BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, April 28, 2011

Hanya Sekadar Pandangan yang Bersifat Lemah


Baru-baru ini agak hangat sedikit isu yang diperkatakan ramai orang iaitu berkaitan dengan seorang seorang pegawai kanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM), Ustaz Zamihan al-Ghari yang berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu, Teras Institut Latihan Islam Malaysia dengan Imam Besar Masjidil Haram Sheikh Dr Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz As-Sudais. Oleh itu, saya rasa terpanggil untuk memberikan sezarah pandangan dek kerana ramai yang bukan ahli dan orang awam yang tidak faham dengan isu dengan memberi pelbagai spekulasi, reaksi yang tidak tidak tentu hala. Bagi saya, tindakan ustaz Zamihan agak ‘kurang tepat’ dengan ‘mengesyaki’ Imam Besar tersebut cuba menyuntik fahaman Wahabi di kalangan umat Islam negara ini. Ini telah diperbetulkan dan diperjelaskan serta dipertegaskan sendiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom bahawa kunjungan Imam Besar tersebut tidak membabitkan motif mahu mengembangkan fahaman Wahabi di negara ini bahkan hanya sekadar mewujukan hubungan yang lebih erat antara dua negara - Malaysia dan Arab Saudi. Bukan itu saja, pengesahan itu juga telah dibuat oleh Ketua Pengarah Jakim Othman Mustapha dengan mengatakan bahawa pandangan ustaz Zamihan itu salah Imam Besar Masjidil Haram itu berkunjung untuk menjalin hubungan lebih erat antara dua negara termasuk tentang Islam. Namun begitu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kenyataan yang dikeluarkan Zamihan itu bukan mewakili kerajaan atau Jakim dan mungkin hanya pandangan peribadinya. Saya berpendapat bahawa beliau Cuma mengesyaki sahaja bukannya memberi satu dakwaan. Sesuatu yang syak, prasangka, was-was bukannya sampai ke tahap yakin. Oleh itu, orang ramai tidaklah terlalu cepat melatah dan dengan pantas memberi sebarang konsensi dan respon awal. Kita perlulah adil dalam menilai dengan mengambil sikap professional, akademik dengan menimbang tara pelbagai aspek. Saya juga tidak bersetuju sekiranya ustaz Zamihan mendakwa bahawa Imam Besar tersebut datang ke Malaysia dengan niat menyebarkan fahaman wahabi. Masalannya. Sekiranya Barack Obama hadir di Malaysia bagi menjalinkan hubungan kenegaraan dengan Malaysia, kita tidak boleh mendakwa Barack Obama ingin mengadakan konspirasi untuk menghancurkan Islam selagi mana kehadirannya jelas tidak menunjukkan sesuatu yang negatif. Mungkin beliau dan golongan agamawan lain beranggapan bahawa Imam Besar tersebut mempunyai fahaman yang bertentangan dengan Islam dan cuba untuk menyemai fahaman tersebut, namun itu adalah persoalan yang kedua, perkara pokoknya adalah niat Imam Besar tersebut berkunjung ke Malaysia adalah jemputan khas untuk menjalinkan hubungan sesama Negara. Tambahan pula, pergerakan Imam Besar tersebut sentiasa diperhatikan masyarakat sekeliling bahkan seminar yang dihadiri Imam Besar tersebut turut disertai oleh JAKIM sendiri dan ahli agama yang lain. Saya amat bersetuju dengan tindakan beliau yang tegas mempertahankan aqidah umat Islam amnya dan orang Malaysia khususnya selaras dengan kenyataan jawatankuasa fatwa kebangsaan dan JAKIM mengenai ajaran wahabiyah yang monolak dan menyekat ajaran tersebut. Golongan yang menyelisihi daripada berpegang dengan mazhab aqidah ahlussunnah wal jamaah asya’irah dan maturidiah adalah golongan yang minoriti sahaja. Oleh itu mereka perlulah menghormati bahawa Malaysia mengamalkan mazhab tersebut sepertimana Arab Saudi yang tegas menolak fahaman lain selain dari fahaman Negara mereka. Hatta di Mekah dan Madinah juga wujudnya tokoh-tokoh dan para ulama’ yang mempunyai pegangan aqidah seperti di Malaysia dan meneruskan pergerakan dan dakwah aqidah. Tidak wajar bagi saya sekiranya ada yang berpendapat bahawa Imam Besar tersebut tidak boleh dikritik kerana folionya sebagai Imam Besar Masjidil Haram, bahkan Imam Mazhab, Imam Bukhari, Ibnu Taimiyyah, juga turut dikritik. Bahkan dalam pengajian hadith juga mempunyai disiplin ilmu tersendiri dengan wujudnya ilmu ‘jarh wa ta’dil’. Namun ini tidak bermakna kita boleh mengkritik seseorang tanpa asas yang kukuh. Pemerintahan di Mekah Madinah dalam jangka masa yang panjang turut tidak boleh menjadi alasan dan gambaran yang mutlak bahawa pemerintahan Islam yang sebenar. Kalau kita lihat sebelum kedatangan Islam yang dibawa junjungan besar nabi Muhammad SAW turut diperintah olah golongan kafir quraisy yang terlalu lama. Di Malaysia, Mesir ketika dulu, Yaman, Libya, adakah pemerintah Islam yang sebenar dek kerana lama memerintah Negara Islam??hanya sekadar menimbulkan persoalan untuk sama-sama kita berfikiran jauh dan mempunyai minda yang terbuka dari dikongkong pemikiran tanpa sedar dan akal yang jumud. Lamanya pemerintahan, atau ketinggian jawatan bukannya menjadi neraca timbangan dan kayu ukur yang tepat dalam menilai iman seseorang kerana setiap manusia mempunyai kelemahan masing-masing. Namun malangya saya masih belum menjumpai dan mendapati sehingga kini di mana-mana laman sosial khususnya golongan agamawan lain yang sama perjuangan bangun melontarkan pandangan mereka seperti Syeh Fuad Maliki, Syeh Nuruddin al-Banjari, Dr. Haron Din, Tuan Guru Nik Abd Aziz, para Mufti dan seangkatan dengannya. Yang hanya bangun bersuara membidas beliau adalah mufti dan bekas mufti Perlis. Ini kerana orang awam akan semakin bertambah keliru dengan ajaran Islam dek kerana golongan agaman pun bertelingkah sesama mereka. Bahkan saya sendiri pernah ditanya oleh pak cik saya sendiri tentang pegangan Dr. Asri. Namun saya menjawab dengan ilmiah supaya pak cik saya tidak keliru. Oleh itu, pelbagai pihak khususnya golongan agama perlulah bijak membawa setiap persoalan yang berlegar dalam masyarakat agar Islam tidak menjadi keraguan dan fitnah sehingga orang bukan Islam takut mendekati Islam seterusnya memusuhi Islam. Kepada Ustaz Zamihan teruskan menggerakkan dakwah dalam memelihara akidah Islam, mudah-mudahan ramai yang menyokong perjuangan anda. Dan berhati-hatilah juga dalam mengeluarkan pandangan agar tidak mengetepikan akhlak Islam yang juga merupakan cabang penting dalam Islam. Dan semoga anda menjadi wahabi suatu hari nanti sepertimana rintihan sebahagian pihak..hehehehe..

Rujukan : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/imam-besar-masjidil-haram-bawa-wahabi-ke-malaysia-syaki-pegawai-jakim/
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/lawatan-imam-besar-masjidil-haram-tiada-kaitan-isu-wahabi-kata-menteri/
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/isu-wahabi-jakim-jelas-pandangan-pegawainya-salah/

0 comments: