BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, February 9, 2011

Fitnah Dunia




Masa demi masa. Hari silih berganti. Namun, kini warga Universiti Malaya khususnya sudah merasa bahang dan kehangatan pilihan raya kampus yang diduga hamper tiba. Namun waktu dan masa yang menjadi timbul tanya pelbagai pihak. Walaupun tarikh tersebut belum lagi diumumkan namun semua persatuan mahasiswa baik Pro Mahasiswa, Penggerak Mahasiswa dan juga Bebas sedang rancak mengatur langkah dan menyiapkan persediaan bagi menghadapi pilihan raya tersebut. Walaupun namanya politik kampus namun secara hakikatnya ia sudah menyamai politik luar. Kesuciannya juga tidak dapat dipelihara. Banyaklah berlaku peperangan pemikiran dan ideologi, peperangan propaganda di blog-blog dan lain-lain bagi menaikkan nama persatuan masing-masing. Saya juga turut terkena tempiasnya dengan dilemparkan tuduhan yang ntah mana dating sumbernya. Namun, bukan persoalan politik kampus mahupun pilihan raya kampus yang saya ingin bahaskan tetapi persoalan aqidah yang saya ingin sentuhkan. Jika kita berbicara tentang politik banyak isu yang akan dipolitikkan,tetapi jika kita membahas dengan hujah akademik, fakta mahupun agama nescaya sesuatu ilmu itu tidak berjaya dipolitikkan.
Di sini saya ingin bacakan sedikit mengenai satu buku asas dalam pengajian aqidah islam. Dari buku ini kita dapat aplikasikan serta praktik dalam kehidupan seharian kita. Buku “Keyakinan Hakiki” karangan Dr. Muhammad Sa’id Ramadan Al-Buti. Bab pertama dalam buku ini membincangkan metodologi ilmiah bagi mendapatkan satu kebenaran. Menurut ulama islam dan ulama lain. Sifir yang diutarakan di sini cukup mudah iaitu jika anda menukilkan sesuatu berita pastikan berita yang benar dan sahih dan jika kamu mendakwa sesuatu maka datangkan bukti dan dalil. Maksudnya di sini, di dalam sesuatu perkara kita tidak boleh lari dari dua konteks ayat di atas. Baik, dalam menukilkan perkhabaran kita mestilah berusaha memastikan perkhabaran tersebut dengan sumber tersebut supaya perkhabaran tersebut tidak menimbulkan keraguan dan tercela dengan tokok tambah, dan juga kita disyaratkan mendatangkan bukti dalam perkhabaran tersebut. Manakala jika kita mahu mendakwa sesuatu perkara maka seperti biasa utarakan bukti bagi membenarkan dakwaan kita tersebut.
Oleh itu, saya sarankan apabila kita mahu berbicara atau mengeluarkan sesuatu dakwaan ataupun tuduhan pastikan ia selari dengan tuntutan islam. Janganlah kita menjadi seperti orang jahil yang hanya pandai bercakap tanpa menilai sejauh mana kebenaran yang mereka utarakan. Marilah kita sama-sama merenung ayat-ayat quran serta kata-kata di bawah dan bermuhasabah agar hari yang mendatang lebih baik dari sejarah lalu.

وَمَا يَتَّبِعُ أَكۡثَرُهُمۡ إِلَّا ظَنًّا‌ۚ إِنَّ ٱلظَّنَّ لَا يُغۡنِى مِنَ ٱلۡحَقِّ شَيۡـًٔا‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمُۢ بِمَا يَفۡعَلُونَ
Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (i`tiqad). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.(Yunus : 36)


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَأٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (Al-Hujurat : 6 )


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعۡضَ ٱلظَّنِّ إِثۡمٌ۬‌ۖ وَلَا تَجَسَّسُواْ وَلَا يَغۡتَب بَّعۡضُكُم بَعۡضًا‌ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُڪُمۡ أَن يَأۡڪُلَ لَحۡمَ أَخِيهِ مَيۡتً۬ا فَكَرِهۡتُمُوهُ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٌ۬ رَّحِيمٌ۬
“Wahai orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya Yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Hujurat : 12)

وَلَا تَقۡفُ مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌ‌ۚ إِنَّ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡبَصَرَ وَٱلۡفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ كَانَ عَنۡهُ مَسۡـُٔولاً۬
Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota- anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.(Al-Isra’ : 36)

وَٱلَّذِينَ يُؤۡذُونَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ وَٱلۡمُؤۡمِنَـٰتِ بِغَيۡرِ مَا ٱڪۡتَسَبُواْ فَقَدِ ٱحۡتَمَلُواْ بُهۡتَـٰنً۬ا وَإِثۡمً۬ا مُّبِينً۬ا
“Dan orang-orang Yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki Yang beriman dan orang-orang perempuan Yang beriman Dengan perkataan atau perbuatan Yang tidak tepat Dengan sesuatu kesalahan Yang dilakukannya, maka Sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa Yang amat nyata.” (Al-Ahzab : 58)


Kata Saidina Umar bin Al-Khattab ra :

“Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar daripada seorang saudara mukminmu kecuali kebaikan selagi kamu masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik”.


كلم اللسان أقوي من كلم السنان
Kata-kata lebih tajam dari tusukan mata tombak atau panah.

0 comments: