BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, March 31, 2011

“ AMAL IBADAH MENGIKUT BULAN DAN PERISTIWA TERTENTU : SATU ANALISIS HADITH ”

PENGENALAN

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Yang menciptakan alam ini tanpa sedikit pun kekurangan. Yang menjadikan manusia dengan penuh sifatnya. Maha Besar Allah, Tuhan semesta alam. Juga yang memberikan kasih dan sayangnya berupa iman dan Islam kepada kita semua.

Selawat dan salam semoga terlimpah pada Rasul mulia, junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, sahabatnya, dan para penerusnya yang mengikuti mereka sehingga kiamat.
Apabila kita membicarakan tentang ibadah, Sebenarnya Islam telah meletakkan ibadah di tempat yang paling istimewa sekali di dalam Al-Quran di jelaskan seluruh jin dan manusia dijadikan semata-mata untuk tujuan ini. Islam juga telah memberi pengertian yang luas terhadap ibadah. Tegasnya Islam menuntut supaya seluruh kehidupan ini dapat beribadah dan taat kepada Allah. Inilah yang dimaksudkan dengan firman Allah :


Maksudnya :

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”

Namun kita mestisedar bahawa segala ibadat yang kita lakukan mestilah berlandaskan dalil yang kukuh dan bukannya akal semata-mata. Dalam penulisan ini kami cuba untuk menjelaskan serba sedikit berkaitan amalan-amalan yang khusus mengikut bulan tertentu beserta dalil-dalil sahih dari al-Quran dan as-Sunnah.
Justeru itu, kami berharap usaha yang tidak seberapa ini dapat memberi manfaat kepada diri kami khususnya dan rakan-rakan lain umumnya dalam memahami dan menghayati ibadah-ibadah yang dilakukan tanpa ragu-ragu bersandarkan kepada junjungan kita nabi Muhammad SAW.

BULAN-BULAN DALAM TAQWIM ISLAM

Allah S.W.T telah menetapkan bagi umat islam agar mempercayai tentang wujudnya 12 bulan dalam satu tahun sepertimana yang telah disebutkan dalam firmanNya;
Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, Maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan Ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa. -Surah at-Taubah, ayat 36-

Dalam ayat ini Allah S.W.T bukan sahaja memberitahu kita mengenai 12 bulan tersebut tetapi turut juga memberitahu kepada kita bahawa terdapat bulan-bulan haram diantara 12 bulan tersebut. Ini menunjukkan kepada kita bahawa terdapat bulan yang istimewa disisi Allah S.W.T . Perkara ini bertepatan dengan hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam Shahihnya iaitu;
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الزَّمَانَ قَدْ اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ اللَّهُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضَ السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ثَلَاثٌ مُتَوَالِيَاتٌ ذُو الْقَعْدَةِ وَذُو الْحِجَّةِ وَالْمُحَرَّمُ وَرَجَبُ مُضَرَ الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ
"Sesungguhnya waktu telah berputar sebagaimana mestinya, hal itu ditetapkan pada hari Allah menciptakan langit dan bumi. Dalam setahun ada dua belas bulan, diantaranya ada empat bulan yang mulia. Tiga darinya berturut-turut, yaitu Dzul Qa'dah, Dzul Hijjah, Muharram, dan Rajab yang biasa diagungkan Bani Mudlar yaitu antara Jumadil tsani dan Sya'ban.” -Shahih Bukhari: 4294-

Daripada hadis ini, kita dapat mengetahui bahawa 4 bulan haram yang telah ditetapkan oleh Allah dalam Surah at-Taubah, ayat 36 itu ialah 3 bulan yang berturutan, iaitu bulan zulqaedah, zulhijjah dan bulan muharram dan satu bulan yang berada diantara bulan Jamadilakhir dan bulan sya’ban iaitu bulan rejab. Adapun bulan-bulan yang selebihnya adalah bulan safar, rabi’ul awal, rabi’ul akhir, jamadil awal, jamadil akhir, sya’ban, ramadhan dan syawal. Berikut adalah susunan bulan-bulan islam mengikut tertib asalnya :
1. Muharram
2. Safar
3. Rabi’ul awal
4. Rabi’ul akhir
5. Jamadil awal
6. Jamadil akhir
7. Rejab
8. Sya’ban
9. Ramadhan
10. Syawal
11. Zulqaedah
12. Zulhijjah



Daripada 12 bulan yang telah dinyatakan ini, bulan terafdhal dan termulia disisi Allah S.W.T ialah bulan Ramadhan dan diikuti dengan bulan-bulan haram.Terdapat juga bulan-bulan yang tidak dinisbahkan dengan amalan ibadah yang tertentu. Oleh disebabkan itu, kami hanya membincangkan tentang 7 bulan sahaja yang mana dinisbahkan kepada amalan ibadah yang tertentu.




AMAL IBADAH MENGIKUT BULAN DAN PERISTIWA TERTENTU : SATU ANALISIS HADIS

MUHARRAM

Doa Awal dan Akhir Tahun
Fadhilat serta cara pembacaan yang sering diamalkan:

Ibnu Abbas berkata: "Sesiapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malaikat memeliharanya pada tahun itu".

Selepas doa(awal tahun) dibaca, berkatalah syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa itu, Allah mengampunkannya setahun".

Selepas dibaca doa akhir tahun, syaitan berkata, "Telah amanahlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan".

Bacalah doa awal tahun berikut sebanyak tiga kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijah.

Bacalah doa akhir tahun sebanyak tiga kali selepas waktu Maghrib pada malam 1 Muharam.
* Tiada nas yang sahih dari mana-mana kitab mengenai kaedah serta fadhilat membaca doa awal dan akhir tahun termasuk kitab-kitab hadith sittah, dha’if mahupun maudu’.
Rasulullah saw telah bersabda dalam hadis sahih riwayat Imam Bukhari yang bererti:

“Barangsiapa yang beramal dengan sesuatu amalan yang tidak ada hubungan dengan urusan kita, maka ia tertolak.”

Maka di sini telah jelas bahawa barangsiapa yang mengamalkan amalan awal Muharam(Doa Awal dan Akhir Tahun), beriqtikadkan bahawa ia mempunyai kelebihan sepertimana yang digambarkan, apatah lagi mengatakan amalan ini adalah sunnah Rasulullah saw, maka amalannya tertolak. Dan Rasulullah saw juga telah memberi amaran kepada mereka yang berdusta terhadap baginda saw dalam hadis sahih yang bermaksud:

“Barangsiapa yang melakukan pendustaan ke atasku dengan sengaja, maka sediakanlah tempat duduknya di dalam neraka.” Hadis Mutawatir

Walaubagaimanapun, tidaklah menjadi kesalahan jika ingin membacanya berdasarkan dalil-dalil umum berdoa, tetapi dengan syarat tidak menyandarkan perbuatan tersebut kepada Rasulullah saw serta tidak mengkhususkan waktu untuk membaca doa tersebut seperti menyatakan “doa ini sunat dibaca pada waktu ini,” sedangkan hanya Allah sahaja yang berhak mensyariatkan sesuatu ibadah.
Menurut Syeikh Ibn Taimiyah:
"Tiada terdapat apa-apa hadith sahih dari Nabi saw atau sahabat-sahabat. Tiada Imam mazhab, Tabi'en yang mengemukakan perkara-perkara ini; baik ia diriwayatkan oleh hadis da'if (lemah), atau riwayat yg sahih, Al-Sunan atau Al-Musnad. Tiada hadith yang masyhur diketahui mengenainya pada abad yang awal, tetapi pada akhir-akhir ini ada hadith yang meriwayatkan seperti :{barangsiapa yang memakai celak pada matanya pada hari Asyura tidak akan mendapat penyakit mata pada tahun itu, dan barangsiapa yang mandi pada hari Asyura tidak akan dapat penyakit pada tahun tersebut.dsb}. Terdapat juga riwayat yang menunjukkan bersolat pada hari Asyura, dan ada riwayat lain yang menyebut bahawa pada hari Asyura Nabi Adam bertaubat, Bahtera Nuh mendarat di Bukit Joodi, nabi Yusuf kembali kepada Nabi Ya'kub, Ibrahim diselamatkan dari api, kibas di ganti sebagai binatang sembelihan mengganti Nabi Ismail, dan sebagainya. Mereka juga meriwayatkan sebuah hadith palsu (fabricated) yang mendustakan Rasulullah saw berkata : {barangsiapa yang bermurah hati kepada keluarganya pada hari Assyuura, Allah akan bermurah hati kepadanya sepanjang tahun}". "Bagi perkara lain, seperti memasak makanan khas bersama atau tanpa bijirin, atau memakai baju baru, membelanjakan wang untuk keluarga, atau membeli bekalan tahunan untuk hari tersebut, melakukan solat-solat tertentu atau amalan-amalan tertentu, menyembelih binatang pada hari itu, menyimpan daging yang akan dimasak bersama bijirin, atau memakai celak atau henna, mandi, berjabat tangan diantara satu sama lain, menziarahi seseorang, menziarahi masjid dan kubur-kubur (mashhad) dan sebagainya..... kesemua ini adalah bid'ah dan salah. Tiada diantaranya yang ada kena mengena dengan sunnah Rasulullah saw atau Khulafah al-Rasyidiin. Ia tidak diluluskan oleh mana-mana imam, tidak malik, tidak Al-Thawri, tidak al-Layth ibn Sa’d, tidak Abu Haneefah, tidak al-Aozaa’i, tidak al-Shaafie, tidak Ahmad ibn Hanbal, tidak Ishaaq ibn Raahwayh, dan tiada mana-mana dikalangan Imam dan ulama' Islam......"

AMALAN DI BULAN MUHARRAM

Amalan yang paling sahih pada bulan Muharram dan juga 10 Muharram ialah berpuasa. Nas berpuasa secara umum pada bulan Muharram ialah:

أفضل الصيام بعد شهر رمضان صيام شهر الله المحرم

"Seafdal-afdal (sebaik-baik) berpuasa selepas bulan Ramadan ialah bulan Al-Muharram"

{"....Bila Rasulullah saw tiba di Madinah, beliau telah melihat beberapa orang Yahudi yang sedang berpuasa pada hari Assyuura. Bila bertanya, "Apa Ini?", mereka berkata. "Ini adalah hari apabila Allah menyelamatkan Musa dari lemas, maka kami berpuasa hari ini". Baginda berkata "Kami lebih berhak keatas Musa dari kamu", maka baginda pun berpuasa pada hari tersebut dan menyuruh [umat islam] berpuasa pada hari tersebut."}(Hadis riwayat Abu Daud)

"Nabi saw tidak menceritakan kepada semua orang mengenai puasa 'Assyuura' ini, tetapi beliau mengatakan, "Ini adalah hari Aassyuura, Saya berpuasa pada hari ini dan barangsiapa inginkan berpuasa hari ini maka bolehlah ia berpuasa". Dan sabda beliau :"Berpuasa pada hari Assyuura akan mengampunkan dosa dalam setahun, dan berpuasa pada Hari Arafah mengampunkan dosa 2 tahun". Apabila menuju kearah dekat dengan kematian beliau, Nabi saw mendengar bahawa orang Yahudi mengambil hari Assyuura sebagai hari Raya, beliau berkata, "Jika aku hidup sehingga tahun depan, Aku pasti akan berpuasa pada hari ke 9" - bagi membezakan dengan orang yahudi, dan tidak mengikut mereka mengambil hari tersebut sebagai hari perayaan."

Dari Humaid bin Abdir Rahman, ia mendengar Muawiyah bin Abi Sufyan RA berkata: "Wahai penduduk Madinah, di mana ulama kalian? Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:"Ini hari Assyura, dan Allah tidak mewajibkan puasa kepada kalian di hari itu, sedangkan saya puasa, maka siapa yang mau puasa hendaklah ia puasa dan siapa yang mau berbuka hendaklah ia berbuka" (HR Bukhari 2003).

Maka, amalan sunat yang paling sahih pada bulan Muharram adalah puasa Assyura iaitu pada 10 Muharram serta 9 Muharram yang juga dikenali sebagai hari Tasua’.

RABI’ULAWWAL

Rabi’ul Awwal adalah bulan ke tiga dalam calendar hijriah iaitu bulan di mana pada masa itu adalah bermulanya musim bunga bagi tanaman di negeri Arab. Nama ini telah diguna-pakai sajak zaman Jahiliyyah lagi. Baginda mengekalkan nama ini sehinggalah zaman sekarang.
Antara peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam bulan Rabi’ul Awwal ialah:
I. Kelahiran Baginda Rasulullah SAW iaitu pada 12 Rabi’ul Awwal tahun Gajah bersamaan 23 April 571M. Ada pula pendapat yang mengatakan Baginda lahir pada 9 Rabi’ul Awwal tahun Gajah.
II. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
III. Peperangan- Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
Di Malaysia, terdapat satu sambutan pada bulan Rabi’ul Awwal iaitu sambutan Maulidul Rasul. Antara amalan-amalan yang selalu dilakukan pada bulan ini adalah berselawat ke atas junjungan besar Baginda SAW dan juga membacakan ‘marhaban’ iaitu membaca sirah Rasulullah SAW. Ini adalah salah satu cara untuk melahirkan dan menonjolkan rasa cinta kepada Baginda SAW.
Marhaban ini biasanya dibaca dalam versi Arab. Namun demikian, ada juga sesetengah kampung yang membacakannya dalam bahasa Melayu. Akan tetapi, pada masa kini, amalan sebegini sudah semakin pupus, dan kita dapati ianya semakin kurang dibacakan di masjid-masjid kerana pada masa kini, orang Islam mula menganjurkan ceramah-ceramah berkaitan dengan kelahiran Baginda SAW.
Akan tetapi, ada juga pihak yang menolak sambutan ini. Ini adalah kerana mereka mengatakan amalan sebegini tiada dalam al-Quran mahupun Hadith. Mereka membawa satu hadith yang masyhur iaitu:
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من احدث في امرنا ما ليس منه فهو رد - رواه البخاري في الصحيح
“Barangsiapa yang melakukan suatu pekerjaan dalam hal agama akan tetapi ternyata tiada dasarnya dalam agama, maka ianya tertolak (batal /rosak/ tidak diterima).”
Riwayat Bukhari.
Mereka menyatakan bahawasanya amalan ini (maulidul rasul) adalah bid’ah kerana amalan ini adalah amalan yang tiada sandaran pada nas dan juga ianya direka-reka ketika zaman pemerintahan Fatimiyyah di Mesir. Tambahan lagi mereka menambah bahawasanya amalan ini tiada dasar dalam agama dan juga amalan ini menyerupai amalan Nasrani yang menyanjung Nabi Isa a.s.
Akan tetapi. Di sini saya menolak hujah mereka. Amalan ini ada dasarnya dalam agama. Seperti mana yang kita tahu, amalan yang dilakukan dalam bulan Rabi’ul Awwal ialah satu amalan yang mulia, iaitu berselawat ke atas junjungan besar kita Baginda SAW. Adakah amalan berselawat ini yang mereka pertikaikan?
Jika mereka mengatakan bahawasanya amalan ini menyerupai amalan Nasrani. Maka saya akan bawakan satu dalil di mana Baginda SAW sendiri pernah menyambut dan memuliakan Nabi Musa a.s iaitu:
{"....Bila Rasulullah saw tiba di Madinah, beliau telah melihat beberapa orang Yahudi yang sedang berpuasa pada hari Assyuura. Bila bertanya, "Apa Ini?", mereka berkata. "Ini adalah hari apabila Allah menyelamatkan Musa dari lemas, maka kami berpuasa hari ini". Baginda berkata "Kami lebih berhak keatas Musa dari kamu", maka baginda pun berpuasa pada hari tersebut dan menyuruh [umat islam] berpuasa pada hari tersebut."}(Hadis riwayat Abu Daud)
Maka, apakah lagi yang mereka hendak pertikaikan? Ada satu puak (Wahabi) yang menolak mentah-mentah sambutan Maulidul Rasul ini, akan tetapi mereka menyambut pula hari kelahiran Raja Saud. Apakah relevennya pegangan mereka ini?

REJAB
Bulan rejab adalah salah satu daripada bulan haram, sepertimana yang telah dinyatakan sebelum ini. Dalam bulan ini juga terdapat stu peristiwa agung yang berlaku keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W iaitu peristiwa Isra’ Mi’raj. Dalam peristiwa ini, Rasulullah telah dibawa oleh Allah ke Masjid al-Aqsa yang berada di Palestin, kemudian Baginda telah dibawa naik ke langit ke-7 bertemu Allah S.W.T secara langsung. Melalui peristiwa inilah umat islam diwajibkan untuk bersolat 5 waktu sehari semalam.
Oleh disebabkan bulan rejab adalah salah satu ndaripada bulan yang haram, ditambah pula terdapat peristiwa isra’ mi’raj dalamnya, telah menyebabkan bulan ini antara bulan yang mahsyur dan istimewa dalam kalangan umat islam untuk melakukan amal ibadah tertentu. Namun begitu, keistimewaan bulan ini telah dicatatkan beberapa hadis yang maudu’. Antaranya, hadis yang mahsyur dalam kalangan umat islam berkenaan kelebihan bulan rejab.
رجب شهر الله وشعبان شهري ورمضان شهر أمتي
“Rejab bulan Allah, Syaaban bulanKu dan Ramadhan bulan umatKu”
Hadis ini telah didakwa sebagai hadis yang maudu’ dan direka-reka untuk menggambarkan tentang kehebatan bulan rejab. Hal ini kita dapat lihat menerusi pendedahan yang telah dilakukan oleh Ibn Qayyim dalam kitabnya al-Manar Munif.
ما رواه عبد الرحمن بن منده وهو صدوق عن ابن جهضم وهو واضع الحديث
Selain itu, terdapat satu lagi hadis yang telah dikelaskan sebagai hadis maudu’ berkenaan tentang bulan rejab iaitu ;
" من صام يوما من رجب وصلى فيه أربع ركعات، يقرأ في أول ركعة مائة مرة اية الكرسي ,وفى الركعة الثانية مائة مرة قل هو الله أحد، لم يمت حتى يرى مقعده من الجنة أو يرى له ".
“Barang siapa yang berpuasa sehari dalam bulan rejab dan dia mengerjakan solat 4 rakaat, dia membaca 100 kali ayat kursi pada rakaat pertama, dan 100 kali surah al-Ikhlas, dia tidak akan mati selagi ditunjukkan kerusinya di dalam syurga.”

Hadis ini juga telah didakwa bertaraf maudu’ oleh Ibn Qayyim dalam kitabnya al-Maudu’at.
هذا حديث موضوع على رسول الله صلى الله عليه وسلم.
أكثر رواته مجاهيل، وعثمان متروك عند المحدثين.
Selain itu, terdapat hadis-hadis yang menceritakan tentang kelebihan amalan-amalan di bulan rejab bertaraf dha’if antaranya;
“Dalam syurga ada sebuah sungai bernama Rejab, airnya lebih putih daripada susu, lebih manis daripada madu. sesiapa berpuasa dalam bulan Rejab, nescaya diberi minum air sungai itu”.

“Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Rejab, sama seperti ia berpuasa sebulan. Sesiapa berpuasa tujuh hari nescaya ditutup daripadanya tujuh pintu neraka Jahannam. Sesiapa berpuasa lapan hari, nescaya dibuka lapan pintu syurga”
Begitu juga hadis mengenai doa nabi ketika tiba bulan rejab iaitu;
اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان
Sesungguhnya Nabi SAW apabila masuknya bulan Rejab beliau berdoa ; “Ya Allah, berkatilah kami di dalam bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami bulan Ramadhan.”

Hadis bertaraf dhai’f. Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad dalam Musnadnya(1/259) dan Al-Bazzar dalam ( Kashfu Al-Astar -616) dari jalan perawi yang bernama Zaidah bin Abi Ar-Raqqad dari Ziyad As-Samiri dari Anas bin Malik r.a, beliau berkata}
Melalui hadis-hadis yang telah dihimpunkan ini, kita dapati bahawa tiada terdapat amalan yang tertentu yang dikhususkan kepada kita supaya dilakukan oleh umat Muhammad pada bulan Rejab. Namun begitu, terdapat hadis shahih yang menggalakkan kita sepaya berpuasa pada bulan-bulan haram kerana kelebihannya selepas puasa pada bulan Ramadhan.

أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَإِنَّ أَفْضَلَ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْمَفْرُوضَةِ
صَلَاةٌ مِنْ اللَّيْلِ
“ Sebaik-baik puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa pada bulan-bulan haram, dan sebaik-baik solat setelah solat fardhu ialah solat dimalam hari ” sunan abi daud 2074

Imam Abu Thayyib al-Azhim mengatakan sesungguhnya terdapat kelebihan yang besar berpuasa pada bulan rejab berdasarkan hadis ini. Melalui hadis ini, kita digalakkan untuk berpuasa pada bulan rejab kerana ia adalah salah satu daripada bulan yang haram. Namun begitu, kita tidak boleh berpegang pada mana-mana hadis maudu’ yang menceritakan tentang kelebihan beramal dengannya.
SYA’BAN
Perkara-perkara keutamaan bulan Sya’ban telah diriwayatkan dalam beberapa hadith, di antaranya dari ‘Aisyah RA. Beliau berkata:
كان رسول الله صلى عليه وسلم يصوم حتى نقول لا يفطر, ويفطر حتى نقول لا يصوم , وما رأيت رسول الله صلى عليه وسلم استكمل صيام شهر الا رمضان , وما رأيته أكثر صياما منه في شعبان
“Rasulullah SAWberpuasa hingga kami mengatakan beliau tidak pernah berbuka, dan beliau berbuka hingga kami mengatakan bahwa beliau tidak pernah puasa. Dan aku tidak pernah melihat Rasululah SAW menyempurnakan puasa sebulan melainkan di bulan Ramadhan. Dan aku tidak pernah melihat satu bulan yang paling banyak beliau berpuasa kecuali pada bulan Sya’ban.”

Dalam riwayat lain juga ada disebutkan bahawa ‘Aisyah memberitahu Abu Salamah :
لم يكن النبي صلى عليه وسلم يصوم شهرا أكثر من شعبان , وكان يصوم شعبان كله , وكان يقول خذوا من العمل ما تطيقون , فان الله لا يمل حتى تملوا وأحب الصلاة الى النبي صلى عليه وسلم ما دووم عليه وان قالت . وكان اذا صلى صلاة دووم عليها
“Tidak pernah Rasulullah SAW berpuasa pada suatu bulan lebih banyak dari pada bulan Sya’ban, sesungguhnya beliau berpuasa pada bulan sya’ban sebulan penuh, dan beliau bersabda : “Ambillah amal yang kalian mampu, sesungguhnya Allah tidak bosan sampai kalian merasa bosan”. Dan solat yang paling dicintai oleh Nabi SAW adalah yang terus menerus walaupun sedikit, beliau ketika melakukan solat maka beliau melakukannya terus menerus”.
Dalam riwayat yang lain, juga disebutkan oleh Aisyah
ما رأيت النبي صلى الله عليه وسلم في شهر أكثر صياما منه في شعبان , كان يصومه الا قليلا , بل كان يصومه كله
Aku tidak pernah melihat nabi SAW berpuasa yang paling banyak seperti di bulan Sya’ban. Beliau berpuasa melainkan sedikit. Beliau berpuasa di bulan Sya’ban seluruhnya.

Disebutkan juga dalam riwayat lain dari Ummu Salamah RA berkata
ما رأيت النبي صلى الله عليه وسلم يصوم شهرين متتابعين الا شعبان ورمضان (صحيح)
“Saya tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa dua bulan berturut-turut kecuali pada Sya’ban dan Ramadhan.”
Dari Usamah bin Zaid RA,
Beliau berkata kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, saya tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam suatu bulan sebagaimana engkau berpuasa pada bulan Sya’ban?” Maka beliau menjawab,“Itu adalah bulan antara Rajab dan Ramadhan yang manusia lalai darinya. Dan ia adalah bulan yang padanya segala amalan akan diangkat kepada Rabbul ‘Alamin. Maka saya senang amalanku diangkat sementara saya sedang berpuasa.”
Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban ialah:
“Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci”
Seperti mana yang telah dinyatakan sebelum ini, tiada satu pun amalan yang khusus digalakkan pada malam nisfu Sya’ban baik puasa, solat dan sebagainya. Cuma ada perbuatan baginda SAW yang dilakukan pada bulan Sya’ban seperti berpuasa. Banyak hadith yang menguatkannya.
Dari Abdullah bin Abi Quwaisy, beliau mendengar Aisyah berkata :
كان أحب الشهور الى رسول الله صلى عليه وسلم أن يصومه شعبان , ثم يصله برمضان (صحيح)
Sesungguhnya Rasulullah SAW paling menyukai berpuasa dalam bulan Sya’ban kemudian menyambung puasa di bulan Ramadhan.
Dari Anas RA. dia berkata,
“Nabi SAW ditanya apakah bulan selepas Ramadan yang terafdhal berpuasa”. Nabi SAW menjawab bermaksud, “Bulan Sya’ban kerana untuk mengagungkan Ramadhan”. Nabi SAW ditanya lagi, “Sedekah apakah yang terafdhal?”. Nabi SAW menjawab, “Sedekah dibulan Ramadan”.
Dari Aisyah katanya,
كان النبيصلى الله عليه وسلم يصوم شعبان (صحيح اسناد)
Sesunggunya nabi SAW berpuasa di bulan Sya’ban
Dari Aisyah katanya
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصوم شعبان ورمضان ويتحرى الاثنين والخميس(صحيح)
Sesungguhnya Rasulullah SAW berpuasa pada bulan Sya’ban, Ramadhan, dan cenderung dengan hari Isnin dan Khamis

Amalan Bida’ah (rekaan) di bulan Sya’ban.
Secara hakikatnya, terdapat pelbagai amalan-amalan pada pertengahan bulan Sya’ban yang telah direka dan ditokok tambah dan diperluaskan sehingga mampu mengubah pemikiran masyarakat Melayu khususnya. Antaranya, amalan solat yang digelar solat nisfu Sya’ban, qiamullail, dan bacaan yassin sebanyak tiga kali.

a) Solat Nisfu Sya’ban
Adapun riwayat yang berbunyi:
إِذَا كَانَتْ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُوْمُوْا لَيْلَهَا وَصُوْمُوْا نَهَارَهَا. (ضعيف)
“Jika datang malam pertengahan di bulan Sya’ban, maka shalatlah pada malamnya dan berpuasalah dia siang harinya.”
Terdapat juga riwayat palsu dan rekaan seperti :
يا علي، من صلى مائة ركعة ليلة النصف من شعبان يقرأ في كل ركعة بفاتحة الكتاب وقل هو الله عشر مرات إلا قضى الله له كل حاجة ... إلخ.
“Wahai Ali, barang siapa yang melakukan sholat pada malam Nisfu Sya’ban sebanyak 100 rakaat, ia membaca setiap rakaat Al fatihah dan Qul huwallah ahad sebanyak sepuluh kali, pasti Allah memenuhi segala permintaannya … dan seterusnya.
Terdapat pelbagai pendangan ulama’ berkaitan solat nisfu Sya’ban, antaranya :
1. “Solat yang dikenali sebagai solat al-Raghaib iaitu solat sebanyak dua belas rakaat antara Maghrib dan Isyak pada malam Jumaat pertama bulan rejab dan solat sunat pada malam Nisfu Syaaban sebanyak seratus rakaat adalah dua jenis sembahyang yang bidaah” .
2. “Hadis-hadis mengenai solat Raghaib pada jumaat pertama bulan Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah s.a.w. Begitu juga semua hadis mengenai puasa bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu adalah dusta ke atas Nabi s.a.w. Demikian juga hadis-hadis mengenai solat pada malam Nisfu Syaaban (kesemuanya adalah palsu). Solat-solat ini direka selepas empat ratus tahun munculnya Islam”
3. “Solat yang dikenali dengan solat al-Raghaib iaitu dua belas rakaat ditunaikan antara Maghrib dan Isyak pada Jumaat pertama Bulan Rejab, juga Solat Malam Nisfu Syaaban sebanyak seratus rakaat; kedua-dua solat ini bidah lagi mungkar yang jelek. Jangan kamu terpengaruh disebabkan keduanya disebut dalam Kitab Qut al-Qulub dan Ihya ‘Ulum al-Din. Jangan juga terpengaruh dengan hadis yang disebut dalam dua kitab berkenaan kerana kesemuanya palsu. Jangan kamu terpengaruh dengan sesetengah imam yang keliru mengenai kedudukan hadis-hadis kedua solat berkenaan”
4. “Telah diriwayatkan mengenai solat malam Nisfu Syaaban dari pelbagai riwayat, kesemuanya batil lagi palsu”
b) Qiamullail

Diriwayakan dari Aisyah :
ان الله عز وجل ينزل ليلة التصف من شعبان الى السماء الدنيا فيغفر لآكثر من عدد شعر غنم كلب (ضعيف)
“Sesungguhnya Allah SWT turun pada malam pertengahan bulan Syaaban ke langit dunia maka diampunkan (dosa) yang lebih banyak dari rambut kambing Bani Kilab – Kabilah arab yang paling banyak kambing-”.

Daripada Aishah RA berkata:

Rasulullah SAW telah bangun malam dengan bersolat dan baginda telah memanjangkan sujudnya sehingga aku menyangka bahawa baginda telah dicabut nyawanya. Apabila baginda mengangkat kepalanya dari sujud dan selesai dari solat, baginda bertanya kepadaku: “Wahai Aishah, adakah aku telah mengabaikanmu?”Aku menjawab: “Tidak wahai Rasulullah, tetapi aku sangka engkau telah dicabut nyawa disebabkan lamanya engkau bersujud”.Baginda pun berkata: “Tahukah engkau apakah malam ini?” Aku menjawab: “Allah dan RasulNya yang lebih tahu”.
Baginda berkata: “Ini adalah malam pertengahan bulan Sya’ban. Sesungguhnya Allah SWT melihat para hambaNya pada malam pertengahan bulan Sya’ban, maka diampunkan orang yang memohon ampun, dirahmati orang yang meminta rahmat.


c) Membaca Yassin
Apabila tibanya bulan Sya’ban, masyarakat umum tertunggu tunggu hari atau sambutan nisfu Sya’ban. Membaca yassin merupakan satu ibadah khusus bila tibanya malam pertengahan bulan Sya’ban. Masyarakat berlumba-lumba dating ke surau atau masjid bagi menyambut kedatangan nisfu Sya’ban dengan melakukan amalan membaca yassin sebanyak tiga kali iaitu kali pertama diniatkan supaya dipanjangkan umur, bacaan kedua diniatkan supaya dimurahkan rezeki, dan kali terakhir diniatkan supaya dimatikan dalam iman. Secara umumnya, amalan membaca yassin atau membaca mana-mana dari ayat al-Quran amatlah digalakkan. Cume menjadi kesalahan adalah kita menjadikan amalan tersebut seolah-olah satu amalan yang wajib ataupun sunnah yang digalakkan untuk beramalan dengannya dan ditegah bagi yang meninggalkannya. Bukan itu saja, ia juga menjadi kesalahan apabila amalan tersebut disandarkan kepada nabi Muhammad SAW sedangkan tiada dalil yang sahih yang menguatkannya.

Kata Imam Syahrurazi dalam Awariful Maarif, Apabila telah selesai solat maghrib, hendaklah dibaca "Yasin" dengan diniatkan mohon panjangkan umurnya dalam mentaati Allah, kemudian dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula Yasin dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkatinya, kemudian lalu dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula Yasin
serta diniatkan minta dimatikan dalam iman, kemudian dibacakan doanya.


Menurut Dr. Yusof al-Qaradhawi,
' Terdapat juga di sesetengah negara yang mereka berkumpul selepas solat Maghrib di masjid-masjid dan membaca surah Yaasin, kemudian solat dua rakaat dengan niat supaya dipanjangkan umur, dan dua rakaat lagi supaya tidak bergantung dengan manusia, kemudian membaca doa yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari kalangan salaf, dan ia adalah doa yang bercanggah dengan nas-nas yang sahih, juga bersalahan dari segi maknanya''.

Beliau menambah lagi
“Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu doa yang panjang, yang menyanggahi nas-nas (al-Quran dan Sunnah) serta bercanggahan dan bertentangan pula isi kandungannya…perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bidah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bidah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bidah, dan setiap yang bidah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka”
Di sini ada dilampirkan beberapa respon oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tentang amalan-amalan yang sering dilakukan oleh umat Islam di bulan Sya’ban.
Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :

i. Memperbanyakkan puasa sunat. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

ii. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
iii. Bertaubat.
iv. Meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.
Terdapat pelbagai fatwa mahupun pandangan para ulama’ tentang amalan di bulan Sya’ban . Oleh itu kesimpulan yang dapat dirumuskan dan diambil di sini adalah :

1- Kita digalakkan dan diajar supaya memperbanyakkan berpuasa sunat pada bulan Syaaban kerana Nabi Muhammad SAW paling banyak berpuasa sunat pada bulan ini melebihi bulan-bulan yang lain selain bulan Ramadhan.

2- Setelah diteliti dengan secara terperinci terutamanya dalam kitab-kitab hadith yang Sembilan ( Sahih Bukhari,Muslim,Sunan Ibnu Majah, Tarmizi, Nasaie, Abu Daud, Darimi, Muwatta’, dan Musnad Ahmad) tiada satu pun hadith sahih yang menunjukkan nabi Muhammad melakukan ibadah khusus pada pertengahan bulan Sya’ban melainkan hadith yang lemah dan palsu. Namun pun begitu, walaupun malam pertengahan bulan Syaaban terdapat beberapa kelebihan berdasarkan hadis-hadis yang lemah tetapi ia boleh diterima bagi menyatakan “Kelebihan Amalan”. Yang mana dalam kaedah fiqh, hadith yang lemah boleh beramal dengannya tetapi tidak boleh dijadikan hujah.

3- Tiada amalan khusus yang diberi nama sebagai “Puasa Nisfu Syaaban” tetapi digalakkan berpuasa sunat pada pertengahan bulan Syaaban berdasarkan hadis-hadis lain yang menggalakkan berpuasa pada 13, 14 dan 15hb setiap bulan.
Dari Abu Hurairah. berkata bahawa kekasihku (Nabi saw) telah mewasiatkan kepadaku 3 perkara (iaitu) : "(Hendaklah) berpuasa 3 hari setiap bulan (13, 14 dan 15hb), 2 rakaat Dhuha dan Solat Witir sebelum tidur”.

4- Begitu juga tiada amalan khusus yang diberi nama “Solat Malam Nisfu Syaaban” tetapi digalakkan untuk menunaikan solat-solat sunat seperti Solat Sunat Mutlak, Solat Tasbih, Solat Hajat, Solat Tahajud dan Solat Taubat. Begitu juga dengan amalan-amalan lain seperti membaca Al-Quran, berzikir dan berdoa tanpa dikhususkan untuk malam itu.

5- Oleh kerana kelebihan malam pertengahan bulan Syaaban ini tidak didasarkan pada sumber hadis yang sahih, kuat dan jelas, maka amalan Nabi untuk bangun beribadat bukanlah khusus untuk malam itu sahaja kerana baginda memang diwajibkan bangun beribadat pada setiap malam.

6- Dari segi syarak, tidak harus mengkhususkan hari tertentu untuk berpuasa, atau malam tertentu untuk bangun beribadat (qiamullail) tanpa sumber yang syarie. Perkara ini bukan hak sesiapapun melainkan ia hanya hak Allah SWT sahaja. Mengkhususkan waktu atau tempat untuk beribadat dan menetapkan kaedah dan caranya, hanyalah hak Allah SWT, bukan hak manusia.

RAMADHAN
Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling mulia di sisi Allah S.W.T. Pada bulan ini, Allah S.W.T telah menurunkan Al-Quran al-Karim pada malam al-Qadar yang diselitkan dalam bulan Ramadhan ini. Selain itu, Allah S.W.T telah menfardhukan keatas umat Nabi Muhammad S.A.W supaya berpuasa pada siang hari ramadhan. Puasa ramadhan merupakan salah satu daripada rukun islam yamg lima. Hal ini telah dibuktikan dengan hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari iaitu;
بُنِيَ الْإِسْلَامُ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَالْحَجِّ وَصَوْمِ رَمَضَانَ
“ Islam di bina atas 5 perkara, penyaksian sesungguhnya tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, dan sesungguhnya Muhammad pesuruh Allah, Mendirikan solat, menunaikan zakat, melaksanakn haji dan puasa pada bulan Ramadhan.”
Disamping ibadah puasa yang ditetapkan oleh Allah S.W.T pada bulan Ramadhan, terdapat juga ibadah-ibadah lain yang digalakkan untuk dilaksanakan pada bulan ini. Antaranya ialah seperti ibadah sahur, berbuka puasa, solat tarawih, zakat fitrah dan menghidupkan 10 malam terakhir ramadhan (mencari malam al-Qadar). Kesemua amalan yang dinyatakan ini adalah bertepatan dengan sunnah daripada Rasuylullah S.A.W yang mana setiap amalan tersebut telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari di dalam shahihnya.
Hadis berkenaan sahur;
تَسَحَّرْنَا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَامَ إِلَى الصَّلَاةِ قُلْتُ كَمْ كَانَ بَيْنَ الْأَذَانِ وَالسَّحُورِ قَالَ قَدْرُ خَمْسِينَ آيَةً
“ kami telah bersahur bersama-sama Rasulullah S.A.W kemudian mengerjakan solat (subuh), Berkata : Berapa lama antara azan dan sahur ?, Berkata : Dengan kadar 50 ayat. ”
Hadis berkenaan berbuka puasa (ifthor);
إِذَا أَقْبَلَ اللَّيْلُ مِنْ هَا هُنَا وَأَدْبَرَ النَّهَارُ مِنْ هَا هُنَا وَغَرَبَتْ الشَّمْسُ فَقَدْ أَفْطَرَ الصَّائِمُ
“ Jika malam telah datang dari sana dan siang telah berlalu dari sana serta matahari telah tenggelam, maka orang yang berpuasa sudah boleh berbuka ”
Hadis berkenaan solat tarawih;
مَا كَانَ يَزِيدُ فِي رَمَضَانَ وَلَا فِي غَيْرِهِ عَلَى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلَا تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ ثُمَّ يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلَا تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ ثُمَّ يُصَلِّي ثَلَاثًا فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَتَنَامُ قَبْلَ أَنْ تُوتِرَ قَالَ يَا عَائِشَةُ إِنَّ عَيْنَيَّ تَنَامَانِ وَلَا يَنَامُ قَلْبِ
“Rasulullah Saw tidak pernah menambahi, baik pada bulan Ramadhan maupun selain bulan Ramadhan, dari sebelas raka’at. Beliau sholat empat raka’at dan jangan kamu tanyakan baik dan panjangnya. Kemudian beliau sholat empat raka’at dan jangan kamu tanyakan baik dan panjangnya. Kemudian beliau sholat tiga raka’at.”; Lalu ‘Aisyah berkata : ‘Saya bertanya, Wahai Rasulullah, apakah anda tidur sebelum sholat witir ?’ ; Beliau menjawab : ‘Wahai ‘Aisyah, sesungguhnya kedua mataku tidur, tapi hatiku tidak tidur ”
Hadis berkenaan kelebihan berpuasa dan malam al-Qadar;
مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
“ Barangsiapa yang (menghidupkan) malam al-Qadar dengan penuh keimanan, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Dan siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan, diampumkan segala dosa-dosanya yang telah lalu.”
Hadis berkenaan menghidupkan 10 malam terakhir ramadahan;
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُجَاوِرُ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ وَيَقُولُ تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ
“ Rasulullah menekankan 10 malam terakhir Ramadhan, dan baginda berkata : bersiap-siaplah untuk mendapatkan malam al-Qadar pada 10 terakhir Ramadhan.”
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ وَأَحْيَا لَيْلَهُ وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ
“ Apabila tiba sepuluh (terakhir Ramadhan), beliau ikat sarungnya erat-erat, beliau berjaga malam dan beliau bangunkan keluarganNya”
Hadis berkenaan dengan zakat fitrah;
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَ بِزَكَاةِ الْفِطْرِ قَبْلَ خُرُوجِ النَّاسِ إِلَى الصَّلَاةِ
“ Sesungguhnya Nabi S.A.W telah menyuruh untuk berzakat (fitrah), sebelum keluar menunaikan solat (Aidilfitri) ”

Akibat daripada keistimewaan bulan ramadhan ini, maka Rasulullah telah menggalakkan umat islam supaya melakukan amalan ibadah pada bulan ini dengan begitu banyak sekali. Oleh disebabkan kemahsyuran bulan ini, para sahabat telah berpegang teguh pada hadis-hadis nabi yang dikhususkan pada bulan ini. Oleh yang demikian, tidak wujud banyak percanggahan pendapat dalam melakukan amalan pada bulan inikerana kebanyakan perbincangannya dirujuk kepada hadis-hadis yang shahih.

SYAWAL
Bulan Syawal merupakan bulan ke-10 dalam kalendar hijriah dan juga merupakan satu bulan yang ditunggu-tunggu oleh kaum muslimin. Ia merupakan salah satu bulan yang mulia yang diciptakan oleh Allah SWT yang terdapat didalamnya kemenangan bagi orang-orang yang beriman.
Pada bulan Syawal, umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri iaitu pada 1 Syawal setelah berpuasa sebulan penuh pada bulan Ramadhan al-Mubarak. Amalan-amalan yang disunatkan untuk kita sebagai orang Islam menghayatinya ialah:
I. Membayar zakat fitrah sebelum menunaikan Solat Aidil Fitri
II. Mandi Sunat Aidilfitri pada pagi harinya
III. Memakai pakaian yang indah
IV. Menjamah sedikit makanan sebelum keluar menuju masjid
V. Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan yang lain
VI. Mengumandangkan takbir
VII. Puasa enam hari dalam bulan Syawal
Pada 1 Syawal, umat Islam diingatkan supaya membayar zakat fitrah terlebuh dahulu sebelum menunaikan solat Hari Raya. Ini adalah sebagai pembersih kepada diri-diri setiap umat Islam. Rasulullah SAW bersabda:
عن ابن عمر رضي الله عنهما قال : (( فرض رسول الله صلى الله عليه وسلم زكاة الفطر صاعاً من تمر أو صاعاً من شعير ، على الذكر والأنثى والصغير والكبير والحر والعبد من المسلمين . وأمر أن تؤدى قبل خروج الناس للصلاة )). متفق على صحته
“Dari Ibn Umar R.A, katanya: Rasulullah saw mewajibkan zakat fitrah segantang kurma atau segantang gandum atas kaum muslimin, hamba sahaya atau orang yang merdeka, laki-laki atau perempuan, kecil atau besar. Dan beliau memerintahkan supaya zakat fitrah itu dibayarkan sebelum orang keluar menunaikan solat Aidul Fitri”
Adapun mengenai kadar dan jenis zakat itu adalah bergantung kepada syarak yang menentukan.
Setelah itu, umat Islam digalakkan untuk mandi pada pagi Hari Raya. Terdapat banyak rahsia-rahsia yang tidak dapat diungkapkan dengan pengetahuan dan akal manusia yang singkat tentang kelebihan-kelebihan yang diaturkan oleh Allah SWT kepada umat manusia. Mungkin ada kelebihan yang tidak terfikir dengan akal mengenai mandi di pagi Hari Raya. Hadisnya berbunyi:
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يغتسل يوم الفطر ويوم الأضحى
“Adalah Rasulullah s.a.w mandi pada hari Aidilfiri dan hari Aidiladha.”
Setelah itu, disunatkan juga bagi setiap muslim untuk memakai pakaian yang terbaik untuk dirinya, ini adalah untuk meraikan hari kemenangan daripada Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda:
قال ابن القيم: ( كان يلبس لهما أجمل ثيابه وكان له حلة يلبسها للعيدين والجمعة. وكان ابن عمر رضي الله عنهما يغتسل للعيدين
أخرجه ابن أبي شيبة وعبدالرزاق(3/309) بأساند صحيحة
Ibnu Qayyam berkata, "Nabi saw memakai pakaian yang paling indah untuk dua Hari Raya. Dan Baginda saw mempunyai dua jubah yang ia gunakan untuk dipakai untuk dua hari raya dan hari Jumaat. Dan Ibn Umar r.a mandi pada dua Hari Raya. "
Setelah kita mandi dan mengenakan pakaian yang terbaik pada diri kita, kita disunatkan pula untuk menjamah sedikit makanan sebelum keluar untuk solat sunat Hari Raya. Baginda SAW bersabda:
Dari Anas r.a katanya: “Biasanya, Rasulullah saw sebelum pergi solat Aidul Fitri, lebih dahulu beliau makan buah kurma beberapa biji.”
Seterusnya, kita disunatkan pula untuk pergi ke tenpat solat dengan melalui jalan yang berbeza. Jika kita pergi melalui jalan A, maka kita disunatkan pulang melalui jalan B. di sini kita dapat melihat hikmahnya, iaitu jika kita melalui jalan yang berbeza, kita akan dapat berjumpa dengan orang yang berbeza. Ini dapat mengeratkan pertalian persaudaraan antara sesama Islam. Baginda SAW bersabda:
عن جابر قال كان رسول الله صلى الله عليه وسلم اذا كان يوم عيد خالف الطريق
“Dari Jabir r.a, katanya: “Biasanya pada hari raya, Nabi saw menempuh jalan pulang lain daripada jalan yang telah ditempuhi Beliau untuk pergi.”

Mengumandangkan takbir merupakan suatu yang dituntut dalam Islam. Ianya dapat menonjolkan syiar Islam. Umat Islam disunatkan bertakbir pada Hari Raya, Rasulullah SAW bersabda:
حدثنا ‏ ‏عمر بن حفص ‏ ‏قال حدثنا ‏ ‏أبي ‏ ‏عن ‏ ‏عاصم ‏ ‏عن ‏ ‏حفصة ‏ ‏عن ‏ ‏أم عطية ‏ ‏قالت ‏
‏كنا نؤمر أن نخرج يوم العيد حتى نخرج البكر من خدرها حتى نخرج الحيض فيكن خلف الناس فيكبرن بتكبيرهم ويدعون بدعائهم يرجون بركة ذلك اليوم وطهرته
Dari Ummu ‘Athiyyah r.a. yang menceritakan; “Kami (para wanita) diperintahkan supaya keluar pada hari raya (ke tempat solat) sehingga kami mengeluarkan anak gadis dari tabir/tirainya (yakni kami mengeluarkan anak gadis kami dari biliknya untuk membawa mereka bersama-sama ke tempat solat), dan sehingga perempuan-perempuan yang kedatangan haid juga turut sama keluar di mana mereka duduk di belakang orang ramai; bertakbir bersama dengan takbir mereka dan berdoa bersama bersama dengan doa-doa mereka serta mengharapkan keberkatan hari tersebut dan kesuciannya.” (Riwayat Imam Bukhari)
Banyak pendapat ulama’ dalam menentukan lafaz takbir. Antara lafaz yang mahsyur di Malaysia ialah:
3x اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَ اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ
اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْراً، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْراً، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً،
لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الْدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ،
لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزاَبَ وَحْدَهُ.
لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَ اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْد
Akhir sekali ialah puasa enam. Puasa ini dilakukan paling awal ialah pada 2 Syawal. Nabi SAW bersabda:
“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka itu seperti berpuasa sepanjang tahun.”
Puasa enam adalah digalakkan dalam Islam berdasarkan hadis ini. Namun, selepas puasa enam, tiada dalil yang mengatakan adanya Hari Raya Enam.

ZULHIJJAH
Bulan terakhir dalam Islam ialah bulan Zulhijjah. Di dalamnya terdapat satu rukun Islam yang kelima iaitu menunaikan fardu haji bagi yang berkemampuan. Di dalam bulan tersebut tidak kelihatan masalah khilafiyyah yang perlu dibincangkan. Ibadah haji serta manasiknya termasuklah wajib haji dan rukun haji merupakan satu kewajipan yang mananya tidak timbul mana-mana isu yang jelas tidak bertepatan dengan syariat Islam. Sebelum kita mengungkai dan menghurai lebih jauh mengenai ibadah di bulan Zulhijjah, lebih baiknya jika kita melihat terlebih dahulu ketinggian bulan tersebut yang diangkat oleh baginda Rasulullah SAW.
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas bahawa sesungguhnya dia berkata : “ Nabi Saw. Bersabda :
ما من أيام العمل الصالح فيها أحب إلى الله من هذه الأيام يعني أيام العشر قالوا: يا رسول الله! ولا الجهاد في سبيل الله؟ قال: ولا الجهاد في سبيل الله إلا رجل خرج بنفسه وماله فلم يرجع من ذلك شيء(صحيح)
Tidak ada perbuatan yang lebih disukai oleh Allah SWT, dari pada perbuatan baik yang dilakukan pada sepuluh hari pertama di bulan Zulhijjah. Para sahabat bertanya : Ya Rasulullah! walaupun jihad di jalan Allah? Sabda Rasulullah: Walau jihad pada jalan Allah kecuali seorang lelaki yang keluar dengan dirinya dan harta bendanya, kemudian tidak kembali selama-lamanya (menjadi syahid).
Dari Jabir r.a. bahawa baginda s.a.w bersabda
أفضل الايام يوم عرفة
“Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.
Syeikhul Islam Ibn Taimiyah menjawab:
Siang hari awal 10 bulan Zulhijjah lebih baik daripada siang hari 10 akhir Ramadan. Manakala malam akhir 10 Ramadan adalah lebih baik dari 10 malam awal Zulhijjah.
Amalan-amalan yang dilakukan di bulan Zulhijjah
1. Melaksanakan kewajipan ibadah haji atau umrah
Ibadah haji merupakan satu kewajipan bagi umat Islam. Ini kerana haji merupakan salah satu dari rukum Islam, iaitu rukun Islam yang kelima. Kewajipan ini dipertanggungjawabkan bagi mereka yang berkemampuan.

Seperti mana firman Allah :
“Di sana ada ayat-ayat (tanda-tanda) yang nyata; makam (tempat berdiri) Ibrahim. Dan sesiapa memasukinya amanlah dia. Dan kerana Allah mewajibkan manusia mengerjakan haji ke rumah (Baytu’llah) itu, (iaitu bagi) mereka yang mampu melakukan perjalanan ke sana. Dan sesiapa kufur (mengingkari kewajipan haji itu), maka sesungguhnya Allah adalah al-Ghaniy (Maha Kaya) daripada sekalian alam.”
Ini dapat dikuatkan lagi dengan hadith baginda SAW . Diriwayatkan hadith dari 'Ali berkata:
'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Sesiapa yg mempunyai bekalan dan (mempunyai, yakni berkuasa mengadakan) kenderaan yg boleh menyampaikannya ke baitullah, dan tidak mengerjakan haji dia maka tiadalah atas dirinya bahawasanya mati dia matinya sebagaimana matinya seorang Yahudi atau Nesrani. Maka demikian itulah Allah (a.w) berfirman di dalam KitabNya ( al-Quran) 'Dan bagi Allah (a.w) mewajibkan atas manusia menunaikan haji ke Baitullah bagi sesiapa yg mampu atasnya membuat perjalanan (ke Baitullah untuk berhaji).'
2. Berpuasa

Disebutkan dalam hadist Qudsi :
“Ertinya : Puasa ini adalah untuk-Ku, dan Aku lah yang akan membalasnya. Sungguh dia telah meninggalkan syahwat, makanan dan minumannya semata-mata karena Aku”.

Dari Abi Qatadah katanya :
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم صيام يوم عرفة اني أحتسب على الله أن يكفر السنة التي قبله والتي بعده (صحيح)
Rasulullah SAW bersabda, puasa pada hari arafah, sesungguhnya aku mengharap Allah menebus dosa tahun sebelumnya dan selepasnya.

Dari Qatadah bin Nu’man :
سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول , من صام يوم عرفة , غفر له سنة أمامه وسنة بعده (صحيح)
Aku mendengar Rasulullah SAW berkata, barangsiapa yang berpuasa pada hari Arafah, diampunkan baginya setahun sebelumnya dan setahun selepasnya.
3. Berkurban Pada Hari Raya Qurban Dan Hari-hari Tasyriq
Dari Abu Hurairah berkata : Rasulullah SAW bersabda. :
“ Siapa yg memiliki kelapangan tapi ia tidak menyembelih kurban maka jangan sekali-kali ia mendekati mushalla kami”
Dari Jundab bin Abdullah Al-Bajali ia berkata : Pada hari raya kurban aku menyaksikan Nabi SAW bersabda. :
“ Siapa yg menyembelih sebelum melaksanakan shalat maka hendaklah ia mengulang dgn hewan lain dan siapa yg belum menyembelih kurban maka sembelihlah”
4. Dilarang Mencabut Atau Memotong Rambut Dan Kuku Bagi Orang Yang Hendak Berkurban
Seperti firman Allah :
Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah maka sekiranya kamu dikepong (dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram, maka kamu bolehlah bertahallul, serta) sembelihlah Dam yang mudah didapati dan janganlah kamu mencukur kepala kamu (untuk bertahallul), sebelum binatang Dam itu sampai (dan disembelih) ditempatnya. Maka sesiapa di antara kamu sakit, atau terdapat sesuatu yang menyakiti di kepalanya (lalu ia mencukur rambutnya), hendaklah ia membayar fidyah iaitu berpuasa, atau bersedekah, atau menyembelih Dam. Kemudian apabila kamu berada kembali dalam keadaan aman, maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah, (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadat Haji, (bolehlah ia melakukannya kemudian wajiblah ia) menyembelih Dam yang mudah didapati. Kalau ia tidak dapat (mengadakan Dam), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing semuanya itu sepuluh (hari) cukup sempurna. Hukum ini ialah bagi orang yang tidak tinggal menetap (di sekitar) masjid Al-Haraam (Mekah). Dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah Maha berat balasan seksaNya (terhadap orang-orang yang melanggar perintahNya
Dari Ummu Salamah, bahwasanya RasulullahSAW bersabda :
“Apabila kalian melihat hilal bulan Dzulhijjah dan salah seorang di antara kalian hendak menyembelih, maka hendaknya dia menahan (yakni tidak memotong, pent) rambut dan kukunya.”
Imam Nawawi berkata:
“Maksud larangan tersebut adalah dilarang memotong kuku dengan gunting dan semacamnya, memotong rambut; baik gundul, memendekkan rambut, mencabutnya, membakarnya atau selain itu. Dan termasuk dalam hal ini, memotong bulu ketiak, kumis, kemaluan dan bulu lainnya yang ada di badan. ”.
Berkata Ibnu Qudamah:
“Siapa yang melanggar larangan tersebut hendaknya minta ampun kepada Allah dan tidak ada fidyah(tebusan) baginya, baik dilakukan sengaja atau lupa.”
5. Perbanyakkanlah zikir
Imam Bukhari Rahimahullah menuturkan bahawa Ibnu Umar dan Abu Hurairah SAW keluar ke pasar pada sepuluh hari tersebut seraya mengumandangkan takbir lalu orang-orangpun mengikuti takbirnya. Dan Ishaq, Rahimahullah, meriwayatkan dari fuqaha’, tabiin bahwa pada hari-hari ini mengucapkan :
“Allahu Akbar, Allahu Akbar, Laa Ilaha Ilallah, wa-Allahu Akbar, Allahu Akbar wa Lillahil Hamdu.”



RUMUSAN

Alhamdulillah, selesai juga sebuah penulisan yang ringkas dan padat ini, apa yang diharapkan ialah kita semua selaku umat nabi Muhammad saw tidak dapat tidak, mestilah mengikut dan mengamalkan apa yang telah ditinggalkan oleh baginda saw tidak kira didalam aspek ibadah mahupun muamalat.
Allah berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah saw itu tauladan (contoh ibadat) yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) Hari Kiamat serta dia banyak mengingati Allah.” Surah Al-ahzab ayat 21

Allah juga telah berfirman:

“Pada hari ini telah Aku sempurnakan agama kamu buat kamu dan telah Aku cukupkan nikmat-Ku atas kamu, dan telah Aku redhai Islam menjadi agamamu.” Surah Al-Maidah ayat 3
Imam Syafi’I juga pernah menegaskan dalam kitabnya Ar-Risalah dengan kata-kata beliau yang masyhur:

“Sesiapa yang beristihsan (menyangka baik sesuatu amalannya yang direka), beerti dia telah membuat satu syariat dan sesiapa yang membuat syariat, maka ia sudah kafir.”


Maka di sini terang mengatakan bahawa ibadat itu tidak boleh di ambil mudah. Hujah akal tidak menghalalkan sesuatu ibadat. Kerana asal sesuatu ibadat itu haram selagi tidak ada dalil yang mengharuskannya.


Selaku pelajar, sudah menjadi kemestian bagi kita untuk mengkaji dan memahami ilmu-ilmu berkaitan ibadah agar dapat beramal dengan sempurna sepertimana amalan baginda Muhammad saw dan pada masa yang sama mengharapkan segala amal ibadat kita diterima oleh Allah SWT.
Wallahu’alam bissawab.



RUJUKAN / BIBLIOGRAFI

1. Al-Quran al-Karim, Maktabah Syamilah.
2. Imam Bukhari, Shahih Bukhari, Ibid.
3. Imam Muslim, Shahih Muslim, Ibid.
4. Imam Tarmizi,Sunan Tarmizi, Ibid.
5. Imam Abu daud, Sunan Abi daud, Ibid.
6. Imam Nasa’ie, SunanNasa’ie, Ibid.
7. Imam Ibn majah , Sunan Ibn Majah, Ibid.
8. Imam Darimi, Sunan Darimi, Ibid.
9. Imam Ahmad, Musnad Ahmad, Ibid.
10. Imam Malik, Muwatta' Malik, Ibid.
11. Dr. Muhammad Muhiden, (2009), Al-Jami’ fi Ahadisil al-ahkam, Kelantan: Dian Darul Naim
12. Abul Khairy al-Latifi, (1993), Kelebihan Bulan dan Hari, Kuala Lumpour: DarulNu’man
13. Imam Zainuddin Abd. Rahman, Terj. Muhammad Abd. Latif, (1999), Rahsia amalan penghapus dosa, Kuala Lumpur: al-Hidayah Publication

Hasil :

1. MUHAMMAD BIN ZAINUDDIN
2. WAN AKRAM BIN WAN MAHMOOD
3. MOHD SYUKRI BIN ZAINAL ABIDIN
4. MOHAMAD AFFI YUSRI BIN MOHAMAD ZAINI

Dari Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

0 comments: