Saya pada mulanya tidak berhasrat berkongsinya pada
tatapan umum, tetapi ada satu hari saya terbaca sebuah posting menarik yang
dikongsikan oleh seorang pemegang PhD. Jadi, saya terinspirasi untuk berkongsi
juga. Namun begitu, matlamat apa yang hendak diceritakan tidak lain adalah
untuk menanam serta memupuk keimanan yang tinggi terhadap Allah SWT,
melaksanakan ibadah sebagai bukti keyakinan terhadapNya serta berusaha
bersungguh-sungguh sebagai peranan sebagai seorang hamba.
Saya memasuki Universiti Malaya pada 2008 bagi
program Asasi Pengajian Islam. Ketika itu, kampus terletak di Nilam Puri,
Kelantan. Kemudian, saya menyambung pelajaran di peringkat Sarjana Muda
Pengajian Islam di kampus Utama, Kuala Lumpur pada tahun 2010. Seterusnya, saya
menyambung terus pengajian ke peringkat PhD pada 2015 dengan tajaan Biasiswa
Universiti Malaya. Jika dihitung, kurang lebih 10 tahun keberadaan saya di
kampus sehingga selesainya pengajian PhD pada tahun 2018. Pada tempoh tersebut,
saya sangat selesa dengan persekitaran varsiti, termasuklah juga pihak
pengurusan, pentadbiran, staf sokongan dan pensyarah. Boleh dikatakan 10 tahun
saya tidak menghadapi sebarang masalah ketika berada di varsiti, alhamdulillah.
Secara peribadi, mereka yang berada di varsiti
untuk tempoh pengajian yang lama tidak kira mana-mana kampus sekalipun, sudah
pasti mereka akan selesa untuk turus berada buat selamanya. Pilihan dan
keputusan ini menjadi amalan para guru saya. Mereka berkorban untuk terus
berjuang di Universiti Malaya, meskipun berada pada kedudukan taraf pekerjaan
yang rendah. Bahkan, ada juga yang menolak tawaran kenaikan pangkat di tempat
lain demi varsiti yang dicintai. Mahabbah adalah level paling tinggi yang tidak
mampu diganggu gugat oleh apa pun. Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan juga bahawa ada
juga individu yang mengangkat kaki berhijarah demi kebaikan yang lebih baik. Apa
yang saya ingin sampaikan, ‘penipu’lah jika ada yang kata dia tidak sayang
varsiti yang melahirkannya melainkan dia mengalami pengalaman tidak indah
ketika keberadaanya di kampus.
Iya, Universiti Malaya adalah pilihan nombor
satu saya. Begitulah pada awal pemilihan selepas SPM, begitulah juga institusi
pengajian yang saya ingin berkhidmat. Namun, ada beberapa tragedi berlaku yang
cuba mengetepikan penampilan aktif saya di kampus. Episod demi episod tersebut
menyebabkan saya memaksa menggagahkan diri memohon penempatan perkhidmatan di
tempat lain. Bahkan, saya memutuskan untuk membina hidup baru di luar ibu kota.
Saya berhasrat untuk memadamkan memori yang ada sepanjang 28 tahun dan membina
kehidupan baru bagi baki 32 tahun jika dipanjangkan usia. Saya berkeyakinan
bahawa takdir akan memutuskan sebaik-baik tempat buat saya.
Diringkaskan cerita, selepas mendapat gelar
pemegang doktor falsafah, saya terus memohon jawatan di Universiti Malaya atas
saranan bekas penyelia saya. Hanya beberapa minggu saya mendapat jawapan
permohonan saya ditolak atas justifikasi tiada waran atau slot kosong yang
boleh diisi. Keputusan ini dibuat oleh Bahagian Sumber Manusia tanpa melalui pihak
fakulti mahu pun jabatan terlebih dahulu. Tidak mengapa, ini memang bidang kuasa
mereka, walaupun dikatakan secara kebiasaannya permohonan akan dibawa bincang
di peringkat jabatan dan kemudiannya di bawa ke mesyuarat pelantikan fakulti.
Prinsip yang sudah tertanam dalam jiwa saya adalah tidak perlu meresahkan apa
yang sudah berlaku kerana ianya sejarah dan fakta yang sudah tertulis. Kita
perlu berusaha meneruskan mencipta buku-buku sejarah baru yang lebih besar pada
masa akan datang.

Dalam tempoh setahun, saya telah mencuba
menghantar permohonan di pelbagai negeri. Namun, Pahang adalah negeri utama
yang ingin saya migrasi. Kampung kelahiran emak dan ayah saya. Saya ingin
membawa mereka bersama-sama menjalani fasa akhir kehidupan di sana. Temu duga
demi temu duga saya hadiri bersama mengharungi pelbagai ujian kehidupan yang
memenatkan emak saya khususnya. Saya jelaskan bahawa dunia ini adalah ujian.
Semua pasti melaluinya dengan reka bentuk yang berbeza. Saya menghadiri satu
temu duga yang terdiri daripada enam orang calon dan hanya saya salah seorang
pemegang PhD. Jika dianalisis secara logik kuantitaf, pasti saya menang
bergaya. Namun, takdir bukan begitu. Takdir adalah ketentuan mutlak daripada
Allah SWT yang Maha Berkuasa, tidak mampu diukur oleh sesiapa pun dalam
kalangan makhluknya.
Dalam proses mencari pekerjaan yang baik, saya
menggalas terlebih dahulu kerja-kerja biasa terlebih dahulu. Pegangan
sedemikian telah menjadi pengalaman buat saya. Secara kebetulan, saya dimaklumkan
oleh rakan sekerja bahawa terdapat seorang pensyarah senior yang akan bersara
tidak lama lagi. Yeah. Saya terus memohon jawatan tersebut bertawassul rakan
tadi. Ketika waktu temu duga, saya agak terkejut apabila ada tiga lagi calon
yang akan bersaing satu jawatan tersebut. Kami perlu melalui dua peringkat
tapisan; fakulti dan universiti. Saya menganalisis bahawa saya merupakan calon
yang paling kurang berpengalaman. Calon lain tidak sangat luas pengalaman
mereka. So, secara statistiknya saya pasti tewas juga bergaya. Walau
bagaimanapun, sebelum temu duga peringkat kedua berlangsung, bekas penyelia
saya maklumkan bahawa dekan fakulti tersebut ingin mengambil saya bekerja.
Namun begitu, dekan fakulti saya memaklumkan kepada dekan tersebut bahawa nama
saya telah melepasi mesyuarat jawatakuasa tapisan pensyarah fakulti dan telah
dibawa ke sesi temu duga universiti. Bak kata pegawai pengambilan staf, saya
ini persis pisang goreng panas yang menjadi pilihan dua fakulti. Haa gichew. So,
saya diletakkan sebagai calon simpanan incase kalau fakulti saya tidak mahu
ambil, dekan tersebut akan ambil.

Jangan riyak guys. Cerita belum habis lagi.
Tunggu punya tunggu untuk temu duga jawatan pensyarah di fakulti saya sendiri,
saya mendapat perkhabaran bahawa kekosongan sudah diisi. Jadi, permohonan saya
dibekukan seketika dan perlu dibawa ke mesyuarat Sumber Manusia varsiti semula.
Peh. Ini dikatakan yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran. Seperti
biasa, doa adalah alat untuk kita menyatakan hasrat kepada Allah SWT. Walau
bagaimanapun, takdirNya tidak pernah sama sekali salah mahu pun kurang tepat. Akhirnya,
saya dipanggil untuk ditemu duga peringkat universiti. Seperti biasa, mesyuarat
dipengerusikan oleh TNCA, diikuti dua wakil senat dan pegawai dari Bahagian Sumber
Manusia. Pasal panel, tidak diperbahaskan. Universiti ranking ke-70, sudah
pasti panelnya yang terbaik. Walau bagaimanapun, uniknya Universiti Malaya, temu
duga mengambil masa hanya 10 minit sahaja dan tidak perlu membawa apa-apa
dokumen pun. Saya datang lenggang kangkung sahaja. Bukan apa, kalau bawa dokumen
dikhuatiri pelbagai persoalan akan timbul. Walaupun temu duga berjalan sekadar
10 minit, soalan pertama sudah mampu membuatkan anda blank dan black
out. Kekosongan untuk PTj saya ada dua, namun pihak Sumber Manusia
memaklumkan saya seorang sahaja yang berjaya. Ini kerana seorang calon lagi
tidak memenuhi merit yang dikehendaki oleh jawatankuasa.

Guys. Tahukah anda setiap detik itu ujian?
Ujian yang hendak memastikan anda sentiasa berpijak kepada bumi dan bukan
mendongakkan diri ke langit. Tahukah anda selepas melapor diri, bahagian
penggajian universiti tidak menemui waran saya. Fuh suspen. Akhirnya Puan
Hasanah berjaya menyantuni panggilan saya setiap hari dengan baik (sebab saya
menyantuinya dengan baik terlebih dahulu). Sekian dulu buat masa ini. Saya
tidak dapat berkongsi 100% dari A hingga Z apa yang berlaku. Nanti kita bersua
muka, kita berbincang lebih lanjut ya (Jika saya nak la :-p). Tips pun kena
buat slot khas. Tidak boleh dimuatkan sekali gus semua perkara. Make a
appoinment, we drink a cup of coffee and discuss about it. See ya.
24 November 2019
Bilik Rumah