BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 29, 2009

Realiti Politik Kini: Yakin Dan Percayalah



Jika kamu kesukaanku, semuanya baik belaka
Jika kamu berwang banyak, aku kata; kuat kamu berusaha
Jika kamu berkereta lawa, aku kata; itu berkat berkerja
Jika kamu berumah mewah, aku kata; untuk tamu yang melimpah

Jika kamu kebencianku, semuanya dinilai celaka,
Jika kamu berwang banyak, aku kata; duit orang kamu lanyak
Jika kamu berkereta lawa, aku kata; kamu mengada-ngada
Jika kamu berumah mewah, aku kata; itu duit rasuah

Jika kamu pilihanku, semuanya aku setuju,
Jika kamu bercakap kasar, kataku; mereka memang perlu diajar,
Jika kamu bercakap berputar, aku kata; mereka itu yang celupar,
Jika kamu berdusta, aku kata; bohong mereka lebih berganda
Jika kamu bersumpah, aku kata; itu tanda mereka yang bersalah,
Jika kamu berdansa, itu untuk rakyat bersuka

Jika kamu seteruku, semua tindakanmu aku palu
Jika kamu bercakap lunak, aku kata; kamu memang nak berlagak
Jika kamu bercakap lurus, aku kata; harapan kamu dah putus
Jika kamu bercakap benar, aku kata; kamu hanya buat kelakar
Jika kamu bersumoah, aku kata; kamu memang telah diupah
Jika kamu berzikir, aku kata; kamu hanya cuba menyindir

Musuhku semua haram
Kawanku semua harum

Ajaran Tuhan : jangan hukum ikut perasaan dan sangkaan
jangan hukum ikut kumpulan dan pasukan
hukumlah ikut firman dan alasan

Ajaran Syaitan : hukumlah ikut perasaan dan kebencian
lihat dulu kawan atau lawan
bukan kata tuhan atau sabda junjungan

Maka dunia ini pun bertukar
Hukum menjadi putar-putar
Siapa sahabat, maka dia diangkat
Siapa tak sepakat, maka dia musibat

Pilihanku semuanya ditabal mulia
Plihanmu semuanya ditabal celaka
Tanya mereka : mengapa begitu jadinya
Jawabku : itulah poltik namanya..
-DR. MAZA


Beginilah hakikat politik di mana-mana, juga tidak terlari di Malaysia.. Mereka menjadi buta mata dan buta mata hati.. Disebabkan kepentingan peribadi, apa yang halal dijadikan haram dan apa yang haram mereka benarkan.. Sedangkan sudah terang lagi bersuluh bahawa yang halal jelas akan kehalalannya, begitu juga sebaliknya..


عن النعمان بن بشير رضي الله عنهما قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : وأهوى النعمان باصبعيه الى اذنيه : ان الحلال بين, وان الحرام بين, وبينهما مشتبهات ...
متفق عليه ( رواه البخاري ومسلم

Mengisyaratkan Nu’man dengan dua jarinya ke telinganya dan bersabda : sesengguhnya yang halal itu jelas, dan sesungguhnya yang haram itu jelas, dan diantara keduanya adalah “mushtabihat”


Yang menjadi mangsa, orang-orang kampong, orang-orag tua, atau golongan yang kurang cerdik pandai,termasuk juga mereka mempunyai profesyen yang tinggi. Apa yang mereka dengar dari telinga mereka, mereka terus telan, tanpa membuat timbang tara.. Mereka seolah-plah tersepit untuk berfikir panjang tambahan pula yang mereka berhadapan bukan calang-calang orang.. Kepercayaan yang tinggi atas kayu ukur personaliti, mereka terkeliru lantas termakan pandangan-pandangan retorik demi kebaikan pihak mereka sahaja tanpa mengambil kira sudut pandangan Islam.. Ketahuilah, Islam yang perlu kita ikuti, bukan Islam yang mengikuti rentak kita..

عن عائذ بن عمرو المزني رضي الله عنه قال : الاسلام يعلو, ولا يعلى أخرجه الدارقطني


والله تعالى ورسوله أعلم الله يهدينا ويفتح علينا

0 comments: