Aku mempunyai
pengalaman 3 semester (2015, 2016 & 2017) mengendalikan tutor. 5 subjek, 6
kelas dan ratusan pelajar. Kelas paling aku suka adalah... (jeng3). Mereka aku
dah hilangkan dari radar hidup aku (shob3). 2019 sekali lagi bekas penyelia aku
mempelawa aku untuk mengendalikan kelas, tapi kali ini kuliah dan tutor sekali
gus. Mmm. Tawaran yang aku amat sukar untuk dilepaskan dek kerana jiwa aku
setakat hari ini suka untuk berhadapan dengan ramai manusia (sila baca:
pelajar). Tahun ini lainnya, selain daripada aku mengajar pelajar luar fakulti,
aku juga dapat budak-budak usia dewasa sekitar 24 tahun. Fikiran dan tingkah
laku yang agak matang. Halus bicaranya. Tinggi pekerti.
Aku pernah mengajar rakan sebatch mereka
tapi lemahnya aku menyebabkan mereka sangat krik-krik. Tapi kali ini intake mereka
gila dan berani mengajak aku sambut ramadan dengan aktiviti yang fun. Bak kata
orang London “kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan”. Nak harapkan aku yang ajak
memang taklah. Cukuplah spoil-spoil yang lepas (kah3).
Dipantaskan cerita, sebagai super
senior yang acah kpop, mereka melahirkan kebersamaan (ada agenda tersembunyi
sebenarnya) dengan aku makan tengah hari menu korea. Walaupun pada awalnya
‘macam kancil masuk bandar’, akhirnya mereka lebih korean daripada aku. Licin
kuali ditibainya.
Kemudian, kami memasuki ke grand
program. Program yang diketuai kadet darat Universiti Malaya. Janji yang
dicapati pada semester lepas dan dibawa ke semester ini (aku tidak pernah lupa
dengan janji-janji manusia). Riadah tatkala aku ponteng kerja dan mereka
ponteng kelas. Harreiii. Masa ini Allah buka ‘hijab’ aku (kasyaf), aku nampak
mereka meletakkan niat untuk juara. Habis semua pakat tersipu-sipu riyak
termasuklah aku sekali. Lelz.
![]() |
Aku ambil game kedua sahaja sebab game pertama markah tidak lengkap :-p |
Selesai sudah dating mereka (2
lelaki, 2 perempuan, aku cover line). Sangat cute apabila mereka ketagih selfie
dengan dua orang artis; seorang masa tengah makan, seorang lagi Umi Nazirah
dalam kedai baju. Aku tidak hairan langsung dengan retis selebriti sebab Redza
Rosli jalan bersama aku. Hew3.
Hamdalillah, suatu kesempatan yang cukup pendek di kala masing-masing
mempunyai tanggungjawab tersendiri. Aku sangat sangat berharap pertemuan kami
dirahmati Allah dan perpisahan antara kami akan dipelihara sentiasa. Doakan aku
sentiasa dapat memperbaiki diri, terus menerus istiqamah berbakti kepada ummah
seluruhnya. Ramadan kareem. Jumpa iftor vvvip nanti jika aku masih bersama
kalian dan hati kalian ada aku (nampak tak falsafah psikospiritual).
Malam Jumaat,
2 Mei 2019
11:30 pm
Sila tonton dalam bentuk video:
https://www.youtube.com/watch?v=ZoP8YzJUf-E&feature=youtu.be
Sila tonton dalam bentuk video:
https://www.youtube.com/watch?v=ZoP8YzJUf-E&feature=youtu.be
No comments:
Post a Comment