UM suatu pilihan.
Agak lama blog ini sudah tidak dikemaskini
dengan info-info terbaru dan semasa. Sudah mereput kian lama. Namun, di hari
yang mulia, penulis terkesan serta terpanggil untuk memberi komentar dan respon
balas terhadap ‘haters’ di luar sana. Nak menulis menerusi handphone lambat
pula dan susah nak diedit. Tesis takda idea nak ditulis kerana nilainya
bertemakan ilmiah, ditambah pula dengan kemalasan yang bersarang dalam diri. Isu
ini pun mula-mula malas nak ambil port, tapi rasa tak best plak kalau tak
diluahkan. At least hilang bebanan walaupun orang tak baca. Almaklum media
sosial memang tempat untuk melahar.
Tulisan ini didedikasikan khas buat bekas
atau alumni UM. Sebab mereka inilah yang pernah merasai pengalaman dan
kehidupan bertahun dalam UM. Orang luar yang bukan pernah hidup di UM tak tahu
perihal UM, so tak perlulah kita nak kondem mereka, sebab mereka berkata-kata
atas dasar tidak tahu. Cuma mereka perlu selidik sikit jika nak tahu kebenaran.
Apa guna dok menjaja perkara yang kita sendiri tak tahu.
UM suatu pilihan.
Banyak desas-desus yang mengaitkan tentang
UM-ku yang tercinta. Setakat ni la cinta, tak tahulah lepas ni benci ke clash
ke bercerai ke. Mudahan baik belaka. Saya ambil positif leteran tersebut, sebab
dakwaan tersebut nak tak nak ada asasnya, cuma perlu diharmonikan dengan cara
yang betul. Saya cuba mengungkapkan beberapa pandangan disertakan beberapa
persoalan untuk sama-sama kita jawab, renungkan dan juga muhasabah. Saya tak
nak menyentuh perihal pentadbiran universiti, sebab saya bukan orang dalam,
orang tertinggi yang mengetahui selok belok U. Saya juga optimis mereka yang
terlibat dengan urusan pengurusan U terdiri dalam kalangan orang yang hebat. Setakat
cacat cela dan kelompongan yang sikit adalah lumrah dan perlu diperbaiki.
Saya ingin merespon tentang yuran. Katanya,
sangat mahal berbanding U lain. U mana? Apa yang mahal? Yuran U ke kolej? Ke keduanya?
Pernah ke meneliti dengan rinci dan penuh rencam item-item dalam yuran dan buat
perbandingan dengan U lain? Yang paling terkilan dua kelompok ini, pertama
graduan UM yang dok mengkiahpropakan tentang UM, tup-tup kerja tak dapat, amek
master dekat mana??? _ _ jugak. Kata yuran mahal. Geng kedua lagi haru, duk
menjaja perkara sama, siap amek master kat tempat lain, boikot UM, dannn jeng3
kembali ke UM ambil PHD. Apa celop toqqq. Napa tak teruskan tempat yang sama? Tetiba
isu kualiti dimentionkan. Saya tak nak taksub membahaskan isu kualiti. Bagi
saya, mana-mana tempat kalau kita bersungguh kita akan berjaya membina dan
memacu diri. Buktinya, saya tetap belajar di Malaysia bukan di luar negara,
tidak memilih Egypt mahupun UK. Ehem. Bukan tak layak ye, tapi tidak
berkehendak. Saya tinggalkan persoalan selingan, hebat sangatkah U luar
berbanding U dalam??? Terer sangatkah UM berbanding U lain??? Bagi suatu isu,
suruh diperbahaskan, tengok sapa kecundang idea. Kihkihkih. Cuma saya tidak
nafikan persekitaran yang baik dan cemerlang membantu untuk kita lebih gemilang
dan terbilang.

Bagi saya, UM adalah suatu brand yang boleh
dikatakan tinggi, ala-ala kalau seluar tu jenama Levis ke Dockers ke. Kualiti
ke? Ada yang kata berjenama atau mahal tidak bermakna berkualiti. Ada yang
twist, apakah jaminan yang tidak berjenama dan murah membuktikan kualitinya.
Marilah sama-sama kita wat kajian eksperimen. Orang yang sama, dalam keadaan
yang sama, memakai seluar yang berlainan jenama, bagaimanakah kesudahannya,
yang mana 1 yang akan rosak dahulu??? Jawapannya 50:50. Mungkin seluar yang
berjenama dengan febriknya yang terbaik lebih tahan lama, dan boleh jadi yang
tidak berjenama lebih tahan dek kerana mematuhi pembuatan bertaraf tinggi.
Semuanya subjektif. Isu lain, wifi contohnya, U lain bagaimana keadaannya?
Begitu juga persoalan lain yang dibangkitkan serta ditohmahkan terhadap UM.
Kalau kita nak wat perbandingan, buatlah perbandingan dengan adil dan saksama.
Contohnya, kita nak wat perbandingan kereta Mercedes dengan Kancil, kita kena
bandingkan keseluruhannya. Kita tidak boleh bandingkan harganya sahaja. Kita kena
bandingkan keseluruhannya, dari segi enjin, ketahanan, kecantikan, proses baik
pulih dan sebagainya. Barulah keputusan yang kita dapat meyakinkan dan kita
akan berpuas hati.

Ada juga dalam kalangan pensyarah mahupun
staff yang mencerminkan pandangan negatif terhadap UM. Namun saya amat berasa
hairan, pelik bin ajaib, mereka masih lena di UM. Kenapa mereka tidak berhijrah
ke tempat lain yang menjanjikan kehidupan yang lebih baik. Saya masih teringat
dan berpegang kukuh dengan ungkapan pensyarah saya. Jika saya sebut nama
beliau, sudah pasti mereka akan ‘melting’ kerana beliau merupakan orang yang
hebat lagi tersohor . Hahaha. Kata
beliau, saya sudah lama berkhidmat atas gred master, sedangkan saya sudah
bertahun berjaya dalam ijazah kedoktoran. Kalau nakkan gaji yang lumayan, saya
dah terima tawaran U luar, namun jabatan ini (jabatan dalam UM) merupakan
jabatan yang terbaik dalam Malaysia. Saya perlu berkorban. Saya jugalah
merupakan penyambung kesinambungan kegemilangan jabatan ini. Pergh meletop top
top habaq hang.
Akhirnya, saya menuntut mereka yang di luar
untuk membuat pilihan yang terbaik di atara terbaik. UM hanya suatu pilihan.
Jika tak nak dengan jenama ini, banyak lagi jenama lain. Kepada alumni pula,
kalian alumni, tak perlulah untuk memburukkan tempat anda menimba ilmu kerana
anda membawa jenama UM. Jika nak sangat membenci dengan UM, silalah berbuat
demikian, jangan sesekali bangga dengan jenama anda dan juga berpatah balik ke
UM, kerana bahasa kasarnya, anda akan menjilat ludah anda sendiri. Alhamdulillah,
setakat ini ramai juga alumni yang meneruskan pengajian yang lebih tinggi di
UM. Merekalah penyambung legasi para pendidik dan juga pentadbir. Saya sendiri,
jika tiada tajaan bantuan pelajaran, saya juga tidak akan menyambung pengajian
saya di sini, ini bukan bermakna saya sewenangnnya perlu menjaja perkara yang
tidak sahih akan kebenarannya. Nasihat saya, jika kita tidak dapat manfaat dari
UM, janganlah kita menaburkan mafsadah kepada orang lain sebaliknya muhasabah
dan solusi diri. Allah memberikan kalian kebebasan untuk memilih, baik memilih
U pilihan anda, maka jangan menyalahi takdir yang anda sendiri ciptakan kerana
tiada paksaan pun ke atas anda. Coretan ini saya tujukan khas kepada alumni,
dan orang luar boleh turut sama untuk berfikir sejenak.
- Sekian dari Cybertrooper UM -
S