Syukur kepada Allah SWT kerana sentiasa menentukan takdir
yang baik sehingga ke saat ini. Bagi semester 1 sesi 2019/2020, aku diberikan
kelas pengajaran bagi subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia di Pusat Sukan dan
fakulti Sains, setelah kesemua rakan pensyarah lain memilih fakulti yang
diinginkan terlebih dahulu. Aku agak tidak berminat dengan pelajar sukan pada
awalnya dek kerana junior aku ada pengalaman terhadap keaktifan diri mereka
yang sukar dikawal di dalam kelas. Jika diikutkan pengalaman semester lepas,
subjek ini diajar berdasarkan bidang pengajian. Sebagai contoh, aku mengajar di
fakulti Saster dan Sains Sosial, maka pelajarnya kesemua dari bidang tersebut.
Berbeza pada sesi kali ini. Pengajaran diadakan di mana-mana fakulti, namun
pelajarnya tidak terhad pada satu fakulti sahaja.
Sebelum
masuk ke kelas pada hari pertama, aku hanya mampu berdoa dan bertawakal
terhadap apa-apa kerenah pelajar aku. Mengamalkan prinsip seorang daie iaitu
menerima tanpa syarat serta berbekalkan pengalaman yang ada dalam berhadapan
dengan pelbagai jenis manusia daripada berbagai ragam. Pelajar sukan ini
merupakan pelajar majoriti, berbanding dengan pelajar daripada bidang yang
lain. Yang seronoknya mereka semua atlet, tidak kira wakil Negara mahu pun di
peringkat yang rendah. Bermula pertemuan pertama iaitu sesi perkenalan, mereka
menunjukkan roh yang baik, aktif berpakaikan kesopanan dan ketamadunan yang
tinggi. Bermula daripada minggu pertama sehinggalah ke minggu akhir pengajaran.
Kurang lebih 2 jam menjadi tempat aku berehat dan menghilangkan tekanan yang
ada. Telatah adik-adik tahun satu katakan, masih belajar erti kematangan
mungkin.
Nak
ceritanya aura kami mampu disatukan apabila kami mampu keluar berjimba bersama
dan mereka memilih berjumpa dengan aku atas beberapa urusan sedangkan aku bukan
pensyarah fakulti mereka. Ini dinamakan kasih dan sayang tidak mengenal siapa.
Aummm. Dalam kegembiraan bersama mereka, aku tetap mempunyai impian terhadap
mereka. Aku ingin mengajak mereka terbang sama tinggi dengan aku di sisi. Tapi
aku lupa mereka baru hendak mengenal apa itu universiti. Ada beberapa ketika
aku merasa lemah melihat prestasi mereka yang tidak memenuhi kayu ukur aku.
Selepas berjumpa dengan guru aku dan bermuhasabah, aku kena berjiwa besar untuk
membimbing mereka langkah demi langkah, bukannya terus mengajak mereka terbang
tinggi.
Pada
saat ini tiada lagi apa hendak aku sampaikan. Tembok keegoan telah aku robohkan
bagi memastikan mereka berjaya dengan cemerlang tanpa sedikit pun rasa was-was
di hati. Aku sangat berharap mereka berjaya dalam dunia yang mereka pilih untuk
menjadi hero kepada keluarga terutamanya. Kesempatan aku sudah tiada. Masa juga
sudah tamat. Aku harus pulang ke tempat yang aku bermula. Namun, diri aku masih
terbuka seluas langit dan bumi menerima kehadiran mereka meskipun peluang kedua
untuk bersama mereka secara formal tidak mungkin berulang. Aku menjunjung
kemuliaan mereka demi kebahagian mereka. Jaga diri. Kenang aku dalam lipatan
sejarah kehidupan kamu.
- 18 Disember 2019; 16.00 -
No comments:
Post a Comment