Friday, September 4, 2015

UM IS ONE




UM suatu pilihan.

Agak lama blog ini sudah tidak dikemaskini dengan info-info terbaru dan semasa. Sudah mereput kian lama. Namun, di hari yang mulia, penulis terkesan serta terpanggil untuk memberi komentar dan respon balas terhadap ‘haters’ di luar sana. Nak menulis menerusi handphone lambat pula dan susah nak diedit. Tesis takda idea nak ditulis kerana nilainya bertemakan ilmiah, ditambah pula dengan kemalasan yang bersarang dalam diri. Isu ini pun mula-mula malas nak ambil port, tapi rasa tak best plak kalau tak diluahkan. At least hilang bebanan walaupun orang tak baca. Almaklum media sosial memang tempat untuk melahar.

Tulisan ini didedikasikan khas buat bekas atau alumni UM. Sebab mereka inilah yang pernah merasai pengalaman dan kehidupan bertahun dalam UM. Orang luar yang bukan pernah hidup di UM tak tahu perihal UM, so tak perlulah kita nak kondem mereka, sebab mereka berkata-kata atas dasar tidak tahu. Cuma mereka perlu selidik sikit jika nak tahu kebenaran. Apa guna dok menjaja perkara yang kita sendiri tak tahu.



UM suatu pilihan.

Banyak desas-desus yang mengaitkan tentang UM-ku yang tercinta. Setakat ni la cinta, tak tahulah lepas ni benci ke clash ke bercerai ke. Mudahan baik belaka. Saya ambil positif leteran tersebut, sebab dakwaan tersebut nak tak nak ada asasnya, cuma perlu diharmonikan dengan cara yang betul. Saya cuba mengungkapkan beberapa pandangan disertakan beberapa persoalan untuk sama-sama kita jawab, renungkan dan juga muhasabah. Saya tak nak menyentuh perihal pentadbiran universiti, sebab saya bukan orang dalam, orang tertinggi yang mengetahui selok belok U. Saya juga optimis mereka yang terlibat dengan urusan pengurusan U terdiri dalam kalangan orang yang hebat. Setakat cacat cela dan kelompongan yang sikit adalah lumrah dan perlu diperbaiki.

Saya ingin merespon tentang yuran. Katanya, sangat mahal berbanding U lain. U mana? Apa yang mahal? Yuran U ke kolej? Ke keduanya? Pernah ke meneliti dengan rinci dan penuh rencam item-item dalam yuran dan buat perbandingan dengan U lain? Yang paling terkilan dua kelompok ini, pertama graduan UM yang dok mengkiahpropakan tentang UM, tup-tup kerja tak dapat, amek master dekat mana??? _ _ jugak. Kata yuran mahal. Geng kedua lagi haru, duk menjaja perkara sama, siap amek master kat tempat lain, boikot UM, dannn jeng3 kembali ke UM ambil PHD. Apa celop toqqq. Napa tak teruskan tempat yang sama? Tetiba isu kualiti dimentionkan. Saya tak nak taksub membahaskan isu kualiti. Bagi saya, mana-mana tempat kalau kita bersungguh kita akan berjaya membina dan memacu diri. Buktinya, saya tetap belajar di Malaysia bukan di luar negara, tidak memilih Egypt mahupun UK. Ehem. Bukan tak layak ye, tapi tidak berkehendak. Saya tinggalkan persoalan selingan, hebat sangatkah U luar berbanding U dalam??? Terer sangatkah UM berbanding U lain??? Bagi suatu isu, suruh diperbahaskan, tengok sapa kecundang idea. Kihkihkih. Cuma saya tidak nafikan persekitaran yang baik dan cemerlang membantu untuk kita lebih gemilang dan terbilang.



Bagi saya, UM adalah suatu brand yang boleh dikatakan tinggi, ala-ala kalau seluar tu jenama Levis ke Dockers ke. Kualiti ke? Ada yang kata berjenama atau mahal tidak bermakna berkualiti. Ada yang twist, apakah jaminan yang tidak berjenama dan murah membuktikan kualitinya. Marilah sama-sama kita wat kajian eksperimen. Orang yang sama, dalam keadaan yang sama, memakai seluar yang berlainan jenama, bagaimanakah kesudahannya, yang mana 1 yang akan rosak dahulu??? Jawapannya 50:50. Mungkin seluar yang berjenama dengan febriknya yang terbaik lebih tahan lama, dan boleh jadi yang tidak berjenama lebih tahan dek kerana mematuhi pembuatan bertaraf tinggi. Semuanya subjektif. Isu lain, wifi contohnya, U lain bagaimana keadaannya? Begitu juga persoalan lain yang dibangkitkan serta ditohmahkan terhadap UM. Kalau kita nak wat perbandingan, buatlah perbandingan dengan adil dan saksama. Contohnya, kita nak wat perbandingan kereta Mercedes dengan Kancil, kita kena bandingkan keseluruhannya. Kita tidak boleh bandingkan harganya sahaja. Kita kena bandingkan keseluruhannya, dari segi enjin, ketahanan, kecantikan, proses baik pulih dan sebagainya. Barulah keputusan yang kita dapat meyakinkan dan kita akan berpuas hati.



Ada juga dalam kalangan pensyarah mahupun staff yang mencerminkan pandangan negatif terhadap UM. Namun saya amat berasa hairan, pelik bin ajaib, mereka masih lena di UM. Kenapa mereka tidak berhijrah ke tempat lain yang menjanjikan kehidupan yang lebih baik. Saya masih teringat dan berpegang kukuh dengan ungkapan pensyarah saya. Jika saya sebut nama beliau, sudah pasti mereka akan ‘melting’ kerana beliau merupakan orang yang hebat lagi  tersohor . Hahaha. Kata beliau, saya sudah lama berkhidmat atas gred master, sedangkan saya sudah bertahun berjaya dalam ijazah kedoktoran. Kalau nakkan gaji yang lumayan, saya dah terima tawaran U luar, namun jabatan ini (jabatan dalam UM) merupakan jabatan yang terbaik dalam Malaysia. Saya perlu berkorban. Saya jugalah merupakan penyambung kesinambungan kegemilangan jabatan ini. Pergh meletop top top habaq hang.

Akhirnya, saya menuntut mereka yang di luar untuk membuat pilihan yang terbaik di atara terbaik. UM hanya suatu pilihan. Jika tak nak dengan jenama ini, banyak lagi jenama lain. Kepada alumni pula, kalian alumni, tak perlulah untuk memburukkan tempat anda menimba ilmu kerana anda membawa jenama UM. Jika nak sangat membenci dengan UM, silalah berbuat demikian, jangan sesekali bangga dengan jenama anda dan juga berpatah balik ke UM, kerana bahasa kasarnya, anda akan menjilat ludah anda sendiri. Alhamdulillah, setakat ini ramai juga alumni yang meneruskan pengajian yang lebih tinggi di UM. Merekalah penyambung legasi para pendidik dan juga pentadbir. Saya sendiri, jika tiada tajaan bantuan pelajaran, saya juga tidak akan menyambung pengajian saya di sini, ini bukan bermakna saya sewenangnnya perlu menjaja perkara yang tidak sahih akan kebenarannya. Nasihat saya, jika kita tidak dapat manfaat dari UM, janganlah kita menaburkan mafsadah kepada orang lain sebaliknya muhasabah dan solusi diri. Allah memberikan kalian kebebasan untuk memilih, baik memilih U pilihan anda, maka jangan menyalahi takdir yang anda sendiri ciptakan kerana tiada paksaan pun ke atas anda. Coretan ini saya tujukan khas kepada alumni, dan orang luar boleh turut sama untuk berfikir sejenak.

- Sekian dari Cybertrooper UM - 
S