Dalam setiap permulaan
perhubungan, perkara yang paling ditakuti adalah wujudnya pengakhiran. Bukan
kerana bercerainya ruh dan jasad, tetapi
berpisahnya dua hati yang saling mencintai. Pada mulanya seolah menjadi
seorang hero pujaan ramai, namun akhirnya rebah longlai tersungkur layu. Adakah kehidupan ini
zalim? Atau takdir tuhan yang tidak baik? Menghukum kesilapan yang dilakukan
tanpa sedar dengan balasan tikaman serta tembakan bertubi-tubi. Rahmat Allah
mengatasi murkanya. Keperitan baginda Muhammad SAW melayan kerenah umatnya
disusuli dengan air mata keampunan. Manusia sering memandang kesilapan dengan
suatu penghinaan. Seolah tiada ruang pembetulan yang mampu dijernihkan. Sejarah
yang berlalu disimpan rapi untuk dibangkitkan semula pada hari kemudiaan,
sebagai bukti berlakunya kelukaan, dengan toresan amat dalam yang tidak
berupaya dihilangkan, bahkan meninggalkan parut yang kian hari kian segar bukan
semakin pudar. Redhailah segala yang terjadi, pasrahlah setiap semua yang sudah
berlaku. Terimalah hukuman manusia dengan kuasa yang diberikan oleh tuhannya.
Tiada sekelumit di
dalam hati ini untuk memendam hati kerana setiap malam akan memuhasabah diri
dan sentiasa memaafi setiap insan yang berada di sisi, terutama mereka yang
disanjung tinggi. Diri ini amat takut pengulangan tragedi, sehingga meruntuhkan
ukhwah yang dibina selama ini dan keyakinan yang telah diberi. Dua jiwa yang
terluka, melukai dan dilukai. Maka, diri ini terpaksa mengundur diri, kaki digagahi, jiwa dipaksa untuk dituruti, hati
meredhai, demi keluarga yang disayangi. Hijrah itu lebih teguh dan sempurna
bukan sahaja dengan meninggalkan perkara yang tidak baik, namun berpindah ke
sesuatu tempat lain untuk membina kehidupan yang baru, pada kejadian semula. Akhir
kalam, semoga semuanya berjaya dunia dan akhirat. Maaf di sepanjang pertemuan,
di setiap kesalahan, halalkan segala pemberian, terima kasih atas kenangan yang pernah bersama dicoret dan diciptakan.
Satu yang dipinta,
ukhwah Islamiyyah tidak sama sekali akan diputuskan meskipun tidak selalu
berada di samping. Jika sekali lagi, lagi dan lagi Allah temukan bersama di
luar, sedekahkan senyuman di bibir, hadiahkan mata yang ikhlas dan sebarkan
salam sebagai doa kesejahteraan. Jika mendengar perkhabaran jasad ini sedang
uji, lawatilah atau bantulah dengan doa penyembuhan. Dan, jika ditakdirkan ruh
ini terlebih dahulu dipanggil ilahi, tolonglah bersama-sama memberi
penghormatan terakhir, bahagiakan keluarga ruh ini, berhentilah dari
memerihalkan cerita yang sudah, kerana inilah destinasi untuk merehatkan diri.
19/10/2015
11:51 pm
No comments:
Post a Comment