Bermula 8 – 12 April, kami
mempunyai Minggu Terbuka fakulti bagi tahun 2019. Ia merupakan aktiviti tahunan
saban tahun sejak beberapa tahun yang lepas. Sebagai orang yang memilih jalan
akademik, kami sentiasa menunggu pertandingan poster yang dianjurkan bagi
mempamerkan kajian serta penyelidikan masing-masing. Pertandingan tersebut
turut menggalakkan calon pascasiswazah untuk menyertai kerana hadiah untuk
kategori ini juga disediakan. Sepanjang tiga tahun perjalanan sebagai seorang
pelajar atau pun penyelidik muda, aku turut tidak terlepas menanam hasrat serta
impian untuk bersama rakan-rakan memperlihatkan penyelidikan dalam bentuk
pameran poster. Cuma aku lebih cenderung untuk menyertainya pada akhir kajian
dek kerana penyelidikan sudah mempunyai hasil dan juga telah hampir selesai.
Maka, sebagai individu yang mempunyai personaliti yang perlukan persediaan rapi
dalam sesuatu perkara, aku berjaya menyiapkan poster penyelidikan kurang lebih
setahun awal sebelum pertandingan diadakan. Namun, pada waktu kejadian, aku
diminta oleh penyelia untuk hadir ke seminar anti keganasan mewakili varsiti.
Niat yang aku pasakkan dalam hati dari awal pengajian, ditambah pula dengan
persiapan awal, terpaksa aku padamkan. Aku yakin dan percaya setiap perjalanan
dalam kehidupan ada keindahannya. Pandanglah dengan mata hati yang sentiasa
positif.
2019, aku berkhidmat sebagai pembantu penyelidik secara
tidak rasmi. Projek yang baru bermula pada 1 Februari. Ini bermakna hanya 2
bulan sahaja ia baru berjalan. Namun, penyelidikan bermetodekan kajian
eksperimen perlu diselesaikan dalam tempoh setahun sahaja. Agak luar kebiasaan.
Tempoh progress yang sangat pendek menyebabkan bossku berbelahbagi untuk
menyertai pertandingan poster akademik kali ini. Namun, aku main terjah tetap
mahu teruskannya dengan niat untuk suka-suka mengisi aktiviti yang ada.
Persiapan yang terlalu singkat menuntut aku untuk meminta ihsan serta belas
pertolongan daripada orang lain.
Terdapat dua designer yang hebat dalam kalangan pelajar
jabatan yang aku kenal. Seorang menggunakan perisian adobe illustrator dan
seorang lagi menggunakan photoshop. Bagi memudahkan gerak kerja, kami memilih
Abel (bukan nama sebenar) memandangkan beliau tinggal di daerah yang
berhampiran dan tiada masalah untuk hadir ke fakulti untuk urusan perbincangan.
Seperti biasa, sebagai seorang sufi hipstur ayat pertama aku lontarkan
kepadanya adalah “Niatkan buat kerja ini kerana seorang guru” kerana dengan
asbab guru kita mencapai hakikat ikhlas kerana Allah SWT mudah-mudahan. Aku
sentiasa melihat hasil seorang yang ikhlas amat jauh kualitinya berbanding yang
buat sesuatu dengan niat yang terpaksa. Aku menderafkan content untuk
disematkan di dalam poster. Selebihnya aku menyerahkan kesenian jari jemari
kepadanya. Sebab tabiat aku, aku sendiri boleh mencipta dan menghasilkan design
sendiri, tapi aku perlukan masa yang panjang sedangkan realitinya kami tiada
masa pun melainkan buat apa yang terlintas sahaja. Boss pula meminta pengisian
poster perlu dipaparkan dalam bahasa Inggeris memandangkan projek pun dalam
bahasa tersebut. Nafas yang tercungap-cungap oleh komitmen yang sangat banyak
memaksa aku untuk menggunakan jalan pintas menterjemahkan isi menggunakan
bantuan google translate. Profesor pun buat macam tu what. Eh. Cuma aku
perlukan khidmat proofread bagi memastikan bahasa yang digunakan setaraf dengan
level akademik dan aku juga menggalas nama baik bossku. Maka, aku pun
memanfaatkan anak boss, Hasyier (nama sebenar) untuk menyumbang keringat
terhadap uminya. Dan akhir sekali, content keseluruhan disahkan oleh boss
sebelum dimuatkan dalam poster.
Terima kasih kepada Tuan poster-poster platinum yang
lepas kerana dijadikan sebagai rujukan. Hasil pembentukan keseluruhan poster
juga berjaya diselesaikan dengan cukup pantas sekali bahkan sungguh menawan
jiwa. Namun dukacitanya, selepas poster tersebut berjaya dicetak, satu persatu
typo keaiban tersingkap. Kurelakan pengorbanan kewangan untuk dicetak kali
kedua. Semakan teliti ahli pasukan dilakukan huruf by huruf. Dan akhirnya kami
menyerah diri dengan mencetaknya semula dan menampalnya di papan pertandingan
tanpa cuba-cuba mencari kesalahan diri.

Tiba waktu pengumuman. Jawatankuasa maklumkan nama kami ada sebagai pemenang, tetapi tidak tahu pingat apa. Nafsu aku yang mutmainnah terus jadi inginkan kemenangan pertama. Aku pun tak tahu kenapa ia boleh berlaku sedangkan aku tahu mustahil kajian mentah boleh juara. 18 orang tim penyelidik menyertainya. Bermula dari saguhati sehingga ke gold medal aku membuka telinga dengan kecil sebab takut mendengar akan kekalahan. Akhirnya, takdir Allah SWT yang termaktub di lawh mahfuz menunjukkan kami juara. Wallahi aku nak sebut, rasa nak nangis rasanya. Walaupun pertandingan di peringkat fakulti sajohhh. Bukan apa, kita gadaikan masa, tenaga dan sebagainya diganjari dengan sebuah kemenangan. Kemenangan hari ini sama sekali tidak menjamin kejayaan pada hari esok. Aku beriman dengan teori ini.
Terima kasih atas usaha dan doa semua baik secara langsung mahu pun tidak.
Ini sekadar suatu luahan
hasil kepuasan diri tahap tertinggi.
12 April 2019
11.15 malam