari-lari seperti kalkatu yang berterbangan menyelamatkan diri di sekitar kawasan KUALA LUMPUR hanya kerana takutkan kesan buruk akibat daripada demonstrasi, perkara ini serupa dan tidak saling tumpah dengan ape yang berlaku di negara PALESTIN di mana rakyatnya berlari-lari menyelamatkan diri daripada serangan bom renjim Israel bahkan ibu bapa yang membawa anak mereka ketika itu tegar meninggalkan anak mereka yang terjatuh akibat kekalutan saat itu.....jadi, bagaimana kita dapat perkatakan bahawa demonstrasi ini dapat menjanjikan keamanan apabila keselamatan pada diri seseorang tidak terbela...????? seterosnya skop PERPADUAN.... Kita tinjau kes pemberontakan kaum India, HINDRAF yang menuntut agar hak mereka diberikan secara sama rata dengan kaum melayu telah melancarkan demonstrasi bagi menuntut hak-hak mereka...kononnya mereka ini bangsa yang terpinggir, dan akhirnya, berlakulah demonstrasi...maka masyarakat khususnya memandang isu itu sebagai isu yang besar, kerana di situ tercungkilnya pergolakan di antara kaum melayu dan kaum India. Selesai sudah.. Saya di sini bukan bertujuan untuk memihak kepada mane-mane pihak, tetapi saya ingin menyeru semua warga bahawa carilah jalan yang terbaik bagi mengelakkan kesan yang buruk yang melinatkan orang yang tidak bersalah dan mereka yang tidak berdosa.. Kita juga tahu bahawa nisbah keburukan berdemo dan kebaikannya amatlah jauh sekali.. Saya bukanlah menghalang cara tersebut, tetapi carilah jalan yang benar-benar terbaik yang memberi kelebihan semua pihak.. Baru-baru ini, isu Exco Selangor yang melakukan sesuatu isu sensitif terhadap kaum melayu dan agama Isalam khususnya yang mane menyatakan bahawa Arak bukanlah minuman yang keras…Dalam hal ini kita dapat melihat bahawa UMNO dan PAS ingin melaksanakan demo di masjid sekiranya ia mendapat permit dari pihak polis…Ini bermakna demo yang mendapat keizinan wajar dilakukan selagi mane ia tidak mengundang keburukan negatif kepada orang ramai..Sukacitanya saya ingin menyentuh sepatah dua berkenaan isu ISA..memang tidak boleh menafikan ISA memang agak keterlaluan dan agak zalim,tapi ketahuilah ia juga memberi secebis kebaikan tersendiri..Cuma ISA itu perlu dipinda dan digubal supaya hak-hak dan kebenaran seseorang individu itu dapat dilihat…siapa yang tidak marah dan bengang apabila penahanan tidak boleh dibicarakan sedangkan ia di pihak yang benar…jadi, dari sudut pandangan saya ISA tidak perlu dibuang begitu saja, tetapi kita perlu melihat kepada hak-hak suara dan kebenaran seseorang itu…Kita juga sudah mengetahui dengan adanya ISA seseorang tidak boleh melakukan sesuatu secara terbuka atau berleluasa atau dengan kata lain secara suka-suka sehingga menimbulkan ketakutan dalam jiwa-jiwa masyarakat…seperti mana ISA yang digunakan dalam Pergaduhan Kaum pada 13 Mei 1969..Setiap sesuatu ada pro dan kontranya, jadi pandai-pandaila kita membuat timba tara dengan teliti dan bernas agar keputusan yang telah kita putuskan tidak salah yang akan menyebabkan orang lain teranianya…

Tuesday, June 23, 2009

Salafiyyah atau Kholafiyyah

Salafiah merupakan satu zaman yang berkat akan tetapi bukanlah merupakan satu mazhab1..titiknya bermula awal 3 kurun yang pertama…spt mana sabda nabi :

خير النّاس قرني ثم الذين يلونهم ثم الذين يلونهم
Sebaik-baik manusia adalah manusia yang berada pada kurunku,kemudian manusia yang selepas mereka,kemudian selepas mereka..Sejak kebelakangan ini,pelbagai isu yang dibangkitkan berkaitan salafiah ataupun kholafiah terutama dalam institute pengajian islam..ini semua ada perbahasan mengenai masalah furu’ dan permasaalahan berkaitan khilaf ulama’.Di manakah kesudahannya saya pun tidak mengetahuinya..Adalah lebih baik kita menentang perkara yang yang telah disepakati ulama’ berkaitan hukum yang bercanggah dengan agama kita,agama Islam..Dalam hal ini,sepatutnya dan sewajarnya kita berlapang dada dan menghormati mana-mana pandangan..bagi saya,banyak lagi perkara yang kita patut kita selesaikan iaitu permasaalah aqidah mahupun solat bagi mereka yang tinggal di kawasan perdalaman..ini hanyalah khilaf ulama’..Sepertimana tafsiran ulama berkaitan perkara bidaah yakni perkara yang direka-rekakan dalam agama dengan tujuan melakukan sesuatu ibadah dengan tujuan untuk melampau-lampau…Jadi,,sukacitanya saya ingin memperkatakan di sini,memang tiada perkara yang perlu ditambah dan diperbaharui untuk keterlampauan dalam melaksanakan ibadah..Dalam kaedah ilmu mantiq,membahaskan dalam perkataan “kullu” bidaah dolalah terbahagi kepada dua iaitu kullu kulli dan kullu ba’du..Sebagai contoh kullu kulli pada lafaz ,yang bermaksud,setiap yang hidup pasti akan mati,jadi inilah lafaz yang menunjukkan setiap yang bernyawa pasti mati,tanpa sebahagianpun hatta seorang pun..Dan lafaz bagi kullu ba’du adalah mafhumnya ‘tidak ada solat bagi yang berjiran dengan masjid melainkan di masjid,,pada maksud asalnya adalah tidak sah sembahyang jika kita tinggal berhampiran masjid tetapi tidak sembahyang di masjid..Sebahagian ulama’ menafsirkan dan berpendapat bahawa bukan tidak sah bahkan tidak sempurna sembahyangnya dan kurang pahalanya…sebagai contoh yang lain ”tidak beriman seseorang sehinga dia mengasihi saudaranya”,ini tidak bermakna tidak orang tersebut tidak mempunyai iman langsung tetapi tidak sempurna iman..itu adalah penjelasan yang pertama..Sesetengah golongan yang menggelarkan diri mereka sebagai salafiah menolak seratus peratus perkara yang tidak dilakukan oleh nabi,dan menggelarkannya sebagai sesat..Imam Syafie rahimullah taala ‘anhu dalam mazhabnya mengamalkan qunut dalam sembahyang subuh,menjaharkan basmalah dalam solat,jadi golongan yang mengaku sebagai pengikut salafi mengatakan perkara-perkara tersebut sebagai bidaah…Jadi saya ingin meninggalkan persoalan kepada mereka,,adakan imam Syafie sesat dan akan dimasukkan ke dalam neraka???seperti mana dalam hadis setiap perkara baru adalah sesat,setiap perkara yang sesat akan masuk ke dalam neraka…mereka juga akan membalas,,,semua anak adam akan melakukan kesilapan melainkan para nabi..Ya,,memang itu saya tidak nafikannya,,tetapi mereka golongan yang muktabar,duduk zaman hampir dengan nabi,banyak menghafal hadith berbanding kita dan mereka juga duduk pada zaman yang berkat dan mereka juga golongan salafussoleh…Beliau juga berjtihad dalam hal-hal tertentu…saya juga khuatir,,adakah pegangan dan penafsiran golongan salafi kini sama dan bertepatan dengan apa yang dimaksudkan oleh salafi dulu???dan saya takut mereka ini juga berijtihad mengikut kepala mereka sendiri…Manhaj kita adalah Ahli Sunnah Wal Jamaah,bagaimanapun Ahil Sunnah Wal Jamaah berhujah bahawa banyak perkara baru yang wujud dengan peredaran masa..Secara tuntasnya di sini, berpeganglah sama ada salaf atau kholaf selagi mana ada pendapat,pandangan dan hujah masing-masing..jangan hanya sebut,ikuti salafiah sedangkan perkara-perkara syariah seperti solat,puasa tunggang langgang dan janganlah mengkafirkan sesetengah golongan yang lain kerana diri kita pun tidak tahu sama ada ke syurga ataupun ke neraka…lakukanlah sesuatu dengan terbaik..yang lain terserahlah kepada tuhan yang esa sama ada amalan kita diterima mahupun tertolak…

والّله تعالى ورسوله اعلم

Thursday, June 11, 2009

Kepentingan Berguru


Ilmu merupakan tunjang kepada semua perkara,jadi,, bagi memperoleh sesuatu ilmu,kita wajib mempelajarinya dari seseorang yang bergelar guru.Setiap apa yang kita belajar,wajib berlandaskan dan mengikut panduan guru yang mursyid,yang mana mempunyai ilmu yang tinggi di samping pengamalan yang berterusan…sekiranya kita hanya belajar melalui buku,tanpa petunjuk dan bimbingan guru,kita akan tersesat dengan petunjuk syaitan yang halus…kita akan menafsir segala bentuk ilmu yang ada mengikut kefahaman yang cetek dari diri serta nafsu yang membenarkan apa yang tidak benar,dan mengharamkan apa yang ternyata benar…mereka akan menafsir segala bentuk ayat mengikut keperluan hidup mereka…dalam hadith juga ada menyatakan bahawa,kita akan berguru dengan syaitan jika kita membaca buku tanpa bimbingan mana-mana guru..


Kita dapat lihat pada masa kini, pelajar-pelajar tidak kira dari sudut mana sekalipun dan dalam apa-apa cabang sekalipun,banyak membaca buku tanpa guru…mungkin kita akan kata ianya tidak salah,akan tetapi,ilmu yang berkaitan hukum terutama ilmu berkaitan agama memerlukan penafsiran yang teliti dan terperinci..sebagai contoh ayat quran yang berbunyi dan maksudnya “alaikum bil jamaah”,kita akan menafsirkan mengikut makna bahasa arab-melayu yang bermaksud hendaklah kamu berjamaah yakni berkumpulan,,memang benar tafsiran itu,tapi kita kene lihat apakah sebab turunnya ayat tersebut,,,ayat tersebut turun ketika beberapa orang yang sibuk bekerja sehingga dikhuatiri akan diperdayakan syaitan dan akhirnya nabi menyuruh mereka sembahyang berjemaah…ada juga ulama muktabar yang menafsirkan bahawa jamaah tersebut bermakna mengikut ataupun berpegang dengan manhaj ahli sunnah wal jamaah…saya bukan nak bercerita pasal jemaah,tapi saya nak mengutarakan kepentingan berguru…

Saya dapat lihat,ramai pelajar termasuklah mahasiswa yang mempunyai kitab-kitab masyur yang tebal antaranya Al Quran,hadith nabi,kitab tafsir,kitab jihad dan banyak lagi,tetapi sayangnya mereka hanya buku tersebut tanpa dorongan dari guru mereka…kita diwajibkan untuk menuntut ilmu,jadi dalam mencari ilmu,menjadi satu kewajipan kita berguru..bukan belajar namanya sekiranya tanpa guru..analoginya di sini,rasulullah sendiri mempunyai guru iaaitu Jibril alaihissalam,dan rasulullah sendiri menjadi guru kepada sahabat,begitu juga tabiin mempunyai guru iaitu sahabat nabi yang diredhai Allah..sejarah dah jelas membuktikannya..ketahuilah ilmu kita sungguh cetek sekali untuk menafsir serta menghukum setiap apa yang dibincangkan dalam sesebuah buku..di sini saya ingin menunjukkan carta alir guru yang saya ikuti…


Al-Fadil Ustaz Ramly bin Abdul Rahim
Assyeikh Ismail bin Sulaiman
Tuan Sumu Amir Fadil
Tuan Syeikh Muhammad Said Allinqi
Tuan Imam Abu Abbas
Tuan Muhammad Assultan
Tuan Ibrahim Arrasyid
Tuan Ahmad bin Idris
Dan akhir sekali Muhammad bin Abdullah,nabiyyullah dan rasullullah